KEBANGKITAN RAKYAT MESIR...
Sempena musim cuti ini eloklah sama-sama kita manfaatkannya dengan sebaik mungkin... Pelbagai aktiviti,,, dan peluang-peluang untuk belajar,,, ziarah menziarahi,,, juga samada aktiviti-aktivi lain yang berfaedah untuk diri kebaikan diri dan ummah...
Penulisan kali ini aku hanya sekadar ingin berkongsi dari beberapa sumber akhbar dan beberapa penulisan yang membicarakan tentang kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Arab sejak kebelakang ini...
Sejak jatuhnya sistem khalifah Islam,,, umat Islam telah dipecahkan mengikut negara dan bangsa masing-masing... Tetapi dicangkuk dan diikat dengan satu sistem barat serta Eropah yang menyokong agenda Yahudi... Setelah sekian lama dikelirukan dengan pemikiran serta ideologi-ideologi ciptaan manusia,,, kebangkitan dan kesedaran telah dilihat bermula dari rakyat yang menginginkan penindasan dan kezaliman taghut digantikan dengan sistem pemerintahan Islam...
Bermula di Tunisia,,, dan kini merebak ke Yaman,,, Jordan,,, dan kini di Mesir... Kebangkitan rakyat Mesir untuk menumbangkan kerajaan zalim Hosni Mubarak... Kira-kira 300 orang telah terkorban,,, sepanjang tempoh krisis,,, dan angkanya bakal meningkat lagi apabila pertempuran penyokong ejen Yahudi dan Barat bertempur dengan para pejuang kebangkitan rakyat berlaku...
Bayangkan,,, selama 3 dekad Mubarak memerintah,,, dia langsung tidak mengendahkan penderitaan rakyat Palestin dan sanggup menutup pintu sempadan dan duduk semeja bersama-sama Israel melihat penderitaan rakyat Palestin,,, kini kedudukan kedua-duanya benar-benar goyah...
Sumber Reuters,,, memberitahu bahawa Benjamin Netanyahu yang “berdebar-debar” melihat perkembangan di Mesir,,, dan menyatakan hubungan “baik” dan “aman” antara Mesir dan Israel perlulah dikekalkan... Bayangkan sekiranya pihak pro-Palestin (anti-Israel) menjadi kerajaan,,, memang gerunlah Israel...
Mubarak bukan sahaja menjadi penindas rakyatnya selama 30 tahun,,, tetapi dia juga memainkan peranan penting dalam penyeksaan berterusan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza...
Sempadan Rafah yang terletak di selatan Gaza dan bersempadan dengan Mesir menjadi satu-satunya laluan keluar dan masuk penduduk Palestin tanpa perlu melalui sekatan rejim Zionis ditutup...
Kerajaan Mesir di bawah arahan Mubarak berterusan menutup sempadan itu bagi menghalang lebih 1.5 juta penduduk Gaza daripada mendapatkan bekalan harian penting termasuk makanan dan ubat-ubatan yang disekat rejim Israel...
Sumbangan Mubarak kepada sekatan memusnahkan di Gaza tidak terhad kepada menyeksa penduduk Gaza tetapi pemerintah kejam itu turut menyasarkan bantuan luar yang dihalang daripada dihantar ke Gaza.
Pada tahun 2005,,, Mubarak yang setia dengan arahan sekutunya Israel,,, turut menempatkan 750 anggota polis sempadan di Rafah selepas diarah oleh Tel Aviv...
Pada Jun 2007,,, Mubarak dengan persetujuan Israel mengarahkan sempadan Rafah ditutup sepenuhnya selepas kumpulan pejuang Hamas di Gaza memenangi pilihan raya dan mula memerintah wilayah Palestin itu...
Lebih ketara lagi,,, 25 Disember 2008,,, Mubarak turut bersekongkol dengan regim Zionis Israel dengan mengadakan mesyuarat khas,,, sehingga menyebabkan Israel semakin bermaharajalela dalam melakukan serangan,,, pembunuhan dan penindasan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza...
Kini,,, rakyat Mesir ternyata sudah tidak sanggup lagi berada di bawah pemerintahan regim Mubarak... Rakyat Mesir sudah bangkit menuntut haknya... Nafas busuk regim Mubarak perlu ditumbangkan...
Selain untuk menjaga hubungan baik dengan Israel,,, tindakan Mesir itu dilihat sebagai simbol ketakutan Mubarak yang ingin mengekalkan kekuasaannya,,, menutup kekejamannya serta memusnahkan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan baik dengan parti pembangkang Mesir...
Rakyat di seluruh dunia kini menghidu perkembangan segar ini dengan penuh kesedaran bagi menunjukkan sikap kebersamaan dengan rakyat Mesir... Seluruh dunia juga berharap agar apa yang berlaku terhadap Mubarak sekarang,,, diambil pengajaran oleh semua pihak supaya tidak melakukan kezaliman kepada rakyatnya sendiri dan kepada sesama manusia...
Adakah gajah di depan mata terlalu kabur untuk dilihat??? Maka usaha untuk memartabatkan Islam sebenarnya masih lagi jauh dan perlu istiqamah ke hadapan... Yang menentukan siapa di atas adalah orang di bawah yang mengangkatnya...
Jangan kita menyesal apabila keesokan harinya matahari sudah pun terbit di sebelah barat dan kita masih bersama pihak yang batil...
Wallahu’alam...
0 Response to "KEBANGKITAN RAKYAT MESIR..."
Post a Comment