Necmettin Erbakan,,, meninggal dunia...


Necmettin Erbakan,,, 85,,, pemimpin pergerakan Islam di Turki telah meninggal dunia pada hari ini (27 Februari 2011)...

Bekas Perdana Menteri Turki berjiwa Islamik itu,,, kembali ke rahmatullah di Rumah Sakit Guven,,, Ankara petang tadi akibat komplikasi jantung dan kegagalan sistem pernafasan... Beliau dilaporkan telah mula dirawat di hospital berkenaan sejak awal Januari lalu...

Pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Necmettin Erbakan telah meninggal dunia pada pukul 11.40 pagi (waktu Turki)...

Beliau juga adalah bekas Perdana Menteri dari pro Islam yang pertama di Turki selama setahun iaitu dari 1996 sehingga 1997...

Necmettin Erbakan adalah bapak pendiri "Milli Görüş" atau National View,,, sebuah gerakan politik yang kental warna keislamannya di Turki...

Erbakan sewaktu menerajui kerajaan campuran Turki dipaksa melepaskan jawatannya pada 28 Februari 1997 apabila pihak tentera melakukan rampasan kuasa... Berikutan peristiwa tersebut, Parti Kebajikan (Refah Partisi) yang diwakilinya diharamkan oleh pihak mahkamah dan Erbakan tidak dibenarkan aktif dalam politik untuk satu tempoh waktu...

Walaupun dilarang berpolitik,,, Erbakan bertindak sebagai penasihat kepada anggota Parti Kebajikan... Bagaimanapun,,, parti itu didakwa tidak mengikut perlembagaan dan diharamkan pada 2001...

Beliau dianggap sebagai ‘mentor’ kepada beberapa orang pemimpin politik Turki termasuk Presiden Abdullah Gül,,, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan,,, Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç dan bekas Perdana Menteri Recai Kutan...

Jenazah Erbakan dijangka akan disemadikan Selasa ini di Masjid Fatih Istanbul...

Al-Fatihah...


0 Response to "Necmettin Erbakan,,, meninggal dunia..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme