Pesanan As-Syahid Sheikh Abdullah Azzam...


Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan di salah sebuah kampung di Utara Palestin yang dikenali sebagai Selat al-Harithia di daerah Jenin pada tahun 1941. Bapanya bernama Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya pula bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh Abdullah Azzam dibunuh. Ibunya dikebumikan di kem Pabi, di Pakistan. Beliau dari keluarga yang baik dan amat kuat berpegang dengan ajaran agama Islam. Keluarga beliau amat menyayanginya. Beliau juga amat istimewa berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sewaktu kecil. Ini kerana beliau amat kuat beragama, pintar dan mula menyebarkan dakwah pada usia yang masih muda. Rakan-rakan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang warak dan amat disenangi oleh semua. Guru-guru beliau melihat keistimewaan ini sejak beliau di bangku sekolah lagi dan beliau amat disayangi oleh mereka.

Beliau telah mencurahkan seluruh daya usahanya untuk menyebarkan dan memahamkan isu jihad di Afghanistan kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Beliau mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan daripada perjuangan rakyat Afghanistan mempertahankan tanah air mereka semata-mata kepada menyedarkan bahawa Jihad adalah tuntutan Islam yang dipertanggungjawabkan ke atas seluruh umat Islam di serata dunia.

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme