Sambutan Ambang Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Kedah...


Sambutan Ambang Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Kedah


ALOR SETAR – Sambutan Ambang Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Kedah dijangkakan meriah dengan pengisian yang menarik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Program yang akan diadakan pada 31 Disember 2012, bertempat di Dataran Tasik Darul Aman, Jitra, akan dimulakan seawal  2.30 petang  dengan konvoi bermotor ARC dan  berkumpul di dataran berkenaan.

Pengunjung juga dihidangkan dengan pertunjukan kayuhan basikal selain menyaksikan permainan ‘remote control’ bot, kereta dan helikopter. Seni kebudayaan kaum cina, Chinggei, turut memeriahkan program pada sebelah petang.

Pada peminat ‘Car Audio’, jangan lepaskan peluang kerana pihak penganjur juga mengadakan pameran berkenaan untuk mereka yang berminat.

Selain itu, berita gembira untuk peminat bola sepak, pada sebelah petang itu juga akan diadakan Ramah Mesra Team Liga Perdana Skuad Kenari dan kesempatan ini peminat-peminat bola sepak bolehlah mengambil peluang berjumpa dengan mereka secara lebih dekat lagi.

Pada sebelah malamnya pula, sementara menanti ketibaan Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, pengunjung akan dihidangkan dengan alunan gendang tiga kaum dan persembahan nasyid dari kumpulan Dzil Afnan, Mestica dan penyanyi Ezad Lazim dari kumpulan Exist. Persembahan berkenaan akan dikendalikan oleh selebriti terkenal Leman Raja lawak dan Chik Galapagos.

Sambutan Ambang Sejahtera 2013 kali ini akan dipancarkan secara terus ke empat negeri iaitu selain dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Pengunjung-pengunjung di empat negeri tersebut akan berpeluang menonton secara terus ucapan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri berkenaan selain berpeluang menyaksikan program-program yang berlangsung.

Selain ucaptama dari Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad turut memberi ucapan sebagai Pengerusi Jawatankuasa majlis berkenaan.

Majlis anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu akan dimulakan pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam.

Jom Baca Al-Quran...


Orang yang selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca al-Quran kelebihan melimpah juga kepada mereka yang mendengar,,,, menghayati dan beramal dengannya... 


Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat...

Hadis daripada Uthman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain".


Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (QS. Fathir: 29-30).

Siapa Lelaki Gagah???

PERISTIWA SUBUH

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat [071212]- Ust Azhar Idrus



Mereka yang hadir...
Ribuan manusia berkumpul untuk mendengar ceramah UAI...

Kata-kata Mutiara Imam As-Syafie...


Tidaklah aku berbincang dengan seseorang, melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: tidaklah aku berbincang dengan seseorang, melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran di tangan orang itu.



Ketika ditanya: "Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab: "Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin...

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin
Kenapa beliau dikagumi rakyat Palestin?

Sebab walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda & sudah tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya utk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam & jihad menghadapi penjajah Yahudi. Hatinya tegar, jiwanya besar...Allahuakhbar!!!

Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya. Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, malahan bertambah derita kerana mata kirinya yg buta & hilang kemampuan mendengar. Ditambah dgn penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

Namun, fizikalnya yg rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah & para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata² nya diterima pakai & dilaksanakan.

Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’ & memprovokasi masa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh tersebut beliau dibebaskan.

Tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah" (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Ahmad Yassin diangkat menjadi Amir yg pertama.

Detik² akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah utk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yg ditembak oleh helikopter Apache Israel tepat mengenai kepala & tubuhnya. Kepalanya hancur & tangannya putus. Kerusi roda yg dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari² terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yassin sendiri. 

“Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan & memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata² As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin pada anak²nya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy & berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. 

Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jemaah masjid & mrk bertindak mengambil tayar² serta membakarnya agar asap hitam nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yassin melarangnya. 

Beliau terus keluar dari pintu masjid & sejurus beliau keluar beliau dibedil dgn peluru berpandu Israel termasuk para pengawal & menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.

Kata Hikmah As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin,,,

"Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri dari musuh) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda"

Al-Fatihah

Sumber: Oh Dunia

boikot UNTUK saudara KiTA di PALESTiN...

.:: boikot UNTUK saudara KiTA di PALESTiN ::.

Kenapa perlu boikot??? Boleh baca link di sini dan sini. dan cari lagi pelbagai sumber...
Drive away...
Seluruh dunia membantah keganasan dan memboikot penyumbang-penyumbang dana pengganas Zionis... Kita bagaimana???
Setiap wang yang dibelanjakan membunuh ...
Kepada yang masih membelanjakan wang anda kepada McD atau mana-mana penaja rejim Zionis,,, eloklah  berhenti sekarang... Kita masih punya pilihan  lain yang tidak menyumbang kepada keganasan rejim Zionis...

Tiada alasan untuk tidak boikot... Save Palestin...


Kita tidak harusnya menolak dan memandang mudah usaha ini,,, jika kita tidak mampu untuk berperang bersama mereka,,, paling mudah memboikot penaja-penaja kejahatan zionis seperti McD,,, Coca-Cola,,, Nestle dan Loreal,,, (kita masih punyai alternatif lain) sekurang-kurangnya kita berusaha untuk tidak membantu dan menyumbang tumpahnya darah saudara kita yang telah sedia dizalami…

Ingatkah kita akan kisah perihal seekor burung pipit yang kecil dan terbang ulang alik membawa air dimuncungnya untuk memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim a.s...

Semasa ditanya kenapa ia berbuat begitu sedangkan usahanya itu hanyalah "sia-sia" sahaja berbanding dgn api yg besar itu,,, jawabnya mudah sahaja...

Ia berkata,,, SETIDAK-TIDAKNYA JIKA DITANYA DI HADAPAN ALLAH S.W.T DI AKHIRAT KELAK,,, IA DAPAT MENJAWAB YANG IA TELAH BERUSAHA SEMAMPUNYA YANG IA BOLEH BUAT UNTUK MELAWAN KEBATILAN…
------------------------------------------------------

Ada sesiapa di kalangan kamu yang masih tak percaya bagaimana 4 produk ini menyumbang kepada zionis? Ini buktinya:

Tiada alasan utk tidak boikot. Spread the message!!!

Sumber : inminds.com

Buangkan sticker sokongan kita tue,,, kemudian pilih makanan lain yang masih banyak pilihan...


Peliharalah Janggut Kamu


JANGGUT merupakan SUNNAH KEKAL hingga ke alam kubur,,,

SEORANG LELAKI akan lebih menyerlah KETAMPANAN & SIFAT KELAKIANNYA apabila mempunyai JANGGUT...

Wahai LELAKI BERJANGGUTLAH dengan niatkan sunnah Rasullah saw... Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut... 

Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah S.W.T ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna…



“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)


Rohingya: ‘Ethnic cleansing’ yang berterusan...


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Union of World  Rohingya Organzation – UWRO (Kesatuan Organisasi Rohingya Seduia ) mendesak semua organisasi antarabangsa UN, OIC, EU dan ASEAN mengambil tindakan segera ke atas perkembangan terbaru yang berlaku di Arakan, Myanmar.

Perkembangan terkini telah menunjukkan pembunuhan, pembakaran ribuan rumah dan serangan bertalu-talu yang amat dahsyat masih berlaku di serata Arakan. Oleh kerana itu badan-badan antarabangsa tidak mempunyai pilihan lain melainkan  menempatkan tentera pengaman untuk mengawal keganasan dengan serta-merta.

Gerakan ‘ethnic cleansing’ yang dijalankan sudah mencapai tahap maksima. Kerajaan Myanmar mengambil kesempatan untuk meneruskan dasar mereka untuk menghapuskan etnik Rohingya Muslim di Arakan.

Presiden Thein Sein berjaya mengaburkan mata dunia dengan berjanji untuk mencari penyelesaian bagi konflik ini ketika berucap dalam perhimpunan agung PBB yang lalu.

Laporan membuktikan keganasan yang dilakukan di kawasan minoriti Muslim terutama di Arakan terus giat dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Myanmar tempatan sejak 21 Oktober.

Ketika pemenang anugerah Nobel Suu Kyi disanjung , beliau nampak buntu dan tidak bersuara, adalah tidak rasional bagi organisasi bertaraf dunia seperti UN dan negara-negara ahlinya untuk berpeluk tubuh apabila jelas isu “ethnic cleansing” yang berlaku ini dibiarkan.  Walhal  suatu angkara kejam terus menerus dilakukan terhadap kaum Rohingya  oleh pihak berkuasa di bawah perkenan badan pemerintahan Myanmar itu sendiri.

Laporan yang diterima daripada perkampungan Kyauktaw and Maungdaw , menunjukkan seramai 150,000 penduduk hilang tempat tinggal dan kini terkandas di kem-kem pelarian di sekitar lapan buah kawasan dalam Arakan sejak lebih daripada empat bulan yang lalu.

Hampir sejuta penduduk yang terdiri daripada Rohingya, Kaman dan muslim Rakhine yang lainnya bukan sahaja terus terperangkap malah terpaksa hidup dalam ketakutan dek kerana ancaman yang mereka terima saban hari.

Situasi terbaru melaporkan pekan Taht Minbya dan Mrauk U adalah antara kawasan yang paling teruk dimusnahkan. Rumah-rumah milik Rohingya muslim di kampung Yainetay (Zula Fara)  di pekan Mrauk U dan kampung Nagara Pauktaw di pekan Minbya habis musnah dibakar.

Ada sumber dalaman dari Arakan  yang melapurkan pihak tentera dan polis tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan kekejaman oleh kaum Rakhine dan mereka masih menghalau penduduk muslim keluar dari kampung.

Melalui kerjasama UWRO kami telahpun menerima laporan yang menggambarkan jumlah serangan yang kian meningkat. Kesemua laporan diteliti mengikut tarikh, masa, lokasi dan nama mangsa. Sebahagian daripada laporan adalah seperti berikut:

  1. Kampung Parein yang mempunyai lebih daripada 500 buah rumah musnah terbakar pada 22 Oktober.
  2. Paiketay Rwa (perkampungan nelayan) yang mengandungi sekitar 300 buah rumah, 50 daripadanya dibakar pada 21 Oktober.
  3. Tharak Rwa di kampung Pann Mraung yang mempunyai hampir 190 rumah di dalam kawasan yang didominasi orang Rakhine, telah habis rentung  dibakar pada 22 Oktober; dan
  4. Kampung Sudaine Rwa turut dibakar dan kesemua rumah rentung dibakar pada 22 Oktober

Untuk kedua-dua bandar tersebut, sumber menyatakan anggaran kematian menghampiri 100 orang, namun buat masa ini lebih daripada sepuluh yang dijumpai mati termasuk 3 orang Rakhine.

Di bandar Kyaukpyu, dua buah masjid, Anauk Paikseik (kampung nelayan barat) dan Arashi Quarter telah diserang.

Kini, penculikan, penyiksaan and rampasan harta Rohingya oleh orang Rakhine berkembang di seluruh Arakan yang turut dibantu oleh pihak polis dan sami-sami.

Rumah-rumah orang Rohingya, Kaman dan Rakhine Muslim yang berada di kampung Parien di bandar Mrauk U dan Paiketay Rwa (perkampungan nelayan), Tharak Rwa di kampung Pann Mraung, kampung Sudaine Rwa di bandar Minbya semuanya diserang dengan teruk.

Situasi di Yangon juga tidak dapat dipastikan memandangkan sami-sami telah menyebarkan risalah-risalah yang menyalahkan orang-orang Islam yang didakwa mendominasi perniagaan, pembangunan dan kepimpinan. Sumber maklumat mengesahkan ratusan sami-sami palsu bersedia untuk menyerang orang Islam di bandar Mingaladon dan Tinngangyuan.

Di samping Myanmar kini menikmati pengiktirafan dari negara-negara membangun kerana kononnya ia telah mengubah polisi dari penindasan ke atas rakyatnya sendiri. Namun Presiden Thein Sein masih sewenang-wenangnya meneruskan pelan penghapusannya terhadap etnik Rohingya.

Walaupun diplomat PBB, Nambia dan Quintana baru sahaja mengunjungi Myanmar untuk meninjau krisis ini, PBB tetap membiarkan situasi ini berterusan dan sekadar merujuk kepada boneka Pengurusan Hak Asasi Manusia Myanmar untuk membuat siasatan lanjut.  Sehingga hari ini masih tiada apa-apa usaha yang dijalankan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku.

Krisis semasa ini mendesak OIC dan PBB untuk mengambil tindakan segera. Tiada kunjungan diplomatik setakat ini yang mampu meredakan krisis yang berterusan di Myanmar.

Kami menyeru Tentera Pengaman Khas  PBB diwujudkan segera dan dihatar segera ke Myanamr demi melindungi komuniti Rohingya.

Pengumuman baru-baru ini oleh ketua Muslim di Yangon yang menyatakan keputusan untuk tidak melaksanakan Qurban mencerminkan keterdesakan dan kerumitan yang dihadapi oleh Muslim di Myanmar.

Oleh itu, kami menyeru Muslim di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan kepada orang Rohingya dan mendesak OIC untuk menghantar delegasi khas pada hari Raya Aidul Adha dan menuntut Kerajaan Myanmar untuk melindungi orang Rohingya dari serangan yang berterusan ini.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiusaha Agung MAPIM
Ghiyathudeen Abdul Salam
Setiausha Agung UWRO

KHUTBAH WIDA' RASULULLAH S.A.W...


*KHUTBAH WIDA' RASULULLAH S.A.W.*

Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. yang disampaikan Baginda pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. 

*Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani* 

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 

Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. 

Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. 

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. 

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

Baginda Rasullah S.A.W. berkhutbah di atas untanya Al-Qaswah. Tidak lama selepas Khutbah ini disampaikan turun wahyu iaitu ayat 3 Surah al-Maidah : “Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”

Salam Aidil Adha 1433H...



لَبَّيْكَ اللَّهمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لبَيْكَ،  إنَّ الْحَمْدَ وَاْلنِعْمَةَ لَكَ وَاْلمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

"Wahai Tuhan kami, Kami datang dengan semata-mata ikrar setia dan taat kepada perintah-MU, Wahai Tuhan kami yang tida sekutu bagi-MU, kami sahut seruan-MU, Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagi-MU, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-MU."

Sembunyikan Sedekahmu...


ALLAH S.W.T bersifat Maha Melihat dan Maha Mendengar, sudah pastinya tiada makhluk yang boleh memberi kesan sama ada memberi mudarat atau manfaat. Sejauh mana ketaatan yang diberikan seorang hamba akan sentiasa diketahui walaupun tersembunyi di sebalik tembok yang kukuh. 

Sudah semestinya seorang hamba yang benar-benar menuntut keredaan-Nya akan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan ketaatan melakukan ibadat khususnya pada perkara yang bersifat sunat.

Namun, perkara wajib seperti solat, zakat dan haji, hendaklah dizahirkan kepada umum kerana meninggikan syariat Allah S.W.T dan menyatakan kekuatan kaum Muslimin menunaikan kehendak agamanya.

Menzahirkan perkara yang wajib juga boleh memberi galakan kepada orang lain melakukan kewajipan kerana semua hamba yang beriman tidak terkecuali daripada menunaikannya sekali gus menghindarkan tohmahan orang lain terhadap kewajipan diabaikan seseorang muslim. 

Jika dirujuk definisi kewajipan membawa maksud menzahirkan dan mengiklankan manakala sunat pula bermaksud tersembunyi serta rahsia. Amalan yang dizahirkan akan melahirkan kegembiraan pelakunya kerana dengan taufik serta inayah Allah S.W.T kita dapat menunaikan kewajipan itu. 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad) dengan rahmat dan kurniaan Allah hendaklah mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus, ayat 58)

Allah S.W.T menghargai mereka yang melakukan kebaikan walau dengan apa cara sekalipun. Firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekahmu adalah baik, tetapi jika kamu menyembunyikannya adalah lebih baik bagimu dan dosamu akan terhapus kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Sheik Qaradhawi: Rusia Musuh No. 1 Arab dan Islam...

Sheik Qaradhawi: Russia Is the Number One Enemy of Arabs and Muslims

Tanda-tanda Kejayaan...


Berkata seorang ulama : 

"Antara tanda kejayaan seseorang adalah KEBAIKANNYA diletakkan di belakangnya (agar tidak terasa & tidak terpesona), manakala KEBURUKANNYA sentiasa di letakkan di hadapan matanya ( agar sedar diri & bermotivasi untuk taubat), dan antara tanda kecelakaan seseorang adalah kebaikannya di letak di hadapan matanya & kejahatannya dilupakan lalu diletakkan di belakangnya." 


NAMUN jangan pula didedahkan keburukan kepada awam, kalam ulama ini hanyalah pengendalian secara peribadi dalam diri.


Kami berkongsi mainan yang sama...

Tatkala anak-anak di Malaysia dididik mencari glamour dan diberi galakan mencari keseronokan dan hiburan... 

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, gugur syahid,,,
Anak-anak di negara kita,,, gugur janin...

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, hilang keluarga sebelum berkeluarga,,,
Anak-anak di negara kita,,, hilang dara sebelum berkeluarga...

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, maut di tembak zionis semasa jihad,,,
Anak-anak di negara kita,,, maut di tembok besi semasa rempit...

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, menangis kerana diragut harta,,,maruah,,,keluarga,,, tempat tinggal,,,
Anak-anak di negara kita,,, menangis kerana teman lelaki atau teman wanita diragut orang lain...


Adakah kita masih lihat??? Atau kita tidak pernah tahu pun apa yang sedang berlaku di negara kita,,, di negara umat Islam lain??? Atau kita tahu tapi kita buat-buat tidak tahu??? Atau kita tidak tahu tapi masih lagi taknak ambil tahu???

Badiuzzaman Said Nursi (Kekaguman zaman)...


Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. 

Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. 

Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). 

Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).

Pengalaman pendidikan yang telah beliau lalui telah membukakan fikirannya untuk memikirkan cara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu, dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin perubahan. Satu zaman di mana sains dan logik memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden dan sekular, sebaliknya ilmu sains moden pula perlu diajar di sekolah-sekolah agama. Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama akan dilindungi dari sikap taksub”.

Dalam usaha merealisasikan cita-citanya, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1896 dan kali keduaya adalah pada tahun 1907. Beliau cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid agar membina sebuah universiti di Anatolia yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu.

Ketika bercakap dengan Sultan Abdul Hamid, Badiuzzaman menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di mahkamah tentera. Di mahkamah tentera pula, beliau masih menggunakan bahasa yang sama. Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walaubagaimanapun, doktor yang memeriksanya melaporkan “Jika Badiuzzaman gila, maka tidak akan ada seorang manusia siuman pun di dalam dunia ini”. Dengan ini, beliau pun dibebaskan.

Badiuzzaman telah menulis satu koleksi karya yang digelar Risale-i Nur, yang menerangkan dan menghuraikan asas-asas keimanan dari kebenaran Al-Quran kepada manusia moden.

Metodologi yang digunakannya adalah dengan menganalisis keimanan dan kekufuran serta menunjukkan melalui hujah-hujah yang rasional dan terang bahawa bukan sahaja keimanan boleh dibuktikan, kesemua kebenaran yang terkandung dalam keimanan seperti keujudan Tuhan dan keEsaanNya, kerasulan dan kebangkitan manusia di hari akhirat dalam bentuk jasad juga dapat diterangkan sebagai satu satunya penjelasan yang rasional dari keujudan manusia dan alam semesta ini.

Dalam menjelaskan keadaan yang sebenarnya dari tujuan utama penciptaan manusia dan alam semesta ini, Risale-i Nur menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperolehi dalam keimanan dan ilmu ketuhanan. Ia juga menunjukkan akibat dari kekufuran, menyebabkan roh manusia dan hatinya mengalami kesakitan dan kesedihan yang amat sangat di mana biasanya orang-orang yang sesat berusaha untuk menghilangkannya melalui kelalaian dan menolak kenyataan. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai sebarang kesedaran boleh mengambil perlindungan dengan cara berpegang kepada keimanan.

Belanjawan 2013 : Nasihat Ilmuwan Kepada Pemerintah Dan Juga Kepada Rakyat

Belanjawan 2013 : Nasihat Ilmuwan Kepada Pemerintah Dan Juga Kepada Rakyat



Liga Dunia Islam Mengutuk Filem anti-Islam...

BANGKOK - Liga Dunia Islam mengutuk sekeras-kerasnya filem anti-Islam dan menyeru umat Islam menahan diri daripada menggunakan keganasan dalam menangani isu itu.

Setiausaha Agung liga itu, Profesor Dr Abdullah Al-Turky berkata, hari ini filem sedemikian tidak seharusnya dibuat atas nama kebebasan bersuara kerana ia menjejas keharmonian sejagat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya filem itu. Ia adalah perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya selepas menghadiri Seminar Antarabangsa berhubung Agama dan Proses Perdamaian di Asean, di sini.

Liga Dunia Islam, sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah dan ditubuhkan pada 1962, turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengutuk filem bertajukInnocence of Muslims yang memutar belit fakta berhubung Nabi Muhammad s.a.w.
Protes terhadap filem itu telah merebak ke lebih 20 negara termasuk Mesir, Tunisia, Lebanon dan Sudan sejak protes filem Innocence of Muslims tercetus empat hari lalu.

Tidak terkecuali gelombang rusuhan turut tercetus di Sydney, Australia, di mana beratus penunjuk perasaan melemparkan botol dan kasut di pekarangan konsulat Amerika Syarikat (AS).

Semrenjak protes protes berlaku, sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan maut termasuk seorang duta Amerika di Libya.

Bagi mengurangkan ketegangan semasa, Abdullah berkata, Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan seperti membunuh dan memusnahkan harta benda sebagai cara menyelesaikan masalah.

Beliau turut diminta mengulas permintaan kenyataan kumpulan yang mahu umat Islam melancarkan lebih banyak serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat.

"Kami menentang sekeras-kerasnya penggunaan sebarang bentuk keganasan," katanya.

Sehubungan itu, Abdullah berharap ketegangan yang berlaku ketika ini tidak berpanjangan kerana keganasan bukanlah satu penyelesaian.

"Dialog dan kerjasama adalah alat yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ini," katanya. – Bernama dan AP

‘Innocence of Muslims’ berniat jahat,,, provokasi

KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of Muslims.


Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.


Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.


”Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni.

Hdaily


Berapa Nilai Dunia Ini???

Berapa Nilai Dunia Ini?

Dari Jabir RA , bahawasanya Rasulullah SAW menjumpai seekor bangkai anak kambing lagi cacat telinganya lalu baginda mengangkat dengan memegang kedua telinga bangkai itu lantas bersabda:

“Siapakah diantara kalian yang ingin membeli bangkai ini seharga satu dirham? Kemudian para sahabat pun menjawab, “ Kami sama sekali tidak menginginkanya,apa yang dapat kami lakukan dengan
bangkai itu ?" Lantas Rasulullah SAW kembali bertanya, "Apa kalian mahu bila bangkai ini menjadi milik kalian?” Para sahabat kembali menjawab ,"Demi Allah, seandainya bangkai ini hidup pun kami tidak berminat, sebab ia cacat apalagi sudah menjadi bangkai.” Kemudian Rasulullah SAW seraya berkata

“Demi Allah, sungguh dunia itu LEBIH hina di mata Allah daripada bangkai ini di mata kalian." (Hadis riwayat Muslim)

Berkat Makanan...



Ibnu Abbas r.a. berkata: Bersabda Nabi SAW: "Berkat itu turun di tengah-tengah makanan, maka makanlah dari tepi-tepinya dan jangan makan dari tengah-tengahnya."
(Abu Dawud, Attirmidzi)

Kenangkan mereka walau hanya dalam doa...


Sambil menanti hidangan berbuka dan sahur disediakan,,, mari sama-sama kita melakukan solat hajat dan berdoa buat saudara seagama kita di Syria,,, Palestin,,, Myanmar dan seluruhnya...


Sepatah doa yang keluar dari mulut kita,,, amat bernilai dan semoga diterima di sisi ALLAH S.W.T...


Antara falsafah penting ibadat puasa ialah supaya mereka yang berpuasa dapat merasai penderitaan saudara mereka yang kelaparan,,, lantas kita diminta merasai sedikit kelaparan dan keletihan seperti yang dialami mereka,,, sekalipun kita mampu untuk makan pada siang hari tetapi apabila masuk bulan Ramadhan,,, kita diharamkan untuk makan dan minum di siang hari...


Itulah indahnya ISLAM... Agama yang tidak mengajar untuk mementingkan diri sendiri semata-mata,,, sebaliknya mendidik untuk mengambil tahu terhadap nasib saudara seagama di mana jua berada...


Kenangkan mereka walau hanya dalam doa... Sebelum menjamah juadah berbuka, kenangkan nasib saudara kita di Syria,,, Myanmar dan Palestin...

Rakyat Perlu Celik Mata isu Pembunuhan Rohingya Muslim.....


Rakyat Malaysia digesa untuk mencelikkan mata melebarkan telinga terhadap isu genosid yang melanda kaum Rohingya di Arakan.


Sejak 3 Jun yang lalu selepas satu kontroversi gadis Burma yang dituduh dirogol oleh 3 lelaki Rohingya di Sittwe Myanmar, walaupun tanpa bukti dan perbicaraan, puluhan ribu nyawa Rohingya telah melayang tanpa harga.


Mereka secara mendadak menerima lonjakan genosid semula walaupun sebelumnya kelihatan mulai reda sejak sinar demokrasi dikatakan kian muncul di negeri Buddha tersebut. Mereka mengalami bentuk genosid atau penghapisan jejak bangsa yang cukup dahsyat, dikepung, tiada muamalah jual beli dibenarkan, dibunuh oleh orang awam Buddha dengan lesen wewenang diberikan oleh tentera Burma serta aktiviti pemerkosaan yang cukup sadis.

Rakyat Malaysia juga digesa menyokong tindakan pro-aktif yang dijalankan oleh Mapim sebuah ikatan NGO-NGO Islam Malaysia yang ke Myanmar 1 Ogos 2012.

Menurut Setiausaha Agung Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, antara agenda pertemuan itu ialah untuk mendesak Presiden Thein Sein membenarkan misi kemanusiaan masuk ke Myanmar untuk membantu pelarian Rohingya tanpa gangguan ala barbarian seperti misi Mavi Marmara suatu ketika dahulu ke Palestin.

Mereka juga akan berjumpa dengan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan Aung San Suu Kyi bagi membincangkan isu yang sama memandangkan ikon demokrasi itu telah berkempen sekian lama isu kemanusiaan dan kebebasan.

Lebih bermakna, Mapim akan membawa surat daripada para sami Buddha di Alor Setar yang menolak keganasan dan kezaliman kerana ia bercanggah dengan semangat ajaran Buddha. Sebelum ini Mapim dan Persatuan Ulama’ Kedah telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Sami Buddha Malaysia iaitu Ketua Wad Nikhotaram En Ai Lap a/l Tim di Wad Buddha di Alor Setar , Kedah dalam rangka memohon pemimpin agama itu mengadakan perbincangan bersama ketua-ketuanya yang lain mengenai isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar.

Sebenarnya Aung Syu Kyi telah dihubungi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui panggilan telefon sejurus selepas Mapim mengutus surat untuk menggesa pemimpin itu bertindak atas isu genosid ini.

Sebelumnya Mapim telah menghantar surat kepada OIC, ASEAN, Setiausaha PBB, malah kepada Perdana Menteri Malaysia tetapi bagaikan anjing menyalak bukit. Tiada respons!

Malah yang menjadi kemarahan rakyat Malaysia yang prihatin adalah apabila usul mengenai kezaliman ini dibawa oleh Datuk Kamarudin Jaafar ke dalam parlimen ia ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia atas alasan tidak penting dan tdak relevan! Adakah nyawa umat islam di luar sana tidak penting sehingga berdiskusi pun dianggap membuang masa oleh kerajaan yang mengaku hebat di mata dunia Islam? Lebih menyedihkan, saat usul itu ditolak, telah 29,000 nyawa Rohingya melayang di Myanmar sejak 3 Jun 2012 yang lalu.

Perhatian isu ini secara teliti. Bayangkan jika Gaza dikepung da dibedil, sekurangnya mereka memiliki roket dan kerajaan HAMAS yang tegar menyerang balas. Rohinga tiada senapang malah tiada pedang pun untuk mempertahankan nyawa mereka. Mereka disembelih hidup-hidup!

Mereka tiada doa daripada umat islam selazim yang diterima oleh pejuang Chehnya, Afghanistan dan Palestin. Mereka tiada pengenalan diri, kad identiti sehingga mereka dianggap tidak wujud dalam sejarah bangsa. Sekalipun rakyat patani dihimpit, mereka masih boleh bersekolah dan bebas ke bumi Malaysia, sedangkan Rohingya bakal menerima maut jika menyeberangi sungai sempadan ke Bangladesh.

Bersama kita doakan misi Mapim ke sana serta menantikan kejayaan kapal pertama yang bakal mengangkut bantuan ke Arakan melalui jalan laut insya Allah.

Artikel ditulis oleh : Saudara Muhammad Nuruddin Bashah
(Aktivis MAPIM)

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme