Necmettin Erbakan,,, meninggal dunia...


Necmettin Erbakan,,, 85,,, pemimpin pergerakan Islam di Turki telah meninggal dunia pada hari ini (27 Februari 2011)...

Bekas Perdana Menteri Turki berjiwa Islamik itu,,, kembali ke rahmatullah di Rumah Sakit Guven,,, Ankara petang tadi akibat komplikasi jantung dan kegagalan sistem pernafasan... Beliau dilaporkan telah mula dirawat di hospital berkenaan sejak awal Januari lalu...

Pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Necmettin Erbakan telah meninggal dunia pada pukul 11.40 pagi (waktu Turki)...

Beliau juga adalah bekas Perdana Menteri dari pro Islam yang pertama di Turki selama setahun iaitu dari 1996 sehingga 1997...

Necmettin Erbakan adalah bapak pendiri "Milli Görüş" atau National View,,, sebuah gerakan politik yang kental warna keislamannya di Turki...

Erbakan sewaktu menerajui kerajaan campuran Turki dipaksa melepaskan jawatannya pada 28 Februari 1997 apabila pihak tentera melakukan rampasan kuasa... Berikutan peristiwa tersebut, Parti Kebajikan (Refah Partisi) yang diwakilinya diharamkan oleh pihak mahkamah dan Erbakan tidak dibenarkan aktif dalam politik untuk satu tempoh waktu...

Walaupun dilarang berpolitik,,, Erbakan bertindak sebagai penasihat kepada anggota Parti Kebajikan... Bagaimanapun,,, parti itu didakwa tidak mengikut perlembagaan dan diharamkan pada 2001...

Beliau dianggap sebagai ‘mentor’ kepada beberapa orang pemimpin politik Turki termasuk Presiden Abdullah Gül,,, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan,,, Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç dan bekas Perdana Menteri Recai Kutan...

Jenazah Erbakan dijangka akan disemadikan Selasa ini di Masjid Fatih Istanbul...

Al-Fatihah...


DUA WAJAH


Assalamualaikum,,, penulisan kali ini merupakan penerbitan dan pengolahan semula,,, yang mungkin dapat dijadikan catatan peringatan bagi diriku dan mungkin juga bagi para pembaca yang mungkin ingin mengambil intipati penerbitan ini...

Perjalanan dakwah Islam sentiasa berhadapan dengan musuh luar yang mencurigai kecemerlangan dakwahnya... Setelah Islam kian berkembang,,,, kecurigaan menjadi dendam dan kemarahan...

Namun cahaya Islam itu tidak dapat dipadamkan... Apabila berhadapan dengan Islam secara berdepan,,, mereka ibarat cuba menahan tsunami ganas yang datang... Akhirnya mereka memilih untuk menyusup di dalam Islam...

Golongan ini dikenali sebagai Munafiq... Pemimpin tersohor mereka dikenali sebagai Abdullah Bin Ubay... Umum mengetahui ibn Ubay sentiasa kelihatan mendampingi nabi walaupun di belakang nabi beliaulah musuh dalam selimut... Antara modus operandi mereka ialah memecahkan kesepaduan Islam dengan mewujudkan kelompok yang mereka jenamakan dengan kehendak dan kecenderungan hati mereka...

Allah s.w.tmerakamkan dalam surah munafiqun ayat ke 8,,, terjemahan:

Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dengan mengistilahkan orang Muhajirin dari Mekah sebagai golongan hina kerana mereka adalah pendatang di bumi Madinah... Akhirnya terdedah rancangan munafiqin tersebut apabila keghairahan mereka seperti tidak dapat dibendung lagi... Seringkali usaha mereka digagalkan oleh perancangan Allah yang maha kuasa...

Akhirnya orang Islam yang seakan terpengaruh dengan propoganda golongan tersebut mula menyedari dan meninggalkan mereka... Antara peristiwa mereka yang paling barjaya ialah fitnah terhadapisteri Nabi s.a.w sendiri yang dikenali dengan hadis al Ifk... Juga perbalahan dan peperangan Siffin dan Jamal kemudiannya...

Usaha munafiqin menjenamakan kelompok Islam bukan perkara baru... Orang Mekah dilabel pendatang di Madinah... Pejuang Islam Bugis di Indonesia dinamakan lanun... Mujahidin di Afganistan dinamakan pengganas... Paling kurang pejuang Islam ini dijenamakan dengan Ekstremis... Namun ia tidak mampu menyekat kebangkitan Islam dan sambutan anak muda terhadap perjuangan Islam... Ulama adalah teras kepimpinan mereka diseluruh dunia... Inilah kunci yang sangat ditakuti musuh...

Siapa sahaja yang mendokong kepimpinan Ulama adalah musuh golongan ini... Mereka adalah munafiq yang cuba membunuh kebangkitan Ulama... Bagi yang membaca sejarah kebangkitan Islam tidak merasa pelik dengan kejayaan musuh menempatkan agen mereka...

Paling tidak orang yang membaca sejarah Mustafa Kamal Attartuk tentu tahu bagaimana Kamal telah dipuja sebegitu tinggi melebihi ulama... Malah ulama dilihat lembab dan tidak berdaya memimpin ummat Islam... Akhirnya setelah berjaya,,, barulah terdedah siapakah Mustafa Kamal Attartuk sebenarnya...

Demikianlah nasib kepimpinan ulama... Jangan pelik sekiranya ada tangan-tangan antarabangsa dan pemikir mereka mempunyai sumbangan dalam usaha memburuk-burkkan para ulama...

Musuh selamanya tidak akan pernah diam... Jangan mengurung pemikiran dibawah tempurung seperti katak yang tidak melihat dunia luar... Matlamat tertinggi perjuangan Islam di dunia ialah menegakkan kembali khilafah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sabda nabi Muhammad saw “Jika tiga orang keluar dalam satu pejalanan, maka hendaklah mereka mengangkat salah satu di antaranya sebagai pemimpin”.( riwayat abu daud). Dapat disimpulkan daripada hadis ini bahawasanya al-Qiyadah (kepimpinan) amat penting dalam kehidupan seharian.

Kepimpinan Mahasiswa...


SETIAP daripada kita ialah pemimpin,,, kepada umat,,, keluarga mahupun diri sendiri... Tugas memimpin itu merupakan amanah yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita untuk ditunaikan sebaiknya…

Dalam kepimpinan mahasiswa,,, janganlah kita hanya memikirkan ia hanya diwujudkan bagi melaksanakan program pembangunan diri dan kepimpinan mahasiswa di kolej kediaman,,, fakulti,,, kampus dan persatuan mahasiswa sahaja…

Tetapi kepimpinan mahasiswa perlu diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa tanggungjawab mahasiswa yang merdeka untuk bersuara dan berpandangan tentang kemaslahatan umum juga…

Menyorot kembali potret perjuangan mahasiswa dalam dekad yang lampau,,, kepimpinannya tidak kaku dan hanya sekadar menerima keistimewaan atas posisi kepimpinan kampus sahaja… Kepimpinan mahasiswa sebenarnya mampu melangkah dalam menimbulkan kesedaran kepada masyarakat kampus bahawa mereka adalah suara rakyat yang sangat bernilai... Mereka sebenarnya mampu mencipta sejarah,,, mereka mampu menyemarakkan dunia ilmu pengetahuan dalam membentuk kekuatan masyarakat...

Kita sendiri dapat melihat revolusi didokong pemuda di Afghanistan,,, Iran dan yang terkini berlaku di Tunisia,,, Mesir dan negara-negara Arab lain,,, melainkan ianya didokong oleh kebangkitan para pemuda… Yang mereka sudah lama dihiburkan dengan bait-bait syair indah,,, sejarah-sejarah yang dibukukan,,, akhirnya tabir-tabir dan benteng-benteng yang diwarnakan indah oleh tipudaya pemerintah dirobohkan untuk mengembalikan hak bersama…

Mereka tersedar,,, selama ini mereka telah menjadi perkakas-perkakas kepada pemerintah dan wakil-wakilnya yang menyokong dan disokong oleh mereka yang memencilkan Islam oleh tangan-tangan orang Islam itu sendiri… Adakah kita masih terlalu kabur untuk melihat gajah di depan mata??? Jangan kita menyesal apabila keesokan harinya kita masih bersama pihak yang batil...

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi sendiri pernah menulis tentang kebangkitan pemuda,,, sebagai suatu kemajuan yang harus dibimbing bukan ditentang… Ia membincangkan tentang kaedah didikan dan pembangunan pemuda yang bukan sekadar bermodalkan semangat,,, slogan dan ungkapan-ungkapan secara lisan tetapi berdasarkan kepada komitmen terhadap Islam dan adab-adab dan sunnah-sunnahnya…

Bagi mahasiswa terpelajar,,, adalah baik sekiranya pengalaman mahasiswa terdahulu serta sedikit ilmu yang dimiliki,,, ditambah dengan berguru kepada ahli yang wara’ dan i’tidal (intelektual)… Kerana setiap ilmu itu ada tokohnya… Jadikanlah ia inspirasi perjuangan kepada kita tatkala melalui situasi kritikal dalam membuat sesuatu keputusan yang besar... Jangan biarkan kita menjadi pendakap kepada sejarah,,, kemudian mengunci perjuangan sebenar…

Wallahu’alam…

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi saw...

Bermula sambutan maulidur Rasul kali ini,,, eloklah kita mulakan dari saat ini untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw...

Allah swt berfirman:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Entri kali ini adalah penerbitan semula beberapa contoh selawat untuk kita amalkan dalam memperingati Rasullah saw... Sebarang kesilapan mohon teguran dan pembetulan segera dari para pembaca...

Berikut antara beberapa jenis selawat yang aku terbitkan semula beserta rujukannnya sekali...

1 – Dari Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?

Rasulullah pun menjelaskan – Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/63, no. 1272. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, no. 1289.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 2/303, no. 445, dengan katanya: Hasan Sahih. Disahihkan juga oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 1/483, no. 483.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 37/64, no. 17409. Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas syarat al-Bukhari dan Muslim. Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/151, no. 894. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 737.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 11/156, no. 3119.

2 – Berkata Zaid B. Kharijah:

Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda: Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dan katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.

3 – Dari Abi Mas’oud al-Anshari, beliau berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang kepada kami yang mana kami sedang berada di dalam majlis Sa’ad B. ‘Ubadah. Kemudian Basyir B. Sa’ad bertanya kepada beliau (Rasulullah):

Allah telah memerintahkan kepada kami untuk berselawat kepadamu wahai Rasulullah, jadi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?

(Kata Abi Mas’oud): Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diam sehingga kami merasa lebih baik sekiranya beliau (Basyir B. Sa’ad) tidak bertanya kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Katakanlah:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima yang Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 2/373, no. 613. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/57, no. 1268.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa’, 2/230, no. 573. 2/21, no. 358. Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/287, no. 1958. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 1/381, no. 1208.

4 – Dari ‘Amr B. Sulaim az-Zuraqi, beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Humaid as-Sa’idi radhiyallahu ‘anhu. Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya:

Wahai Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat ke atas-mu? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab:

Katakanlah:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa’, 2/20, no. 357. Ahmad, Musnad Ahmad, no. 23600. Shohih al-Bukhari, 11/155, no. 3118. 19/445, no. 5883.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/152, no. 895. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 738.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/375, no. 615.

5 – Dari Abi Mas’oud ‘Uqbah ‘Amr, beliau berkata:
Telah datang seorang lelaki sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kami (para sahabat) pada masa itu sedang berada di sisinya (sisi Rasulullah). Lalu lelaki tersebut bertanya:

Wahai Rasulullah, bahawa Salam ke atas kamu telah kami ketahui, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat ke atas kamu apabila kami berselawat (kepadamu) di dalam solat kami Shallallahu ‘alaika?

Abi Mas’oud berkata:

Rasulullah kemudian diam, sehingga kami merasa lebih baik sekiranya lelaki tersebut tidak bertanya kepada Rasulullah.

Kemudian Rasulullah bersabda:

Apabila kamu berselawat kepadaku, maka katakanlah (ucapkanlah):


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/289, no. 1959. Al-Baihaqi, Sunan ash-Shoghir, 1/396, no. 353. Imam ad-Daruquthni menjelaskan: Isnadnya hasan muttashil (hasan dan bersambung) di dalam Sunannya, 1/354, Bab: 45, no. 2. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam al-Jami’ ash-Shoghir, 1/68, no. 672.

Atau:


اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad Nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 28/304, no. 17072. Dinilai Sahih oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth.

6 – Dari Abi Sa’id al-Khudri, beliau berkata:

Kami (para sahabat) bertanya:

Wahai Rasulullah, ini adalah mengucapkan salam kepada kamu (taslim) kami telah mengetahuinya, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?

Rasulullah pun bersabda:

Katakanlah (ucapkanlah):


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 19/442, no. 5881.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.

Atau dengan:


كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ


Terjemahan:sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/485, no. 4424.

Di dalam Musnad Ahmad:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 3/47, no. 11451. Isnadnya sahih di atas syarat imam Muslim, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/150, no. 893. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 736.

Atau:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/69, no. 1276. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, 3/437, no. 1293.

7 – Dari Abi Hurairah:

Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami berselawat ke atas engkau?

Beliau (Rasulullah) bersabda: Ucapkanlah:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ وَباَرَكْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَآلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدُ


Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan selawat dan keberkahan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: ath-Thahawi, al-Musykilul Athaar, 3/75. An-Nasaa’i, Amalul Yaum wal Lailah, 1/159, no. 47. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Dinukil dari: al-Albani, Ashlu Sifati Sholatin Nabi, 3/926-927)

Wallahu a’lam…

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme