DUA WAJAH


Assalamualaikum,,, penulisan kali ini merupakan penerbitan dan pengolahan semula,,, yang mungkin dapat dijadikan catatan peringatan bagi diriku dan mungkin juga bagi para pembaca yang mungkin ingin mengambil intipati penerbitan ini...

Perjalanan dakwah Islam sentiasa berhadapan dengan musuh luar yang mencurigai kecemerlangan dakwahnya... Setelah Islam kian berkembang,,,, kecurigaan menjadi dendam dan kemarahan...

Namun cahaya Islam itu tidak dapat dipadamkan... Apabila berhadapan dengan Islam secara berdepan,,, mereka ibarat cuba menahan tsunami ganas yang datang... Akhirnya mereka memilih untuk menyusup di dalam Islam...

Golongan ini dikenali sebagai Munafiq... Pemimpin tersohor mereka dikenali sebagai Abdullah Bin Ubay... Umum mengetahui ibn Ubay sentiasa kelihatan mendampingi nabi walaupun di belakang nabi beliaulah musuh dalam selimut... Antara modus operandi mereka ialah memecahkan kesepaduan Islam dengan mewujudkan kelompok yang mereka jenamakan dengan kehendak dan kecenderungan hati mereka...

Allah s.w.tmerakamkan dalam surah munafiqun ayat ke 8,,, terjemahan:

Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dengan mengistilahkan orang Muhajirin dari Mekah sebagai golongan hina kerana mereka adalah pendatang di bumi Madinah... Akhirnya terdedah rancangan munafiqin tersebut apabila keghairahan mereka seperti tidak dapat dibendung lagi... Seringkali usaha mereka digagalkan oleh perancangan Allah yang maha kuasa...

Akhirnya orang Islam yang seakan terpengaruh dengan propoganda golongan tersebut mula menyedari dan meninggalkan mereka... Antara peristiwa mereka yang paling barjaya ialah fitnah terhadapisteri Nabi s.a.w sendiri yang dikenali dengan hadis al Ifk... Juga perbalahan dan peperangan Siffin dan Jamal kemudiannya...

Usaha munafiqin menjenamakan kelompok Islam bukan perkara baru... Orang Mekah dilabel pendatang di Madinah... Pejuang Islam Bugis di Indonesia dinamakan lanun... Mujahidin di Afganistan dinamakan pengganas... Paling kurang pejuang Islam ini dijenamakan dengan Ekstremis... Namun ia tidak mampu menyekat kebangkitan Islam dan sambutan anak muda terhadap perjuangan Islam... Ulama adalah teras kepimpinan mereka diseluruh dunia... Inilah kunci yang sangat ditakuti musuh...

Siapa sahaja yang mendokong kepimpinan Ulama adalah musuh golongan ini... Mereka adalah munafiq yang cuba membunuh kebangkitan Ulama... Bagi yang membaca sejarah kebangkitan Islam tidak merasa pelik dengan kejayaan musuh menempatkan agen mereka...

Paling tidak orang yang membaca sejarah Mustafa Kamal Attartuk tentu tahu bagaimana Kamal telah dipuja sebegitu tinggi melebihi ulama... Malah ulama dilihat lembab dan tidak berdaya memimpin ummat Islam... Akhirnya setelah berjaya,,, barulah terdedah siapakah Mustafa Kamal Attartuk sebenarnya...

Demikianlah nasib kepimpinan ulama... Jangan pelik sekiranya ada tangan-tangan antarabangsa dan pemikir mereka mempunyai sumbangan dalam usaha memburuk-burkkan para ulama...

Musuh selamanya tidak akan pernah diam... Jangan mengurung pemikiran dibawah tempurung seperti katak yang tidak melihat dunia luar... Matlamat tertinggi perjuangan Islam di dunia ialah menegakkan kembali khilafah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sabda nabi Muhammad saw “Jika tiga orang keluar dalam satu pejalanan, maka hendaklah mereka mengangkat salah satu di antaranya sebagai pemimpin”.( riwayat abu daud). Dapat disimpulkan daripada hadis ini bahawasanya al-Qiyadah (kepimpinan) amat penting dalam kehidupan seharian.

0 Response to "DUA WAJAH"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme