Tahrir Square Saksi Revolusi Perjuangan!!!








Umat Islam seluruh dunia wajar mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang telah berjaya meruntuhkan tembok besi yang melindungi Hosni Mubarak. Selama 18 hari mereka tidak berganjak dari mengadakan bantahan walaupun dihalang oleh tentera Presiden Mesir itu...

Kebangkitan rakyat Mesir tentu berpunca daripada detik-detik pemerintahan Hosni Mubarak selama 30 tahun yang banyak mempenjarakan fikiran mereka... Sebagai manusia yang normal,,, seberapa lama mereka boleh dikongkong dari mendapatkan hak-hak dalam kebenaran dan kebebasan mereka??? Apabila sampai masanya,,, pasti yang zalim akan tumbang...

Fitrah manusia apabila mereka kembali kepada normal,,, di mana sahaja mereka adalah sama,,, mahukan kebaikan... Tetapi kalau mereka jahil malah apabila dikuasai nafu,,, syaitan samada dari kalangan manusia atau jin,,, fikiran mereka akan berubah... Jadi,,, berhati-hatilah agar anda tidak dikuasai semua makhluk itu...

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumumannya menerusi televisyen memberitahu Mubarak,,, 82,,, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara...

Ekoran pengumuman tersebut,,, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira...

Dilaporkan,,, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah...

Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas...

0 Response to "Tahrir Square Saksi Revolusi Perjuangan!!!"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme