BUKAN KERANA JAWATAN...
Kerana ia merupakan satu formula asas yang sangat berkesan untuk membunuh segala virus yang terbit dari sifat mazmumah seperti riak ketika berkerja dan bertugas untuk diperlihatkan kepada umum,,, ujub dan bangga diri kerana telah banyak memberi sumbangan kepada organisasi dan merasakan orang lain tidak seperti dirinya,,, cinta kepada jawatan atau kedudukan sehingga mendorong berlakunya dan pelbagai sifat atau tabiat lain yang merosakkan keikhlasan dan kesejahteraan beramal dengan Amal Islami...
Tanpa keikhlasan dalam bekerja,,, biarpun sehebat mana pengaruh dan publisiti yang kita miliki,,, kesannya sangat memudharatkan organisasi... Paling minima kesan yang bakal diterima ialah hilangnya keberkatan dan kemanisan beramal... Seterusnya mencetuskan pelbagai konflik dalaman yang merosakkan perjalanan organisasi...
Nawaitu (niat) yang jelas dan tepat hendaklah hanya kerana Allah s.w.t…
Bekerja dengan tidak kerana mengimpikan kemahsyuran sehingga melanggar disiplin organisasi atau membina imej diri sehingga merempuh sistem kepimpinan...
“Sesungguhnya amalan berasaskan niat dan sesungguhnya bagi setiap individu terpulang kepada apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ( tujuan keduniaan ) yang ingin diperolehinya atau kerana perempuan yang ingn dikahwininya maka hijrahnya kembali kepada tujuan asal hijrah yang ia lakukan”
Niat yang ikhlas sangat diperlukan setiap individu kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata dan penangkis agar ia tidak gugur dari medan sekalipun diuji dan digoncang perasaannya...
Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas bukan platform amal...
Adakah kita hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan lagi??? Ini adalah sikap negatif yang menzahirkan ketidakikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab...
Ingatkah kita kisah panglima perang Khalid Ibnul Walid,,, di mana beliau yang menerima surat perletakan jawatan di tengah medan perang dari Amirul Mukminin Saiyidina Umar Al Khattab r.a.,,, tetapi Khalid Al Walid meneruskan perjuangan sehinga perang selesai , barulah surat itu diwartakan kepada umum... Lantas sahabat mempersoalkan kenapa Khalid Al-Walid terus berperang walhal ia tidak lagi menjadi ketua turus tentera ketika itu... Khalid Al-Walid r.a mengemukakan jawapan yang cukup jelas mempamerkan keikhlasan seorang pejuang bahawa ia berjuang dan berperang bukan kerana Umar tetapi kerana tuhan Umar…
Kepatuhan Khalid Al-Walid,,, panglima tentera terhebat sepanjang zaman...
Sebagaimana yang berlaku kepada panglima Islam,,, Khalid al-Walid r,a,,, yang telah dilucutkan jawatannya oleh Khalifah Umar r.a,,, menjadi tentera biasa yang tiada berjawatan... Beliau tidak cepat melatah dengan tindakkan yang drastik itu,,, malah semangat beliau bertambah berkobar-kobar untuk terus berjuang…
Tanpa alasan,,, titik noktah... Jawatan agung seorang panglima telah dilucutkan,,, “Kerana Allah s.w.t. dan rasulnya aku berjuang!!!" Mantan panglima yang baru digugurkan jawatan terus bergarak lebih maju menggempur segala kekuatan musuh di hadapan... Subhanallah…
Bagaimana pula kita sekarang ??? Adakah hanya dengan berjawatan sahaja kita layak berjuang??? Kemudian mencemburui apa yang tidak mampu kita lakukan sebelum ini… Sehingga meracuni pemikiran sendiri yang merugikan diri sendiri…
Segalanya kerana Allah s.w.t... Kerana kita berjuang bukan kerana hendak mencari nama,,, jawatan atau kekayaan tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t... Selamat berjuang dalam menghadapi musuh yang nyata dan dalam selimut...
Seorang pejuang tidak dijanjikan hamparan merah sebagai laluannya,,, tapi sentiasa dipenuhi dengan onak dan duri,,, halangan dan rintangan,,, maka beruntunglah buat pejuang-pejuang yang sabar menghadapinya…
ADAKAH KITA,,,
Ketika ada yang memuji,,, maka hati kita akan berasa berbunga,,, lapang dan senang??? Tetapi apabila dikritik adakah kita akan berasa marah,,, sempit dada atau sedih??? Kalau begitu,,, ertinya masih belum ikhlas…
Adakah kita ketika berjawatan,,, mempunyai ganjaran seperti gaji,,, elaun,,, komisen dan lain-lain maka kita aktif dan gigih berjuang memperkatakan Islam??? Kita bersyarah di merata-rata tempat... Tetapi apabila kita tidak berjawatan atau ditukar jawatan,,, maka langsung kita tidak berminat menyampaikan Islam lagi. Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…
Adakah kita ghairah menyebut Islam ini hanya dalam pidato-pidato atau seminar-seminar saja tetapi dalam perbualan-perbualan biasa tidak sibuk mengatakannya??? Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…
Adakah kita ketika membuat teguran hanya pada orang-orang kecil atau orang bawahan sahaja??? Tetapi bila pimpinan di atas kita buat kesalahan,,, kita tidak berani hendak menegur??? Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…
Adakah kita ketika di depan ramai sahaja kita bersungguh-sungguh menjaga disiplin??? Menjadi aktor (pelakon) yang terbaik... Bila di belakang orang,,, hilang segala disiplin... Mulalah tidak dapat mengawal mata,,, telinga,,, mulut dan seangkatannya kearah hawa nafsu yang merosakkan akhlak kita... Ini berakhlak tidak ikhlas namanya… Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…
Adakah kita ketika berjawatan dalam sesuatu organisasi,,, kelab,,, persatuan atau apa-apa jua jawatan dalam masyarakat,,, ketika itu baru kita mahu berkorban??? Tetapi pabila tidak berjawatan,,, maka kita tidak mahu berkorban lagi… Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…
Adakah kita ketika dalam mana-mana mesyuarat atau perbincangan,,, kita hanya mahukan cadangan atau pandangan yang baik dan bagus hanya datang dari kita sahaja??? Sekiranya pandangan yang baik bkan datang dari kita,,, maka kita rasa tidak senang hati??? Orang yang ikhlas,,, mengkehendaki orang lain juga memperkatakan kebenaran... Bukan hanya melalui dirinya seorang… Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…
Cukuplah setakat ini beberapa contoh yang menjadi lumrah dan berlaku di sekitar kehidupan kita... Agar ia menjadi kayu pengukur sejauh mana keikhlasan kita bersama selama ini... Kita tentu ada pengalaman bersama dalam salah satu hal-hal yang berlaku di atas... Kalau begitu ukurlah diri masing-masing,,, apakah usaha-usaha,,, kerja-kerja dan amal ibadah sudah ikhlas atau belum???
Tetapi apabila tiada ikhlas,,, ertinya tiada roh amal,,, tiada nyawa ibadah... Walaupun manusia itu nampaknya hebat pada pandangan makhlik,,, di sisi Allah s.w.t,,, tidak ada apa-apa nilai... Ibarat habuk-habuk yang berterbangan,,, hilang begitu sahaja...
Wallahu’alam…
Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT:
Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas…
Jadikan usaha kami kerana-Mu…
Jangan diselit di hati kami selain-Mu…
Pimpinlah kami wahai Tuhan…
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia…
Amin. Ya Rabbalalamin…
Ya Mujibassailin,,,
Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta…"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah Syurga seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Allah SWT berfirman," Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yan soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati." (Muttafaqun'Alaih)
0 Response to "BUKAN KERANA JAWATAN..."
Post a Comment