MARHABAN YA RAMADHAN...


MARHABAN YA RAMADHAN... Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH S.W.T... Ramadhan merupakan bulan di mana ALLAH S.W.T melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA... Mereka yang beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kedatangan bulan Ramadhan ini dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini...


Bulan Ramadhan bulan bertuah

Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maqfirah
Bulan al quran dan lailatulqadar

Besar ramadhan dgn puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al quran bykkanlah sedekah
Tarawih kerjakanlah walaupun sunnat

Pelihara mata jagalah telinga
Kawalah lidah dari yangg sia-sia
Fikirkanlah yg mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dgn Allah


Zikir selawat doa panjatkan
Pahala ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali

Bulan ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia

Kami mohon rahmat ya Allah
Ke ampunan Mu wahai Tuhan


Banyakkan iktikaf disepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku dimalam itu
Kitakan mendapat pahala yg besar
Seperti beribadah seribu bulan

1 Response to "MARHABAN YA RAMADHAN..."

  1. Sabda Nabi SAW ; "Jika datang Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan di belenggu" Selamat menjalani ibadah puasa... :)

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme