KETIKA KITA MEMIMPIN...


MANUSI
A,,, HIDUP DAN PERJUANGAN

Sejarah dunia banyak dilakarkan oleh kebangkitan generasi anak-anak muda… Sebagai generasi termahal,,, mereka mempunyai semangat,,, kekuatan,,, cita-cita,,, keazaman,,, idealisme untuk merubah dan menjadi pencetus kepada perubahan…

Contoh terbaik adalah madrasah Rasullah s.a.w. yang mana telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab Bin Umair,,, Talhah Bin Ubaidullah,,, Zubir al-Awwam,,, Saidina Abu Bakar,,, Uthman Bin Affan dan mereka-mereka yang termasuk sebagai golongan anak muda yang terasuh dengan semangat kental oleh baginda Rasullah s.a.w…

Penulisan aku kali ini adalah untuk berkongsi beberapa perkara dari pengalaman,,, pelbagai sumber yang diteliti,,, teguran,,, pembelajaran yang tidak pernah habis juga bagi diri aku dalam berkepimpinan… Dalam generasi kepimpinan golongan muda kini,,, kebanyakkan mereka sebenarnya banyak terdedah kepada idealisme-idealisme kepimpinan ciptaan manusia yang sering dikomersilkan…

Maka mereka yang memegang tampuk kepimpinan sekarang samada dalam sesebuah persatuan,,, kelab atau organisasi akan menghadapi kepincangan dan kekeliruan… Setiap sistem ciptaan manusia itu sering meletakkan satu titik penyatuan yang berbeza… Maka titik penyatuan ini hanya akan melahirkan pertelingkahan,,, perpecahan dan permusuhan yang merugikan masyarakat…

Sistem yang dapat menyatupadukan semua umat manusia di atas muka bumi ini hanyalah Islam itu sendiri… Sistem Islam sahaja yang mampu untuk melahirkan golongan kemimpinan yang berkarisma dengan asas yang kukuh dan menyeluruh…

Namun,,, dalam keghairahan berkepimpinan generasi kini hanya menyedari bahawa jawatan yang diamanahkan itu akan menjadi sesuatu yang menguntungkan,,, hakikatnya jawatan juga adalah sesuatu yang bakal mengundang kecelakaan kepada pemiliknya,,, sama ada di dunia mahupun di akhirat…

Kepimpinan Akan Dipertanggungjawabkan

Rasulullah s.a.w. telah menyebut soal kepimpinan di dalam hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Umar r.a. :

“Ketahuilah, setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan bertanggungjawab terhadap kepimpinanmu.” (Hadis direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Pada suatu hari,,, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik mengajak Umar bin Abdul Aziz ke kem tentera kerajaan Bani Umaiyah... Khalifah Sulaiman bertanya kepada Umar,,, “Apakah yang kamu lihat,,, wahai Umar bin Abdul Aziz???”

Tanpa rasa takut,,, Umar menjawab,,, “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain,,, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab serta akan ditanyakan oleh Allah s.w.t. mengenainya…”

Maka,,, soal kepimpinan bukanlah sesuatu yang patut diambil secara lewa,,, walaupun kepimpinan pada peringkat yang rendah sekalipun…


Kepimpinan Seorang Muslim Perlu Dengan Asas Islam

Sebagai seorang muslim,,, kepimpinan adalah sesuatu yang membabitkan kepentingan Islam dan umat Islam itu sendiri…

Tanggungjawab ini lebih berat kerana bukan sahaja membabitkan isu kepimpinan semata-mata,,, malah turut membabitkan isu dakwah Islamiyyah dan pembelaan umat Islam... Maka,,, apa yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. bukan setakat urusan kepimpinan,,, tetapi juga urusan dakwah dan menegakkan agama Islam...

Isu kepimpinan dalam Islam adalah sesuatu yang amat serius,,, maka Rasulullah s.a.w. tidak melantik sahabat yang amat baginda kasihi iaitu Abu Zar untuk memegang sesuatu jawatan... Hal ini direkodkan di dalam sebuah hadis Imam Muslim:

“Aku (Abu Zar) bertanya, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mahu melantikku?” Baginda menepuk bahuku dan bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Pada Hari Akhirat nanti, ia adalah kerugian dan penyesalan, kecuali bagi sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.””


Abu Zar ialah seorang sahabat yang soleh,,, warak dan zuhud... Namun,,, amanah kepimpinan bukan sekadar memerlukan orang yang soleh,,, warak dan zuhud… Amanah kepimpinan memerlukan kekuatan dan kewibawaan seseorang... Tanpa aspek kekuatan ,,, seseorang hanya menjadikan kepimpinan sesebuah organisasi itu tidak berkesan dan lama-kelamaan akan jatuh…


Fokus Utama Kepimpinan

Maka,,, apa yang perlu menjadi fokus buat kita yang muslim dan memimpin organisasi adalah asas-asas Islam itu sendiri… Iaitu usaha memantapkan dakwah dan kefahaman rakan-rakan kita mengenai Islam... Dan matlamat inilah yang perlu dizahirkan dalam setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan,,, tetapi bukan hanya sekadar program bercorak keIslaman tetapi pengisiannya tidak membawa kepada matlamat yang jelas... Kalau sekadar berprogram,,, mencari teman dan keseronokan semata-mata tanpa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t… Maka sia-sia sahajalah usaha kepimpinan itu...

Selain itu,,, setiap kepimpinan perlulah mengamalkan kepimpinan yang berteraskan konsep musyawarah,,, sepertimana firman Allah SWT:

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.” (Surah Aal ‘Imran ayat 159)


Pengabaian,,, konsep musyawarah dalam kepimpinan hanya menyebabkan seseorang pemimpin itu tidak disukai oleh pengikut-pengikut dan mengganggu urusan kepimpinan itu sendiri… Sejarah membuktikan,,, akibat pemimpin bertindak menggunakan kuasa secara zalim,,, akhirnya kepimpinan itu rebah,,, dan digantikan dengan kepimpinan yang baru…


Kesabaran dan Keyakinan dalam Kepimpinan

Allah s.w.t. bersama mereka yang membawa maksud menjaga,,, membantu dan membela mereka yang sabar... (46:8)

{وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ }

سورة الأنفال 46

Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Surah al-Anfal:46)

Cuba kita merenung kembali,,, sejauh manakah kita telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita,,, kerana kepimpinan bukanlah suatu benda yang semudah perkataan yang keluar di bibir mulut…

Seseorang pemimpin hendaklah ada bersamanya kesabaran dan keyakinan,,, tanpa mengabaikan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya... Firman Allah SWT:

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (Surah As-Sajdah ayat 24)


Janganlah kita cepat menyerah kalah tanpa berusaha mengatasi dan menyelesaikan sesuatu masalah… Kerana,,, apabila kita lari dari masalah,,, maka masalah itu akan tetap wujud selagimana ia tidak diselesaikan…

Maka,,, apabila kita ingin melihat kepimpinan golongan muda yang sanggup berkorban dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk memimpin umat Islam,,, maka generasi ini perlulah dibentuk dengan asas kepimpinan Islam yang jelas berpandukan aqidah,,, syarak dan akhlak yang baik…

Aqidah yang mantap dan kukuh merupakan asas yang dapat mencerna kepimpinan ke arah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t... Dan hanya pendekatan Islam sahaja yang mampu merungkai dan menyelesaikan permasalahan kepimpinan generasi muda masa kini… Jika permasalahan yang wujud sekarang dapat diubati segera,,, nescaya generasi muda sekarang boleh menjadi pemimpin masa hadapan yang dapat mengembalikan kegemilangan umat Islam terdahulu…

Wallahu’alam…

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Pemimpin yang bersyukur adalah orang yang selalu berusaha agar dirinya menjadi teladan bagi orang lain, terutama bagi orang yang dipimpinnya.”

0 Response to "KETIKA KITA MEMIMPIN..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme