AWAS !!! PENCURI DI SEKITAR KITA...
"Jangan lihat apa yang
telah kita usahakan,
tetapi lihatlah apa yang
belum kita selesaikan"
Semua penulisan adalah dengan tujuan buat peringatan dan juga amaran penting untuk diriku,,, sebagai seorang manusia yang lemah,,, yang juga mungkin lalai,,, yang juga masih terlalu banyak sebenarnya yang aku tidak tahu… Tetapi sedikit ilmu ini rasanya tidak rugi aku catatkan sebagai perkongsian dengan semua pembaca…
Sebagai insan biasa,,, kita sering terikut dengan kehendak dan perasaan kita… Mungkin wujud sifat ego dalam diri kita sendiri… Bila ada orang ajak kepada sesuatu perkara kebaikan,,, kita sengaja mencari alasan,,, mempermainkannya dan mahu menjauhkannya… Padahal kita memang arif dan tahu perkara itu baik untuk diri kita… Penulisan ini adalah kesinambungan kepada bahagian topik HIDUP : RILEKS-RILEKS SUDAH???...

PENCURI!!! PENCURI!!! TOLONG!!! TOLONG!!!
Kalau kita dengar jeritan sebegini atau kita sendiri yang menjerit pasti ada orang yang datang membantu… Teruk pencuri tu kena belasah kalau dapat… Kalau tak dapat pun pasti kecut perut sang pencuri... paling tidak pun dia pasti takut dan susah hati kerana ada orang membenci dan memusuhi dia… Bagi pencuri 'spesies' ini kita selalu berhati-hati dan melawan kehendak dia... Kita pasti membenci dan pasti memusuhi dia,,, samada kerugian itu kecil atau besar...
Tetapi ada satu lagi pencuri yang paling hampir dengan kita,,, Yang mendatangkan kerugian yang lebih besar... Ia bijak bertindak secara diam… Ia boleh duduk bersama kita,,, bahkan kita sendiri tidak menyedari akan kewujudannya… Tetapi kita terperangkap dan terpesona dengan kesenangan yang ditunjukkan,,, kita seperti terpukau dan asyik dengan kelapangan dan keselesaan yang dipamerkan,,, padahal ia dicuri dari kita… sehinggakan kita pula menjadi PENGIKUT YANG SETIA… kita telah menjadi pengikut setia SANG PENCURI MASA…
Pencuri masa ini mampu bertindak dalam pelbagai keadaan samada kita susah atau pun senang… Samada kita diberi peringatan atau tidak,,, melainkan kita sendiri yang berpesan kepada diri sendiri,,, dan perlu bertindak melawannya… Kerana ia mampu membawa kita sehingga begitu jauh,,, serta kerugian disebabkannya terlalu tinggi nilainya dan tidak dapat dikembalikan…
Imam al-Ghazali pernah menyatakan; sesuatu yang paling jauh dan susah untuk dikembalikan semula ialah masa atau waktu yang sudah ditinggalkan… Manusia yang suka menangguhkan pekerjaannya merupakan manusia yang memiliki sikap golongan yang rugi dan gagal kerana tidak menghargai masa yang ada dan terlalu yakin bahawa dia masih mampu untuk menggantikan masa yang berlalu dengan masa yang baru datang...

Bagaimana persekitaran kita???
Pemuda menjadi sasaran mudah sang pencuri,,, kerana pada kehidupan mereka,,, dunia serba indah,,, jadi banyak tipu daya sang pencuri untuk memerangkap mereka,,, dan risikonya adalah sangat tinggi,,,
Terutama generasi muda yang leka... Mereka inilah sasaran mudah sang PENCURI MASA,,,
Sebagai contoh,,, Bagi mereka yang memegang status sebagai seorang pelajar atau mahasiswa terutamanya,,, tidak dapat disangkal,,, kebanyakkan generasi cerdik pandai ini sering menjadi PENGIKUT atau PELAYAN sang pencuri ini… Mereka bukan lagi menjadi mangsa kecurian,,, tetapi menjadi PENGIKUT,,, PENGIKUT SETIA... Walau bagaimanapun,,, kalau ada usaha dan azam untuk bertindak kita pasti berjaya keluar dan membanteras kegiatan pencuri ini...
Kita sepatutnya kena kagum dengan orang yang sibuk,,, yang sibuk dalam hal-hal yang berkebajikan dan tidak sia-sia,,, sebab orang yang sibuk sebegini biasanya pandai mengatur masa dengan bijak… Jadi sebagai mahasiswa sepatutnya kita mencontohi mereka... Buatlah perancangan yang jitu dalam mengatur masa-masa seharian kita,,, perkara yang utama perlulah di dahulukan dalam kehidupan seharian kita…
Bagaimana pula kita???
Apakah kesibukan kita??? Sibuk mencari alasan,,, sibuk mencari salah silap orang lain,,, atau buat-buat sibuk???
Sebagai contoh,,, sekiranya sesuatu tugasan perlu dihantar 2 atau 3 hari lagi,,, pasti jarang sekali kita siapkan awal dari ‘deadline’ yang diberi...
Mungkin sang pencuri dan sifat keegoan kita mengajar bahawa...
Kerja yang dibuat ‘last minutes’ mampu melahirkan idea yang baik dan bernas… kerana semakin dekat dengan ‘deadline’,,, lagi banyak idea yang ‘terhambur’ keluar dari minda… Bukankah itu sesuatu yang baik??? Lebih baik daripada tidak buat langsung…???
Sebenarnya...
Bertangguh itu pencuri masa,,, kerana masa yang sepatutnya diperuntukkan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi,,, dibiarkan berlalu begitu sahaja sama ada digunakan untuk membuat sesuatu kerja lain yang mungkin langsung luar dari ruang lingkup tugasan,,, Tapi bila tiba ‘deadline’, barulah ‘kelam-kabut’ terkocoh-kocoh kita menyiapkan tugasan tersebut…
Rasulullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Ibnu Omar berkata: Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara… Jika engkau berada pada waktu petang,,, jangan tunggu sampai pagi... Jika engkau di waktu pagi,,, jangan tunggu sampai petang... Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit... Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati…”
Secara realitinya kita mungkin tidak sedar banyak perkara yang menjadi amalan harian kita adalah seiring dengan kehendak sang pencuri… Sang pencuri akan bertambah sayang kepada kita,,, apabila kita...
Terlalu asyik dengan makanan yang yang dihidangkan,,, bagus kalau kita menikmati hidangan makanan dengan penuh sopan… tetapi adakah munasabah kita memerlukan masa sehingga 2 atau 3 jam untuk menghabiskan sepinggan nasi,,, atau sekeping roti canai???
Berborak atau bersembang hal-hal yang tidak mendatangkan kebajikan ketika masih banyak tugas yang perlu dilaksanakan…
Banyak pasang angan-angan dan cita-cita,,, tapi tiada satu pun usaha... (Jangan jadi macam kisah Mat Jenin)
Membazir masa di laman sosial adalah salah satu kesalahan terbesar di abad ini yang dilakukan oleh ramai orang… Gunakan teknologi ini untuk sekadar ruang yang sepatutnya… Tidak perlu berlebih-lebihan…

Rehat yang berlebih-lebihan… (Tidur siang malam tanpa had)...
‘Bercouple’ bukan setakat mencuri masa tetapi dgn bercouple kita juga akan,,, rugi duit (asyik sms,,, call,,, belanja makan),,, rugi tenaga (nak kena berjalan ke sana ke mari demi utk berdating) dan rugi akal fikiran serta minda (nak kena fikir camne nak atasi masalah clash ni),,, walhal banyak lagi benda yg maha penting yang perlu difikirkan… Nak bercouple jugak,,, couple lah melalui jalan perkahwinan…
Dan banyak lagi yang kita sendiri boleh buat list... dan membentuk perubahan... Jadi kitalah penggerak bagi perubahan diri dan sesuatu yang berada dalam lingkungan kemampuan kita...
Seperti hadis nabi s.a.w.:
"Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya." (Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.)
Sekian sebagai renungan dan panduan kita bersama...
wallahu'alam...
”Jadikan masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.”
0 Response to "AWAS !!! PENCURI DI SEKITAR KITA..."
Post a Comment