MODERNISATION OR WESTERNIZATION


PEMBARATAN ATAU PEMODENAN… YANG MANA SATUKAH TELAH MENJADI IKUTAN GENERASI ZAMAN SEKARANG ???

Apabila soalan seperti itu diajukan mesti kita akan memilih untuk menjawab pemodenan,,, dan kita menolak pembaratan… Alhamdulillah… Baguslah kalau begitu,,, Tetapi benarkah kita menolak pembaratan dan hanya menerima pemodenan???

Sebagai generasi abad ke-21 masehi,,, pemuda Islam kini telah mengalami satu babak sejarah yang sangat mencabar… Iaitu pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat (the clash of civilisations)… Dengan kecanggihan teknologi ,,, komunikasi dan jaringan media yang dikuasai Barat,,, maka dengan berleluasa ia dapat membentuk dan mewarnai minda,,, gaya dan selera manusia di seluruh dunia…

Mampukah kita menghadapi rempuhan globalisasi ini??? Globalisasi yang datang dengan pakej pemodenan dan pembaratan sekaligus… sehingga kita tidak dapat membezakannya... Melainkan dengan kekuatan dan asas-asas Islam sahajalah senjata yang mampu mengubahnya...

Sejarah telah mencatatkan ramai pemimpin negara Islam selepas kejatuhan khilafah Islamiyah yang keliru dalam penerimaan pembaratan sebagai pemodenan… Antara mereka yang paling keliru dalam keghairahan mereka kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.… Presiden Tunisia dan Turki yang pertama,,, Habib Bourguiba memerintah Tunisia dari tahun 1957 hingga 1987,,, dan Mustafa Kamal Ataturk memerintah Turki dari 29 October 1923 hingga 10 November 1938…

Sungguh kuat racun pembaratan yang dibawa oleh watak-watak 'superhero ciptaan Barat' ini dan banyak lagi yang wujud sehingga kini,,, sehingga terkesan kepada generasi sekarang…

Maksud firman Allah s.wt:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al Baqarah: 120)

Ayuh!!! Wahai pemuda kita membina benteng pengukuhan dalam diri dan jiwa dengan Islam,,, jangan mengulangi kesilapan lalu… kita bersihkan kotoran yang telah terpalit kerana kekeliruan kita sebelum ini… Mari kita kenali dan fahami dasar-dasar modenisasi Islam supaya tidak mengambil (peniruan) adat istiadat Barat (pembaratan) sebagai pemodenan…

Antara dasar-dasar yang perlu kita ketahui dalam falsafah modenisasi Islam ialah :

  • Pembangunan berteraskan konsep Tawazun; keseimbangan di antara material dan spiritual dengan mengutamakan spiritual terlebih dahulu.
  • Pembangunan, pemodenan dan kemajuan di dalam Islam mempunyai falsafahnya tersendiri yang jelas berbeza dengan falsafah modenisasi Barat. Falsafah modenisasi dalam Islam mestilah mencakupi asas-asas berikut :
a. Tauhid – asas yang meletakkan peraturan tentang hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia dengan sumber alam.

b.
Rububiah – puncak tertinggi dalam system modenisasi Islam. Segala niat dan amalan kemajuan hendaklah berada dalam lingkungan kalimah Rububiah, supaya tidak melencong kepada asas pragmatik-materialisme.

c.
Khalifah – segala perusahaan sumber dan asas modal adalah wasilah atau alat menggerakkan pemodenan, Dari sinilah terbitnya konsep Islam iaitu manusia dianggap sebagai pemegang amanah Allah dalam lapangan akhlak, politik, ekonomi dan prinsip-prinsip masyarakat.

d. Tazkiah – Pemodenan adalah lambang penyucian manusia dalam semua hubungan, sama ada hubungan dengan Allah, manusia, alam sekitar, masyarakat dan negara. Pemodenan tanpa konsep tazkiah adalah bukan pemodenan yang berbaur keimanan sebaliknya dari ajaran Barat.

  • Modenisasi hanya dapat dicapai melalui pembangunan yang datang dari ilmu pengetahuan… (pengetahuan – pembangunan – modenisasi)... Dalam ajaran Islam, semua yang berubah disebut baharu... Manakala yang baharu pula diistilahkan sebagai bida’h mengikut istilah Fuqahak. Bida’h dalam urusan dunia dalam soal pembangunan dan modenisasi adalah Bida’h Hasanah yang dituntut dalan ajaran Islam. Sabda Nabi s.a.w :
“Sesiapa yang menunjukkan teladan dalam Islam dengan Sunnah Hasanah, maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikutinya”.
  • Pembaharuan dan modenisasi mestilah membawa Al-Khair (kebaikan) dan Al-Falah (kejayaan)…

Sebagai kesimpulannya,,, umat Islam perlu kembali berpegang kepada al-Quran dan hadith tetapi dalam masa yang sama tidak menolak pemodenan,,, sains dan teknologi… Penerimaan falsafah barat yang berlandaskan rasionalisme adalah sebagai alat untuk memperkukuhkan kebenaran agama Islam…

Wallahu’alam

“Perubahan adalah sesuatu yang pasti terjadi, siapapun yang tidak siap dengan perubahan dan tidak bersungguh-sungguh merubah diri menjadi lebih baik, nescaya akan berat menghadapi hidup.”

1 Response to "MODERNISATION OR WESTERNIZATION"

  1. Unknown says:

    salam 'alaik..sy minta izin untuk dapatkan bahan tentang islam dan permodenan..
    kalau ada boleh beri pada saya?
    sykrn jaziilan...

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme