PEMBARATAN...
BAGAIMANA DENGAN PEMBARATAN
Pada tahun 1825 masehi,,, setiap jemaah haji yang pulang dari Mekah perlu menduduki satu sesi peperiksaan… Bukan peperiksaan akademik seperti kita hadapi sekarang ini… Tetapi peperiksaan untuk menguji pengetahuan tentang Makkah dan Islam… Peperiksaan yang memberikan mereka status gelaran HAJI…
Status HAJI seseorang itu dapat ditentukan hanya melalui peperiksaan yang ditetapkan oleh penjajah kafir dan bukan datang dari ketentuan Allah s.w.t… Aneh buk an,,, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku semasa penjajahan Belanda di Indonesia… Sebenarnya ini merupakan langkah yang di ambil oleh Belanda atas nasihat si Snouck Hugronje,,, orientalis berketurunan Belanda…
Hasil dari penyelidikan itu,,, Snouck Hugronje juga menyatakan bahawa:
“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban,,, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir… Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap,,, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa…”
Pada tahun 1905 masehi,,, pihak Belanda telah mengenakan satu syarat lain pula,,, iaitu para guru agama (KIYAI) diwajibkan mengambil tauliah sebelum mengajar tentang Islam… Maka,,, sesiapa yang tidak disukai penjajah Belanda tidak berpeluang mengajar… Justeru itu,,, hasrat Belanda untuk mengawal Islam di Indonesia terus terlaksana…
Ini adalah antara contoh-contoh usaha pembaratan yang dilakukan semasa zaman imperialime Barat keatas dunia umat Is lam…
Proses pembaratan ini tidak hanya berlaku ketika zaman penjajahan sahaja,,, tetapi berlaku secara lebih agresif lagi selepas penjajah berjaya melahirkan anak yang mirip atau lebih dari mereka,,, yang terdiri dari kalangan Umat Islam itu sendiri… Ketidakupayaan Umat Islam membezakan perubahan ini menyebabkan jerat pembaratan penjajah kembali mengena ke leher umat Islam… Dan menyebabkan umat Islam terbelenggu semula dalam arus globalisasi yang kencang menyerang...
Kerana,,, sebahagian dari umat Islam kagum dengan perubahan di Barat,,, terutama dalam bidang kebudayaan popular dan gaya hidup yang glamour...
Islam bukan agama anti perkembangan teknologi dan anti kemajuan serta perubahan...
Mengambil pendekatan Barat juga tidak ditentang,,, tetapi proses pembaratan perlulah diwaspada dan dijauhi... Islam tidak melihat teknologi adalah segala-galanya dalam memberi erti kehidupan sempurna... Tetapi,,, teknologi selama-lamanya adalah alat,,, bukanlah matlamat…
Pelbagai acara,,, program-program dan aktiviti-aktiviti yang melalaikan menjadi begitu amat laris dan mejadi rebutan…
Umat Islam terutama golongan pemuda yang sepatutnya menjadi generasi pembela agama berpusu-pusu,,, berebut-rebut dengan segala macam usaha dan susah payah untuk memenuhi ruang-ruang yang masih ada di pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan,,, atau semata-mata untuk mengikuti pesta muzik,,, pesta hiburan,,, pertandingan hiburan ,,, tayangan filem (panggung wayang) …
Publisiti keseronokan dan sejenisnya begitu marak di mana-mana sahaja… Segala bentuk aktiviti kemaksiatan dan melalaikan kini di ubah menjadi simbol kemajuan,,, keharmonian dan kemodenan…
BAGAIMANA PULA SAMBUTAN: majlis-majlis ilmu,,, majlis zikir,,, forum agama,,, ceramah-ceramah Islami,,, pusat-pusat pengajian agama,,, surau-surau dan masjid-masjid yang dekat dengan kita (CONTOH PALING MUDAH SOLAT BERJAMAAH) dan lain-lain perkara yang membina kekuatan Umat Islam…
Ia adalah fakta yang menyakitkan untuk kita perkatakan,,, bermaksiat kita turun ramai-ramai,,, hatta bersukan dengan berseluar pendek sekalipun… tetapi jarang sekali atau tiada ajakan untuk amar ma'ruf nahi munkar… tiada seruan sesama kita untuk solat berjemaah atau mengikuti pengajian agama secara bersama (berjamaah),,, kalau ada yang datang cuba membantu kita hanya sekadar mempermain-mainkan dengan pelbagai alasan,,, atau hanya dengan ucapan ‘NO THANKS’ atau ‘BUANG MASA’ dan dengan ego kita menolak ajakan kearah kebajikan…
Kalau cuma sekadar tahu membaca Al-Qur’an sampai tamat,,, ha l itu sudah pernah dilakukan oleh si Snouck Hugronje yang memecah-belah umat Islam di Indonesia…
Media massa dan media cetak juga menjadi penganjur kepada budaya keseronokan ala kebaratan ini… walaupun sisipan yang ada mencatatkan forum atau rencana berkaitan agama,,, ia hanya sekadar seperti melahirkan haji atau kiyai seperti yang dilakukan oleh si Snouck Hugronje… Implikasi gejala pembarat an yang melanda kepada pembangunan dan ketamadunan Umat Islam hari ini amat membimbangkan...
Hilang identiti dan keperibadian muslim dalam diri kita,,, generasi pemuda pencetus pembela agama… kita larut dalam keperibadian dan cara hidup asing (Barat),,,
Kata seorang tokoh ulama dan pemikir Islam terkemuka,,, Anwar Al-Jundy:
“Sebagai Pembaratan di Dunia Islam… Musuh Islam sering menggunakan dua senjata utamanya,,, pendidikan dan media massa... Mereka berusaha sekuat tenaga menjadikan umat Islam kering dari nilai-nilai Islam...Secara terus terang dan intensif,,, mereka menanamkan nilai-nilai dan budaya jahiliah produk Barat ke dalam jiwa umat Islam…”
Dalam menjayakan perancangan tersebut,,, mereka akan berusaha untuk menanam rasa rendah diri dalam jiwa kaum muslimin... Mengadakan provokasi yang sistematik dan melahirkan suatu pandangan bahawa apa-apa yang datang dari Islam adalah (jumud) terkebelakang,,, menyusahkan dan sukar… Sedangkan apa yang di bawa dari barat adalah senang,,, moden dan tanda kemajuan...
Maka sebilangan Umat Islam akan terasa asing dengan nilai-nilai Islam dalam tradisi hidupnya…
Justeru kita perlu sedar bahawa yang terpampang di depan mata kita sekarang bukanlah gerakan budaya semata-mata... Tetapi ia merupakan gerakan terancang yang lengkap… datang dengan misi dan para pendukungnya,,, samada sistem,,, sasaran atau propaganda yang dibawa mereka... Tujuan utama mereka adalah untuk merosakkan aqidah umat Islam...
Maka usaha dan tindakan awal mereka adalah membuatkan Umat Islam terasing dan ragu-ragu dengan ajaran agamanya sendiri... Samada kita sedar atau tidak,,, mereka telah menggantikan kita dengan cara hidup yang tidak Islami... Gerakerja pembaratan berusaha membiasakan dan menanam ke dalam jiwa Umat Islam untuk merasa selesa dengan sistem hidup yang tidak Islami… Dalam masa yang sama kita pula golongan Umat Islam akan merasa gusar dan tidak selesa apabila Islam cuba tampil sebagai cara hidup yang sempurna dan lengkap… Subhanallah…
Penyusupan proses pembaratan ini sebenarnya bukan semata-mata kerosakan,,, tetapi proses lupa diri... Apabila kita melihat Umat Islam kini,,, mereka tidak menyuruh orang berbuat ma'ruf dan tidak melarang dari perbuatan munkar... Tetapi mereka pula menyeru yang sebaliknya,,, sehingga dilanda fitnah yang tidak ditemui hujung pangkalnya... Secara ringkas dapat dikatakan bahawa kini ramai dikalangan kita telah melupakan Allah s.w.t,,, lalu Allah s.w.t melupakan kita pada diri kita sendiri dan Maha Besar Allah dengan firman-Nya:
Maksudnya: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq."
Pembaratan merupakan satu musibah yang menjadikan kita bagai burung tiung yang hanya suka meniru tanpa berfikir,,, hanya meniru apa sahaja tanpa berfikir,,, Ya kita akan menjadi persis seperti yang dikehendaki oleh peraturan penjajah-penjajah negara Umat Islam,,, seperti yang dibuat oleh si Snouck Hugronje dan lain-lain orientalis seangkatan dengannya... Yang hanya ingin merosakkan akidah umat Islam dengan pelbagai produk-produk yang hanya menjauhkan Umat Islam dari kebenaran ajaran Islam...
wallahu'alam
“Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.”
0 Response to "PEMBARATAN..."
Post a Comment