BERSUKAN MENGIKUT FITRAH...


Apabila menyebut tentang perkataan bersukan,,, pasti kita akan terbayang di fikiran kita aktiviti-aktiviti lasak melibatkan kekuatan dari segi fizikal,,, aktiviti yang melibatkan penumpuan dan strategi dari segi mental atau aktiviti dari kedua-duanya… Samada melibatkan atau tidak melibatkan penggunaan sebarang peralatan…

Sebagai contoh permainan yang terkenal di serata dunia,,, BOLA SEPAK… Dalam permainan bola sepak,,, pasti akan diletakkan dan ditetapkan dengan syarat-syarat khusus supaya ia diterima sebagai satu sukan di seluruh dunia...

Walaubagaimanapun,,, Islam tetap memelihara dan mengajar kita untuk menambahkan satu lagi syarat penting dalam menjadikan sebarang permainan atau sukan itu diterima di sisi Allah s.w.t.

Kedudukan permainan atau sukan adalah harus dalam Islam selagi mana tidak melanggar batas-batas syarak,,, ia adalah diharuskan bagi melapangkan hati sekaligus dapat mencergaskan tubuh badan serta jiwa yang telah lesu...

Betapa pentingnya menjaga kesihatan,,, apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis,

Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

Dalam peristiwa lain,,, Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya,,, Saidatina Aishah...

Islam sebagai agama yang lengkap,,, telah membantu kita dalam menggariskan beberapa panduan yang lengkap dan mudah untuk kita menentukan sukan atau permainan yang boleh diikuti... Panduan tersebut ditetapkan sama ada secara khusus bagi individu itu sendiri ataupun panduan bagi acara sukan yang diadakan... Dari penyokong hinggalah kepada yang bermain,,, dari latihan hinggalah ke hari penentuan kejuaraan,,, antaranya ialah:


1. BERSUKAN MENGIKUT FITRAH

Dari segi fitrah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. sifat lelaki pada kebiasaannya akan dikaitkan dengan kekuatan dan ketangkasan,,, manakala perempuan pula sering disifatkan dengan kelembutan dan keperibadiannya yang pemalu... Maka,,, sukan atau permainan itu perlulah tertakluk pada kedudukan jantina tertentu sahaja...

Seperti menunggang kuda,,, bergusti dan sebagainya dikhususkan untuk lelaki kerana tahap kelasakan aktiviti tersebut,,, manakala perempuan pula diharuskan untuk bersukan seperti berlari,,, berjalan kaki,,, atau mana sukan yang tidak dikhaskan kepada kaum lelaki dan selagi ianya dibatasi dengan hukum-hukum syarak...


2. MENJAGA BATAS PERGAULAN

Selain dari itu,,, setiap muslim hendaklah menjaga batas-batas seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sehingga boleh mendatangkan kemudaratan pada jiwa,,, akal dan perasaan seorang muslim perlulah diambil berat...

Hubungan ikhtilat lelaki dan perempuan hendaklah di jaga dan sebarang bentuk sukan yang boleh menaikkan syahwat adalah dilarang sama sekali di dalam Islam... Oleh itu,,, sebaik-baik kaedah penganjuran adalah mengkhususkan tempat,,, masa dan jantina bagi setiap acara yang diadakan...


3. MENUTUP AURAT (KEWAJIPAN LELAKI DAN PEREMPUAN)

Menutup aurat bukan hanya diwajibkan di dalam waktu sembahyang sahaja,,, tetapi ianya dituntut di mana sahaja selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan (ajnabi) lelaki atau perempuan yang halal dinikahi...

Menutup aurat juga dituntut kepada semua umat Islam semasa bersukan... ia tidak menghalang atlet yang menuntup aurat untuk bersaing dengan atlet lain dan mencapai kemenangan...

Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu,,, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir,,, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung...

BAGAIMANA PULA DENGAN KITA,,, BERSUKAN DENGAN BERSELUAR PENDEK ???


4. SUKAN YANG TIDAK MELALAIKAN DAN MEMUDARATKAN

Sukan juga merupakan cabang salah satu hiburan... maka sudah menjadi satu kelaziman pada diri manusia untuk menyukai perkara-perkara yang menghiburkan hati,,, tetapi sebagai seorang muslim kita mempunyai tanggungjawab untuk membataskannya selaras dengan kehendak syarak...


Sudah pasti kita mahu supaya aktiviti sukan dan permainan yang kita ikuti dicatat sebagai ibadah dan di terima oleh Allah s.w.t. sebagai bekalan di hari akhirat kelak... Kita mahu setiap langkah kita dicatat sebagai kebajikan,,, bukan maksiat kerana meliberalkan asas atau prinsip Islam,,, kononnya demi mencapai matlamat sukan yang dikehendaki dunia moden kini...

Malah kita juga dituntut untuk berdoa seperti amalan Rasullah s.a.w. agar Allah s.w.t. sentiasa memberikan kesihatan kepada keseluruhan tubuh badan kita... Rasulullah s.a.w selalu berdoa `Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku’... (Bacaan dalam AL-Mathurat)

Wallahu a’lam

Jadikan sukan ini sebagai peluang menyihatkan badan dengan cara yang paling Allah s.w.t. redhai disamping kelebihan lain yang bakal kita peroleh... Semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat-NYA ke atas kita atas sedikit usaha kebaikan yang kita lakukan...

‘Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’

0 Response to "BERSUKAN MENGIKUT FITRAH..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme