HITAM ATAS PUTIH
Banyakkah amal yang telah ku sia-siakan dalam seumur hidupku???
Kemanakah kekuatan akal yang ku miliki digunakan???
Bagaimana dan dimanakah segala kekuatan ekonomi yang ku miliki dibelanjakan???
Bagaimana kekuatan jiwa dan tenaga muda ku digunakan???
Dan,,, apakah lagi amal perbuatan ku yang telah disia-siakan???
Benar,,, banyak lagi kekuatan pengamalan yang telah kita sia-siakan… Sehingga kita sendiri tidak terhitung dan sedar akan amal perbuatan yang sia-sia itu…
Sebagai seorang insan,,, kita dituntut untuk bekerja sehingga akhir hayat,,, bekerja untuk melihat siapa diantara kita yang paling baik amal perbuatannya… Dengan menentukan keutamaan dan yang lebih penting… Meskipun kiamat sudah dekat,,, tetapi sekiranya ada benih di tangan dan sempat untuk ditanam,,, maka kita dituntut untuk menanam benih tersebut…
Setiap amal perbuatan dalam Islam itu adalah ibadah dan jihad,,, sekalipun ia bersifat duniawi… dan jika niat untuk mengerjakannya adalah benar dan selaras dengan hukum-hukum yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. maka ia adalah ibadah…
Tetapi sayang seribu kali sayang,,,
Kita merupakan generasi yang paling sedikit berbakti dalam amal perbuatan kita… kerana Kita tidak dapat membezakan mana yang lebih penting dan utama untuk pembangunan dan kekuatan umat… Kita boleh lihat pada persekitaran dunia yang menghimpit kita,,, banyak negara-negara umat Islam lebih mementingkan untuk membina istana yang besar dan mewah,,, bangunan pencakar langit yang tinggi dan megah,,, tetapi dalam masa yang sama adakah ada usaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan sistem saliran,,, empangan,,, keselamatan dan lain-lain yang lebih menjamin kehidupan semua golongan???
Maka tidak hairanlah,,, kalau berjuta-juta warga negara umat Islam mati kelaparan,,, mati diserang dan diperang untuk keamanan dunia kononnya… Walhal negara umat Islam adalah antara negara-negara terkaya dengan sumber-sumber galian yang bernilai tinggi,,, kaya dengan hasil-hasil pertanian dan sumber makanan… Tetapi kita bagaikan orang yang hanya mengharapkan air hujan dari langit,,, bukan berusaha membina sistem saliran yang terbaik,,, serta mengharapkan orang lain untuk mengaut keluar hasil bumi kita,,, kerana tidak mampu menggali sumber-sumber galian yang bernilai tinggi…
Kita masih menjadi beban orang lain,,, tidak mampu mengurus diri,,, tidak mampu memenuhi keperluan diri sendiri,,, hanya mengharapkan bantuan orang lain,,, kemudian bermegah-megah dengan kemewahan,,, tanpa mempraktikkan cara untuk membangun diri sendiri…
Kita sama seperti halnya penduduk sebuah negeri yang zalim,,, seperti firman Allah s.w.t:
Terjemahan: Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunan dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). (Al-hajj: 45)
Kita boleh melihat negara-negara umat Islam di Afrika yang menjadi mangsa kebuluran,,, kekeringan dan peperangan… Dengan keuntungan negara-negara Islam yang menjadi pengeluar minyak sahaja adalah lebih 11 trillion setahun… Tidak mustahil kita tidak mampu membantu saudara-saudara di negara-negara umat Islam lain… Menyusun program jangka masa panjang untuk membangunkan keperluan-keperluan keselamatan,,, pendidikan,,, kebajikan atau pembangunan seperti empangan dan saliran-saliran air bersih untuk saudara kita yang dihimpit pelbagai kesukaran…
Tetapi,,, kita sebenarnya masih bercerai–berai mengikut hawa nafsu masing-masing… Kita cenderung umpama seperti seekor lembu yang ditambat pada pancang dan hanya berputar-putar disekitar jarak tali untuk mencari makan bagi diri sendiri sahaja…
Justeru itu ia melahirkan kegagalan demi kegagalan,,, termasuklah oleh pertubuhan-pertubuhan Islam antarabangsa seperti OIC atau nama bahasa arabnya Munazzhamat Al- Mu’tamar Al-Islami, yang sering ‘bersidang’ di dalam mencari penyelesaian di peringkat antarabangsa bagi isu-isu yang melibatkan Islam… Tidak hairanlah jika sindiran “Oh! I See” akan terus bermain di mulut-mulut mereka yang menzahirkan kekecewaan masing-masing terhadap badan antarabangsa itu...
Kalau ada keputusan yang telah disepakati untuk dilaksanakan,,,tetapi sedikit sekali yang dilaksanakan seumpama “ Hitam di atas Putih”… Mengapa??? Mungkin kerana kita sudah terbiasa pandai berbicara dan tidak pandai bekerja dengan baik??? Atau kita hanya berbicara untuk didengari oleh orang lain dan mengharapkan orang lain melaksanakannya??? Atau kita memang hanya bijak menyusun keputusan yang disepakati kemudian diberikan kepada orang lain untuk melaksanakannya,,, tanpa melihat kembali apa yang telah kita sepakati???
Keseluruhannya,,, moga kita dapat berfikir dalam sebarang gerakerja kehidupan sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi untuk sering berpegangan tangan,,, bahu membahu mengangkat kembali kejayaan yang pernah dinikmati oleh generasi terdahulu…
Wallahu’alam…
Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman. (Hadith Riwayat Al-Haakim)