HIDUP MANUSIA SEBAGAI SAHABAT...


Persahabatan...

Untuk sahabat-sahabatku,,,

Kita selalu bercakap mengenai persahabatan,,, bagaimana membina persahabatan,,, dan perkara-perkara tentang persahabatan supaya kita menjadi seumpama bangunan yang kukuh dapat menahan ribut kencang,,, dapat melindungi terik mentari,,, dapat menjadi tempat berehat dengan aman serta dapat melindungi aib kita...

Kadang-kadang kita merasakan menemui persahabatan itu sangat mudah... Tetapi ramai yang tidak menemui apa itu erti persahabatan,,, kalau pun ada mungkin gagal untuk dijaga kerana hal-hal yang remeh...

Ya... Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari melakukan kesilapan... Tetapi manusia itu mempunyai hati,,, perasaan insaf dan mempunyai jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri... jadi aku rasa aku ada sikit perkara yang mungkin boleh kita kongsi bersama dalam perjalanan hidup manusia sebagai sahabat...

Mula-mula kita lihat di sekeliling kita,,, persekitaran kita,,, masyarakat kita,,, negara kita,,, dan dunia kita... Dengan siapa kita bersahabat??? Dimana sahabat kita??? Bagaimana keadaan sahabat kita sekarang??? Bagaimana aku boleh bantu sahabat2 ku???

Ini kerana,,, semua makhluk ciptaan ALLAH SWT dia atas muka bumi ini dijadikan untuk tidak akan hidup bersendirian... Jadi bolehkah kita lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang??? Atau ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan,,, kalau ada pasti dia manusia ganjil... kerana berbeza dengan ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal...

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Maksud hadis:

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)

Apa itu persahabatan???

Biasanya kita akan memperolehi definisi seperti ini...

"Dua orang yang bersahabat,,, disebut sahabat,,, kerana mereka menikmati persamaan antara satu sama lain... Mereka menikmati apa yang mereka lakukan bersama... Mereka menjadi penguat bagi satu sama lain,,, tidak menilai buruk satu sama lain,,, melihat kebaikan dari satu sama lain,,, berusaha untuk kebaikan bagi satu sama lain...


Islam amat menitikberatkan soal memilih kawan... Kerana hubungan persahabatan adalah satu hubungan yang sangat mulia... Jadi kita perlu berusaha mencari sahabat yang apabila kita melihat wajahnya,,, kita teringat akan perintah Allah SWT,,, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,,, melihat gerak-gerinya teringat kita akan mati...


Secara ringkasnya disini aku mencatatkan wasiat Imam As-Syafie dalam bersahabat,,,
  • Imam As-Syafie mewasiatakan supaya kita berhati-hati dalam memilih sahabat,,, kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya
  • Sahabat yang baik adalah seseorang yang dapat menjaga nama baik kita semasa hidup ataupun setelah mati
  • Sahabat yang memiliki hati yang ada kesabaran ,,, meskipun memerlukan daya usaha yang keras
  • Mencintai sahabat-sahabat dengan segenap jiwa raga,,, seperti mencintai sanak saudara sendiri
  • Bersahabat dengan seseorang yang dapat menundukkan musuh dengan menunjukkan rasa persahabatannya
  • Tidak bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai
  • Meninggalkan sahabat yang memungkiri jalinan cinta yang terbentuk kerana ia akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia

Imam As-Syafie dalam hal ini juga berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,,, hatiku lega,,, jiwaku bebas daripada bara permusuhan...

“Ketika musuhku berada di hadapanku,,, aku sentiasa menghormatinya... Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,,, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai...”


Juga jauhilah sahabat-sahabat seperti ini:

  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah swt: dia tidak membantu menambahkan kebajikan kita di dunia bahkan di akhirat,,, membawa kita kepada perkara-perkara maksiat danmerugikan kehidupan kita di dunia dan akhirat
  • Sahabat yang tamak: dia memberi dengan sangat sedikit,,, tapi kalau meminta sangat banyak serta hanya mementingkan diri sendiri
  • Sahabat hipokrit: dia menyatakan bersahabat kerana pada sesuatu perkara lampau atau mendatang,,, tidak membantu atau sanggup walaupun ada kekutaan dan kelapangan,,, memberi janji kosong untuk kepentingan diri,,, mengkhianati amanah
  • Sahabat pengampu: percakapannnya tidak jujur,,, tugas dia hanya tahu memuji di hadapan kita,,, membenarkan semua perkara termasuk yang salah,,, dia bersetuju dengan hal yang tidak dapat dijelaskan kebenarannya
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: dia kawan yang suka berhibur,,, berkeliaran,,, berpesta bersama engkau ke tempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan

Kerana ukhuwwah dan mahabbah marilah kita memilih dan membina sahabat yang sejati yang dapat berkongsi suka dan duka,,, serta saling nasihat-menasihati dalam mencari keredhaan ALLAH SWT...


"Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa"








0 Response to "HIDUP MANUSIA SEBAGAI SAHABAT..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme