BAHAYA ILMU 'COPY AND PASTE'


WAHAI DIRIKU,,,



INDAHNYA ILMU...





Penulisan kali ini adalah bertujuan untuk renungan kita bersama,,, mudah-mudahan kita dapat mendalami betapa mustahaknya kita untuk menuntut ilmu,,, jadi dalam mencari ilmu,,, menjadi satu kewajipan kita untuk berguru...terutamanya berguru dalam menuntut ilmu agama Islam...


Perkembangan pesat teknologi terkini serta kemudahan-kemudahan internet dan komunikasi yang luas serta kewujudan kedai-kedai,,, toko-toko buku yang amat membantu kita dalam mencari bahan-bahan dan rujukan dalam pelbagai bidang yang kita inginkan... sains,,, teknologi,,, perubatan,,, sastera,,, ekonomi,,, dan pelbagai jenis lagi... Bahkan kaedah ini juga amat banyak digunakan oleh sebahagian masyarakat untuk mempelajari ilmu agama...

Namun pada hakikatnya,,,

Keperluan dan kepentingan berguru di dalam menuntut ilmu,,, terutamanya ilmu-ilmu Islam tidak terlucut sama sekali sehingga akhir zaman...

Belajar tanpa berguru,,,

Perkara ini kini menjadi trend atau gejala yang amat membimbangkan,,, generasi ini amat lantang berbicara dan berbincang,,, mengeluarkan pendapat-pendapat,,, berdebat dalam bab ilmu agama dan hukum hakam,,, tetapi dari manakah sumber ilmunya??? Internet atau kitab2-kitabrujukan yang dipegang mengikut pemahaman dan penafsiran mereka sendiri???

Mungkin kita dapat melihat sebagai contoh,,, ramai mahasiswa yang memiliki kitab-kitab yang mashyur,,, kitab-kitab yang tebal-tebal malah bejilid-jilid,,, tetapi sayangnya kebanyakkan mereka hanya memahami buku tersebut tanpa dorongan dan didikan dari mana-mana guru…

Dengan kemudahan-kemudahan mendapatkan kitab-kitab serta alam internet dan komunikasi yang tidak terbatas,,, bimbingan dan peranan guru telah mula diketepikan... Maka lahirlah generasi yang mengeluarkan pendapat yang hebat-hebat dengan rujukan kitab-kitab dan ulama-ulama besar hasil dari internet search and book scan,,, tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak mengambil ilmu daripada sumber asalnya secara manhaj Islami,,, iaitu mengambil ilmu agama secara bertalaqqi dan bersanad...

Bukan belajar namanya sekiranya tanpa guru... sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai guru iaitu Jibril alaihissalam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t,,, dan Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi guru kepada sahabat-sahabat baginda,,, begitu juga para tabiin,,, mereka mempunyai guru iaitu para sahabat nabi s.a.w. yang diredhai Allah s.w.t... Daripada proses perjalanan menuntut ilmu ini,,, dengan jelas membuktikan... betapa pentingnya berguru... ketahuilah kita bahawa ilmu kita sungguh cetek sekali,,, kita tidak mampu untuk menafsir serta menghukum setiap apa yang dibincangkan dalam sesebuah buku atau bahan-bahan ‘copy and paste’ (internet research)...

Di dalam menimba ilmu Islam,,, sumber-sumbernya adalah hanya dari Allah s.w.t. dan RasulNya sahaja... Malah Rasullah s.a.w. sendiri pun tidak menghukumkan sesuatu kecuali dengan wahyu dari Allah s.w.t... Begitulah juga dengan Ijma’ & Qias,,, ia akan merujuk kembali kepada kehendak Allah s.wt. dan RasulNya... Perlulah kita ingat bahawa Ilmu agama itu akan terputus jika ia tidak sampai kepada Allah s.w.t. dan RasulNya...

Oleh itu,,, sebagai seseorang penuntut ilmu agama,,, kita perlulah mencari guru yang benar-benar mempunyai keahlian dalam ilmu agama,,, mengikut panduan guru yang mursyid,,, guru yang mana mempunyai ilmu yang tinggi di samping pengamalan yang berterusan… kalau sekadar hanya belajar melalui buku,,, tanpa petunjuk dan bimbingan guru,,, dengan mudah kita akan tersesat dengan petunjuk syaitan yang halus… kita akan menafsir segala bentuk ilmu yang ada mengikut kefahaman yang cetek dari diri sendiri serta memenuhi tuntutan hawa nafsu yang membenarkan apa yang tidak benar,,, dan mengharamkan apa yang ternyata benar… mereka akan menafsir segala bentuk ayat mengikut keperluan hidup mereka…

Sebab itulah,,, kita akan dapati banyak perbincangan-perbincangan di dalam ilmu agama ini akan berakhir dengan ketegangan,,, perbalahan,,, malah permusuhan... Pemikiran menjadi sempit,,, kadang-kala tertutup dan tidak dapat menerima penerangan jika tidak bersetuju dengan pendapatnya... Mereka ini sanggup berdebat,,, mengadakan ijtihad sendiri malah menolak dan tidak akan menghormati pendapat ulama-ulama mujtahid lain jika berlainan dari pendapatnya... Pemikiran mereka yg rosak inilah yang telah menguasai dan menjadi guru mereka... Inilah generasi “copy & paste” yang semakin membiak sekarang...

Jadi perlulah kita mewarisi ilmu-ilmu Islam dan hadith-hadith Nabawi secara bersanad dan yang pernah melalui proses bertalaqqi sebelum itu... Manhaj ini kalau tidak dipelihara akan melahirkan generasi pewaris ilmu agama yang cacat kefahamannya tentang Islam itu sendiri,,, akhirnya mewujudkan kesesatan dalam masyarakat Islam itu sendiri...

Mana mungkin urusan agama boleh diserahkan kepada golongan yang mengambil ilmu agama hanya sekadar daripada buku-buku karangan ulama-ulama masyhur,,, bahkan ada yang sekadar mengambilnya daripada buku-buku versi terjemahan semata-mata... kemudian belajar secara sendirian,,, tanpa panduan dari guru-guru yang amanah... Ini suatu kepincangan dalam tradisi ilmuan Islam itu sendiri...

Kepentingan seruan dan kembali kepada sistem talaqqi secara bersanad amat diperlukan dalam ilmu Islam,,, kerana itulah budaya pembelajaran para salafus-soleh terdahulu... Kita perlu membela dan meneruskan tradisi ini dalam rangka menyaingi suatu sistem pembelajaran versi sekular yang tidak lagi mementingkan sanad ilmu,,, tetapi sekadar mementingkan sijil-sijil serta gelaran-gelaran yang digunakan untuk menutup segala kebenaran...

Hayatilah firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“….…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” (Al-Anbiya’: 7)

Dan firmanNya;

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah" (Al-Ahzab’ : 21)

Dan juga firmanNya;

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pedengaran, penglihatan dan hati semua itu akan diminta petanggungajawabannya” (Al-Isra’ :36)

Ketahui lah bahawa diakhirat nanti,,, kita semua akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan diatas segala perbuatann kita di dunia ini... Tiada sesuatu pun akan terlepas dariNya...

Saya berharap semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah dariNya serta dilindungiNya dari kesesatan... Amin...

Wallahu’alam

"Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai."

0 Response to "BAHAYA ILMU 'COPY AND PASTE'"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme