RILEKS-RILEKS SUDAH???


Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Surah Al-Asr (103): Ayat 1-3)

Masa adalah sesuatu amat bernilai dalam hidup seorang manusia... Setiap detik atau setiap saat yang berlalu akan sentiasa bergerak menjauhi kita... ia tidak dapat ditahan walaupun seketika untuk menunggu kita... Sebagai manusia,,, kita sudah pasti mengetahui bahawa masa yang berlalu pasti tidak akan kembali dan tidak dapat dicari ganti...
Masa itu umpama air pasang surut,,, yang tiada siapa yang dapat menahannya... Apabila kita mengetahui nilai seperti ini,,, sudah pasti kita tidak akan membuang masa tanpa melakukan perkara yang berfaedah... Sebaliknya,,, pasti kita akan mengurus masa dengan teratur dan sempurna...

Islam memberikan penghargaan yang amat tinggi terhadap masa...

Sebagai seorang insan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap detik amal perbuatannya... Setiap dari kita pasti mengetahui bahawa dunia itu adalah jambatan ke akhirat... Sudah pasti kita akan bertungkus lumus memenuhi masa untuk mencapai cita-cita yang diimpikan... Jadi adakah setiap detik itu telah kita penuhi untuk mencapai kejayaan disamping mencari keredhaan Allah s.w.t atau sebaliknya???

Sebagai contoh,,, kita mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan tugasan sehingga lewat pagi,,, kemudian kita memenuhi keperluan untuk tidur,,, tetapi apabila kita terjaga kita telah melewati waktu solat subuh,,, akhirnya,,, mata yang celik kita pejamkan lagi... Perkara ini bukan sekali tetapi berulang-ulang kali,,, Adakah kita telah mencapai kejayaan???

Aduhai!!! Betapa lalainya kita... Dibuai mimpi indah dengan perwatakan serba sempurna,,, topeng yang penuh kemewahan dan keindahan,,, keegoan dengan pakaian berjenama mahal yang dianggap mampu menahan azab seksaan,,, kosmetik kecantikan dan kesegakan rupa paras yang dianggap kekal,,, bergelak ketawa besar seperti seorang anak jutawan yang tidak akan mati,,, sombong seperti ilmuan yang pandai seolah-olah dapat menjawab soalan Munkar dan Nankir... ???????

Setelah diamati,,, perkara ini sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri,,, sikap kita yang tidak menghargai masa...

Di usia muda,,, kehidupan kita banyak dipenuhi dengan aktiviti berhibur,,, bersuka ria,,, bersenang lenang dan pelbagai perkara yang melalaikan... Seoalah-olah ia mampu memanjangkan masa kita...

Walhal,,, kita telah tertipu oleh pencuri masa yang sangat licik,,, yang banyak memerangkap kita dengan angan-angan dan perasaan selesa yang seketika...

Begitu juga bagi mereka yang tidak mahu berusaha keluar dari kesedihan,,, kesusahan,,, kesempitan atau sebarang masalah... Mereka beranggapan seperti ada masa atau peluang di hadapan untuk berubah... jadi dibiarkan kesusahan itu menghanyutkan mereka sehingga akhirnya terperangkap dan lemas,,, mereka malas berusaha berenang ke tepian atau daratan yang lebih selamat,,, kerana
orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati sebelum ajalnya... Dalam perkara ini,,, Rasullah s.a.w berpesan kepada kita supaya bersedialah:

1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin

5. Masa senang sebelum susah

Tetapi kini,,, Ungkapan indah yang sering kita dengar adalah
"RILEKS",,, "AWAL LAGI",,, "NANTI"... dan juga beberapa ayat yang sedap didengar tetapi bukan pada tempatnya...

Perkataan tersebut sering diungkapkan tanpa alasan atau tuntutan yang lebih utama,,, seperti memenuhi tuntutan agama,,, tetapi hanya berdasarkan kepada tuntutan hawa nafsu untuk kepuasan yang merugikan masa itu sendiri...

Apakah jaminan bahawa kita akan hidup sedetik lagi??? Apakah jaminan bahawa kita berkemampuan seperti sekarang seketika nanti??? Adakah masa yang berlalu dapat diganti???

Adakah segala yang kita miliki kini akan kekal selama-lamanya???

Walau apa pun jawapan anda,,,

Cuba kita lihat,,, kerana kesilapan beberapa detik sahaja,,, kini pemikiran dan negara umat Islam telah terjajah dalam tempoh masa yang cukup panjang... sebagai seorang muslim,,, Sedetik kita lalai kesannya cukup panjang,,,

Namun kita masih tidak sedar atau tidak mahu ambil peduli kerana merasakan diri kita sudah cukup segalanya atau merasakan kita sudah terlewat untuk berubah... sebenarnya itu adalah kotak-kotak yang mengunci pemikiran kita supaya kita tidak bangkit merebut kembali masa kita...

Jadi kenapa kita perlu melengahkan masa lagi,,, kenapa kita harus bertangguh kerja lagi??? Mari kita merebut kembali masa yang masih berbaki dalam kehidupan kita... Mari kita lakukan perubahan,,, tetapi bukanlah setiap perubahan itu kemajuan,,, tetapi setiap kemajuan bermula dengan perubahan...

Oleh kerana,,, setiap manusia memiliki peruntukan masa yang sama banyak,,, iaitu setiap dari kita akan memiliki 24 jam sehari... Justeru cara pembahagian masa sahaja membezakan kebijaksanaan kita untuk mengurus masa...

Bagi mencegah kehilangan masa itu,,, terdapat beberapa faktor yang dapat dilihat
sebagai faktor membantu memperbaiki atau merosakkan pengurusan masa kita:

1. Sikap (disiplin diri,,, kesedaran dll)

2. Keluarga


3. Rakan-rakan (boleh lihat tajuk sahabat)


4. Aktivit-aktiviti yang melalaikan (hiburan berlebihan)


5. Pengaruh persekitaran (media massa,,, teknologi dll)




"Berhentilah mendramatisasi keadaan dengan lamunan kosong, selain kita akan menjadi pencuri masa yang malang, lamunan itu yang membuat kita lalai."

BAHAYA ILMU 'COPY AND PASTE'


WAHAI DIRIKU,,,



INDAHNYA ILMU...





Penulisan kali ini adalah bertujuan untuk renungan kita bersama,,, mudah-mudahan kita dapat mendalami betapa mustahaknya kita untuk menuntut ilmu,,, jadi dalam mencari ilmu,,, menjadi satu kewajipan kita untuk berguru...terutamanya berguru dalam menuntut ilmu agama Islam...


Perkembangan pesat teknologi terkini serta kemudahan-kemudahan internet dan komunikasi yang luas serta kewujudan kedai-kedai,,, toko-toko buku yang amat membantu kita dalam mencari bahan-bahan dan rujukan dalam pelbagai bidang yang kita inginkan... sains,,, teknologi,,, perubatan,,, sastera,,, ekonomi,,, dan pelbagai jenis lagi... Bahkan kaedah ini juga amat banyak digunakan oleh sebahagian masyarakat untuk mempelajari ilmu agama...

Namun pada hakikatnya,,,

Keperluan dan kepentingan berguru di dalam menuntut ilmu,,, terutamanya ilmu-ilmu Islam tidak terlucut sama sekali sehingga akhir zaman...

Belajar tanpa berguru,,,

Perkara ini kini menjadi trend atau gejala yang amat membimbangkan,,, generasi ini amat lantang berbicara dan berbincang,,, mengeluarkan pendapat-pendapat,,, berdebat dalam bab ilmu agama dan hukum hakam,,, tetapi dari manakah sumber ilmunya??? Internet atau kitab2-kitabrujukan yang dipegang mengikut pemahaman dan penafsiran mereka sendiri???

Mungkin kita dapat melihat sebagai contoh,,, ramai mahasiswa yang memiliki kitab-kitab yang mashyur,,, kitab-kitab yang tebal-tebal malah bejilid-jilid,,, tetapi sayangnya kebanyakkan mereka hanya memahami buku tersebut tanpa dorongan dan didikan dari mana-mana guru…

Dengan kemudahan-kemudahan mendapatkan kitab-kitab serta alam internet dan komunikasi yang tidak terbatas,,, bimbingan dan peranan guru telah mula diketepikan... Maka lahirlah generasi yang mengeluarkan pendapat yang hebat-hebat dengan rujukan kitab-kitab dan ulama-ulama besar hasil dari internet search and book scan,,, tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak mengambil ilmu daripada sumber asalnya secara manhaj Islami,,, iaitu mengambil ilmu agama secara bertalaqqi dan bersanad...

Bukan belajar namanya sekiranya tanpa guru... sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai guru iaitu Jibril alaihissalam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t,,, dan Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi guru kepada sahabat-sahabat baginda,,, begitu juga para tabiin,,, mereka mempunyai guru iaitu para sahabat nabi s.a.w. yang diredhai Allah s.w.t... Daripada proses perjalanan menuntut ilmu ini,,, dengan jelas membuktikan... betapa pentingnya berguru... ketahuilah kita bahawa ilmu kita sungguh cetek sekali,,, kita tidak mampu untuk menafsir serta menghukum setiap apa yang dibincangkan dalam sesebuah buku atau bahan-bahan ‘copy and paste’ (internet research)...

Di dalam menimba ilmu Islam,,, sumber-sumbernya adalah hanya dari Allah s.w.t. dan RasulNya sahaja... Malah Rasullah s.a.w. sendiri pun tidak menghukumkan sesuatu kecuali dengan wahyu dari Allah s.w.t... Begitulah juga dengan Ijma’ & Qias,,, ia akan merujuk kembali kepada kehendak Allah s.wt. dan RasulNya... Perlulah kita ingat bahawa Ilmu agama itu akan terputus jika ia tidak sampai kepada Allah s.w.t. dan RasulNya...

Oleh itu,,, sebagai seseorang penuntut ilmu agama,,, kita perlulah mencari guru yang benar-benar mempunyai keahlian dalam ilmu agama,,, mengikut panduan guru yang mursyid,,, guru yang mana mempunyai ilmu yang tinggi di samping pengamalan yang berterusan… kalau sekadar hanya belajar melalui buku,,, tanpa petunjuk dan bimbingan guru,,, dengan mudah kita akan tersesat dengan petunjuk syaitan yang halus… kita akan menafsir segala bentuk ilmu yang ada mengikut kefahaman yang cetek dari diri sendiri serta memenuhi tuntutan hawa nafsu yang membenarkan apa yang tidak benar,,, dan mengharamkan apa yang ternyata benar… mereka akan menafsir segala bentuk ayat mengikut keperluan hidup mereka…

Sebab itulah,,, kita akan dapati banyak perbincangan-perbincangan di dalam ilmu agama ini akan berakhir dengan ketegangan,,, perbalahan,,, malah permusuhan... Pemikiran menjadi sempit,,, kadang-kala tertutup dan tidak dapat menerima penerangan jika tidak bersetuju dengan pendapatnya... Mereka ini sanggup berdebat,,, mengadakan ijtihad sendiri malah menolak dan tidak akan menghormati pendapat ulama-ulama mujtahid lain jika berlainan dari pendapatnya... Pemikiran mereka yg rosak inilah yang telah menguasai dan menjadi guru mereka... Inilah generasi “copy & paste” yang semakin membiak sekarang...

Jadi perlulah kita mewarisi ilmu-ilmu Islam dan hadith-hadith Nabawi secara bersanad dan yang pernah melalui proses bertalaqqi sebelum itu... Manhaj ini kalau tidak dipelihara akan melahirkan generasi pewaris ilmu agama yang cacat kefahamannya tentang Islam itu sendiri,,, akhirnya mewujudkan kesesatan dalam masyarakat Islam itu sendiri...

Mana mungkin urusan agama boleh diserahkan kepada golongan yang mengambil ilmu agama hanya sekadar daripada buku-buku karangan ulama-ulama masyhur,,, bahkan ada yang sekadar mengambilnya daripada buku-buku versi terjemahan semata-mata... kemudian belajar secara sendirian,,, tanpa panduan dari guru-guru yang amanah... Ini suatu kepincangan dalam tradisi ilmuan Islam itu sendiri...

Kepentingan seruan dan kembali kepada sistem talaqqi secara bersanad amat diperlukan dalam ilmu Islam,,, kerana itulah budaya pembelajaran para salafus-soleh terdahulu... Kita perlu membela dan meneruskan tradisi ini dalam rangka menyaingi suatu sistem pembelajaran versi sekular yang tidak lagi mementingkan sanad ilmu,,, tetapi sekadar mementingkan sijil-sijil serta gelaran-gelaran yang digunakan untuk menutup segala kebenaran...

Hayatilah firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“….…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” (Al-Anbiya’: 7)

Dan firmanNya;

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah" (Al-Ahzab’ : 21)

Dan juga firmanNya;

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pedengaran, penglihatan dan hati semua itu akan diminta petanggungajawabannya” (Al-Isra’ :36)

Ketahui lah bahawa diakhirat nanti,,, kita semua akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan diatas segala perbuatann kita di dunia ini... Tiada sesuatu pun akan terlepas dariNya...

Saya berharap semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah dariNya serta dilindungiNya dari kesesatan... Amin...

Wallahu’alam

"Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai."

LESEN DENGAN ROADTAX



CATATAN : SUDIN BAS,,, PENANG

Dulu sebelum dapat lesen aku tak pasti boleh lulus ka atau tak lulus ujian nih...

Tapi,,, Alhamdulillah... Lulus... sebab aku ambil kat sekolah memandu yang sah dan berdaftar...
Bila boleh stereng aku rasa macam tak confident pula macam mana nak bawa nih...

Tapi ada orang lama yang tak kedekut ilmu ajar aku,,, lagipun aku tak malu nak tanya... hentam pi la soalan apa2 pun... Yang aku tau aku dalam proses nak belajar...

Sampai sekarang aku pun sedar,,, banyak sangat yang kurang,,, Ya la... budak kampung... bawa professer2,,, doktor2,,, tokey2 dan orang cerdik pandai lain. dalam bas.. Tapi masa tu aku usaha sungguh2 nak jadi pemandu bas yang berhemah...

Aku juga nak mohon maaf kot2 sapa2 pening masa aku memandu... entah2 ada yang muntah,,, Tapi aku tau itu semua pasti berlaku... Ya la kenderaan berat melebihi 5000 kg... Drebar pula muda lagi masa tu... Masa aku jadi pemandu bas,,, tahu tak sebenarnya ,,, yang duduk kat tempat duduk belakang tu semuanya otrang yang hebat2 belaka... Macam aku kata tadi,,, professer2,,, doktor2,,, tokey2 dan orang cerdik pandai lain... Tanggungjawab sebagai pemandu,,, aku rasa aku dah cuba dan usaha memandu sebaik yang mungkin... ke mana saja destinasi... aku cuba bawa dengan penuh berhati-hati...

Dah jauh pada perkiraan aku jarak perjalanan yang dah dilalui... sekarang dah nak sampai kat destinasi... Tinggal lebuh raya yang under construction saja rasanya aku belum pi... Betul la... Jalan tu nanti untuk orang lain pula... yang ada lesen pula nak lalui nanti... Pemandu-pemandu baru yang berhemah akan ambil kunci dan memandu terus ke jalan yang baru tu,,, pasti pemandu2 ni lebih hebat dari aku... muda,,, sihat,,, mata pandang lebih jauh dari aku,,, menembusi apa saja halangan di depan...

"Woi!!! Sudin... Hang dok mengelamun apa tu???" Tegur budak2 mat rempit yang tak sabar2 nak naik bas aku... sebab hari hujan "Mai kami bawa pula... Hang ni langsung tak rempit lah... bawa slow,,, lembap... Buang masa" ...budak2 tadi...

Pada pengetahuan aku... budak ni bukan ada lesen... Tapi nak memandu juga... Sebab budak2 ni ada kabel,,, ada orang dalam... tu yang dok tunjuk terror ,,, tunjuk hebat... Dok buat corner baring depan aku... dok wheely,,, dok wheekang (angkat tayar belakang)... tapi bila hujan bas buruk aku juga depa naik... Dok berangan nak bawa kenderaan 5000 kg pula...

Budak2 ni ambil kursus memandu kat tempat yang aku kenal cikgu depa ,,, yang laki2 ada,,, yang perempuan pun ada... Silibus confirm la tak sama... walaupun nampak macam sama saja bunyi dia ....SEKOLAH MEMANDU... Depa kata " kita nih jalan berbeza tapi matlamat sama"...????

Kadang2 aku tengok ada budak2 yang belajar kat sekolah memandu yang sama ngan aku dulu pun ada juga... tumpang sekaki... tambah kelas lesen... Baguih la tu... ikut mat rempit...

Tapi... Aku bimbang,,,
Bukan apa,,, takut nanti stereng goyang,,, nanti masuk lorong lain... Pastu mula la nak langgar kawan yang dok satu lorong sebelum nih... ya la...belajar kat cikgu yang baru balik oversea... Left Hand Site Driver...

Jadi kepada yang muda2 nih... terutama satu sekolah memandu dengan aku dulu... mai kita dok kat lorong yang asal balik...La ni masa hangpa pulak nak memandu...s ebelum nih kita dah sama2... belajar macmna nak jadi pemandu yang berhemah di jalan raya...

Nah kunci... Ambil... Bawa pula...

Aku sedia membantu,,, jangan takut lepas ni aku boleh jadi mekanik pula... boleh tolong repair mana2 tayar yang gelong,,, tukar minyak yang dah hitam,,, pam angin yang kurang,,,ajar macamna nak wax bagi berkilat... supaya lebih bersinar daripada masa aku bawa dan jaga dulu...

Lesen dengan roadtax aku dah nak tamat tempoh... road tax tak dak,,, tak leh jalan atas jalan... jadi kena jalan kot bawah jalan...mungkin... aku tak boleh nak renew dah... tak ada guna renew lesen ngan roadtax pun... sebab la ni aku bawa jet pula... tak lalu kot atas permukaan jalan lagi... Jadi masa hangpa pula la jadi drebar bas baru... Mana tau boleh tumpang sekaki... ikut jalan2... Jangan biar budak2 rempit tu bawa... nanti habis...

"Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah."




HIDUP MANUSIA SEBAGAI SAHABAT...


Persahabatan...

Untuk sahabat-sahabatku,,,

Kita selalu bercakap mengenai persahabatan,,, bagaimana membina persahabatan,,, dan perkara-perkara tentang persahabatan supaya kita menjadi seumpama bangunan yang kukuh dapat menahan ribut kencang,,, dapat melindungi terik mentari,,, dapat menjadi tempat berehat dengan aman serta dapat melindungi aib kita...

Kadang-kadang kita merasakan menemui persahabatan itu sangat mudah... Tetapi ramai yang tidak menemui apa itu erti persahabatan,,, kalau pun ada mungkin gagal untuk dijaga kerana hal-hal yang remeh...

Ya... Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari melakukan kesilapan... Tetapi manusia itu mempunyai hati,,, perasaan insaf dan mempunyai jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri... jadi aku rasa aku ada sikit perkara yang mungkin boleh kita kongsi bersama dalam perjalanan hidup manusia sebagai sahabat...

Mula-mula kita lihat di sekeliling kita,,, persekitaran kita,,, masyarakat kita,,, negara kita,,, dan dunia kita... Dengan siapa kita bersahabat??? Dimana sahabat kita??? Bagaimana keadaan sahabat kita sekarang??? Bagaimana aku boleh bantu sahabat2 ku???

Ini kerana,,, semua makhluk ciptaan ALLAH SWT dia atas muka bumi ini dijadikan untuk tidak akan hidup bersendirian... Jadi bolehkah kita lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang??? Atau ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan,,, kalau ada pasti dia manusia ganjil... kerana berbeza dengan ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal...

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Maksud hadis:

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)

Apa itu persahabatan???

Biasanya kita akan memperolehi definisi seperti ini...

"Dua orang yang bersahabat,,, disebut sahabat,,, kerana mereka menikmati persamaan antara satu sama lain... Mereka menikmati apa yang mereka lakukan bersama... Mereka menjadi penguat bagi satu sama lain,,, tidak menilai buruk satu sama lain,,, melihat kebaikan dari satu sama lain,,, berusaha untuk kebaikan bagi satu sama lain...


Islam amat menitikberatkan soal memilih kawan... Kerana hubungan persahabatan adalah satu hubungan yang sangat mulia... Jadi kita perlu berusaha mencari sahabat yang apabila kita melihat wajahnya,,, kita teringat akan perintah Allah SWT,,, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,,, melihat gerak-gerinya teringat kita akan mati...


Secara ringkasnya disini aku mencatatkan wasiat Imam As-Syafie dalam bersahabat,,,
  • Imam As-Syafie mewasiatakan supaya kita berhati-hati dalam memilih sahabat,,, kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya
  • Sahabat yang baik adalah seseorang yang dapat menjaga nama baik kita semasa hidup ataupun setelah mati
  • Sahabat yang memiliki hati yang ada kesabaran ,,, meskipun memerlukan daya usaha yang keras
  • Mencintai sahabat-sahabat dengan segenap jiwa raga,,, seperti mencintai sanak saudara sendiri
  • Bersahabat dengan seseorang yang dapat menundukkan musuh dengan menunjukkan rasa persahabatannya
  • Tidak bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai
  • Meninggalkan sahabat yang memungkiri jalinan cinta yang terbentuk kerana ia akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia

Imam As-Syafie dalam hal ini juga berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,,, hatiku lega,,, jiwaku bebas daripada bara permusuhan...

“Ketika musuhku berada di hadapanku,,, aku sentiasa menghormatinya... Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,,, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai...”


Juga jauhilah sahabat-sahabat seperti ini:

  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah swt: dia tidak membantu menambahkan kebajikan kita di dunia bahkan di akhirat,,, membawa kita kepada perkara-perkara maksiat danmerugikan kehidupan kita di dunia dan akhirat
  • Sahabat yang tamak: dia memberi dengan sangat sedikit,,, tapi kalau meminta sangat banyak serta hanya mementingkan diri sendiri
  • Sahabat hipokrit: dia menyatakan bersahabat kerana pada sesuatu perkara lampau atau mendatang,,, tidak membantu atau sanggup walaupun ada kekutaan dan kelapangan,,, memberi janji kosong untuk kepentingan diri,,, mengkhianati amanah
  • Sahabat pengampu: percakapannnya tidak jujur,,, tugas dia hanya tahu memuji di hadapan kita,,, membenarkan semua perkara termasuk yang salah,,, dia bersetuju dengan hal yang tidak dapat dijelaskan kebenarannya
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: dia kawan yang suka berhibur,,, berkeliaran,,, berpesta bersama engkau ke tempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan

Kerana ukhuwwah dan mahabbah marilah kita memilih dan membina sahabat yang sejati yang dapat berkongsi suka dan duka,,, serta saling nasihat-menasihati dalam mencari keredhaan ALLAH SWT...


"Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa"








Apa yang aku ada...

Bismillahirrahmanirrahim...


Berat juga tangan nak menaip ni,,, tapi lagi berat kalau page ni kosong dari hari ke hari,,, minggu ke minggu,,, bulan ke bulan,,, tahun ke tahun... tapi tak satu pun aku boleh kongsi dengan orang lain... Tapi aku tak pandai menulis sangat,,, ilmu tak seberapa,,, jadi hanya sekadar menulis berdasarkan kepada perkara yang berlaku di persekitaran dan apa yang aku temui jawapannya sahaja... pertama sekali ia adalah catatan untuk diriku,,, dan sahabat seperjuangan,,, atau kepada sesiapa yang mencari kepada perkara berkaitan yang telah dicatatkan...

Sebab ilmu yang baik tu patut kita sebarkan,,, apa yang aku buat bukanlah ghairah untuk memberi pendapat sendiri,,, mencari nama atau pujian,,, tetapi hanya sekadar peringatan buat diriku yang lemah ini...

Sebab sekarang ni ramai orang yang minat menulis,,, dan suka memberi pelbagai pandangan,,, kadang2 sehingga wujud pelbagai kesalahan dan salah faham dari artikel yang diterbitkan...


Maka,,, ini...

Cuma sekadar tulisan-tulisan,,, coretan-coretan yang tak seberapa,,, itu saja yang aku mampu bagi kepada semua pembaca blog ini... TERUTAMA sebagai peringatan dan panduan untuk diriku yang MUDAH LUPA ini... segala yang kusampaikan itu pun hanya sekadar pandangan,,, (((sekiranya berkaitan agama ia dipetik dari pandangan para ulamak bukan kefahaman dan pandangan aku sendiri))) dengan jujur aku amatlah sedikit ilmu dan sedikit juga pengalaman,,, maka catatan ini adalah dari pelbagai sumber rujukan samada kitab2,,, kuliah2,,, ceramah2,,, temubual2,,, artikel2,,, dan pelbagai lagi yang telah aku ikuti atau laksanakan... untuk penulisan blog mengenai seorang MANUSIA,,, dalam HIDUP dan PERJUANGAN...

Tidak perlu link kembali atau minta izin... Apa2 yang anda baca di sini hanyalah maklumat... Ianya akan menjadi ilmu yang manfaat apabila diamalkan... Dan jika kita sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain,,, maka Allah akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.

Aku rasa elok setakat ini dahulu sebagai muqaddimah untuk catatan permulaan mengenai kisah seorang MANUSIA dalam HIDUP dan PERJUANGAN...

wallahu'alam

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana apa yang anda fikirkan (akal) dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan segala perhiasan."


MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme