IMAM MUDA???


Entri kali ini merupakan penerbitan semula (sulaiman, Julai 2010),,, Seseorang yang menjadi imam sebenarnya menggalas jawatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menjadi imam kepada makmumnya iaitu para sahabat. Apabila seseorang itu berada di sejadah imam atau posisi imam, maka dia sebenarnya berada di tempat Rasulullah s.a.w.

Oleh itu seorang imam hendaklah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. walaupun ianya sekadar sunnah-sunnah kecil ataupun perkara yang remeh-temeh kata orang sekarang. Walaupun benda ini nampak seolah-olah kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah)

Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah(Permulaan Hidayah) mengatakan permulaan hidayah adalah melalui perkara-perkara yang kecil, misalnya seperti sembahyang sunat. Tanpa duit 1 sen tidak akan cukup jumlah RM1,000. Kata pepatah luar, Perjalanan yang jauh beribu batu bermula dari satu langkah. Kata pepatah melayu “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit“

Seorang imam hendaklah duduk-bangun sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah. Pakaian imam sebaiknya menutup kepala, memakai kain atau seluar yang tidak menutup buku lali, memakai baju lengan panjang dan tidak pakai baju lengan pendek. Nabi s.a.w. tidak pernah solat dengan memakai baju lengan pendek dan baginda memakai kain separuh dari betis di atas buku lali.

Seorang imam memikul tanggungjawab yang besar kerana sembahyang makmum bergantung kepada sembahyangnya. Dari Sahal bin Saad r.a, diriwayatkan bahawa dia menceritakan: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Imam itu memiliki tanggung jawab. Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa, sementara makmumnya tidak.” (HR. Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, pilihlah imam yang warak dan alim”.

Hadis daripada Abu Masud Al-Ansari menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda bermaksud: Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Kemudian orang yang lebih pandai tentang hadis (sunnah nabi), Kalau mereka juga sama maka pilih orang yang lebih dahulu berhijrah, Kalau sama masa hijrahnya, pilih orang yang lebih tua usianya.

Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Mazhab As-Syafie memilih imam yang paling pandai membaca al_Quran. Berdasarkan hadis Amar bin Salamah, yang dimaksudkan dengan ‘paling pandai membaca al-Quran’ di sini ialah orang yang terbanyak hafalannya. Hadis tersebut bermaksud: Hendaklah orang yang menjadi imam itu orang yang terbanyak hafalan Qurannya.

Mazhab Al-Hanafi pula memilih imam yang lebih pandai soal hukum-hakam. Dalam hadith ada disebut, kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, hendaklah kamu mencari orang yang alim dan warak sebagai imam sembahyang. Pilihlah imam mengikut susunan berikut:-

1. Alim

2. Wara’

3. Pandai membaca quran

4. Berpakaian kemas

5. Manis (sedap) bacaannya, tidak semestinya berlagu.

6. Tua

7. Isteri cantik. Kalau ada dua imam yang sama wara’ dan alim, pilih yang mempunyai isteri cantik kerana biasanya orang yang mempunyai isteri cantik kurang terjejas bila melihat perempuan lain.

0 Response to "IMAM MUDA???"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme