Pesanan cikgu semasa nak periksa...

Cikgu dah pesan dah…

Bersesuaian dengan musim exam yang berlaku di sana sini,,, insyaAllah ingin aku berkongsi beberapa petua yang boleh kita amalkan bersama… Juga pesanan-pesanan cikgu-cikgu,,, ustaz-ustazah,,, lecturer-lecturer yang mengajar kita…

Semasa belajar…

Eloklah dimulakan dengan membaca bismillah,,, (juga di dalam apa-apa permulaan kerja yang baik)…

Setiap pembelajaran eloklah dimulai dan diakhiri dengan doa…

Doa sebelum belajar: “Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Doa selepas belajar: "Ya Allah,kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi dan pemeliharaan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir(denganMu).Wahai Yang Maha Pembuka dan Yang Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang arif. Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan diriku. Kembalilah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu yang berkaitan dengan diriku, Wahai Tuhan sekelian alam."

Nota: Jangan hafal sahaja,,, paling baik cuba fahamkan…

Buat nota dengan perkataan sendiri dan banyakkan membuat soalan latihan...

Masa makan

Makan makanan yang halal dan baik… (bukan KFC,,, McD dan seumpamanya hari-hari)

Kurangkan amalan makan benda-benda masam,,, daging dan minuman berkarbonat dalam minggu peperiksaan,,,

Makan kismis bebanyak,,, terutama pada awal pagi sebelum makan apa-apa lagi (Bilangan 7,,, 11 atau 21 biji yang biasa dibuat… Nak makan segenggam sekali pun boleh : ) ...

Ibadah - Ini bab paling penting…

Jangan sebab pulun study sampai lewat pagi,,, lewat malam,,, tapi solat fardhu terlepas atau dilewat-lewatkan…

Perbanyakkan solat-solat sunat (solat sunat taubat,,, hajat,,, tahajjud,,, duha dan lain-lain lagi)…

Perbanyakkan selawat,,, istighfar dan zikir-zikir (zikir harian,,, hadir juga majlis-majlis ilmu)…

Lagi satu jangan banyak gelak sangat dan jangan melakukan maksiat (contoh paling mudah bercouple sana sini,,, pakai seluar pendek (dedah aurat)...

Selepas berusaha,,, bertawakkallah kepada Allah s.w.t… InsyaAllah beroleh kejayaan dunia dan akhirat…

Untuk berjaya dalam pelajaran,,, anda tak perlu menjadi orang yang bijak sahaja...

Tetapi jagalah kewajipan dan tanggungjwab sebagai seorang muslim… Pentingkan solat dan ibadah kepada Allah,,, taat ibu bapa,,, hormati cikgu,,, ustaz atau lecturer... Nilai kejayaan bukan sekadar gred A sahaja,,, bukan dengan markah atau pointer yang kita dapat,,, tetapi bgaimana usaha kita dalam mengejar kejayaan dunia dan akhirat.

Jangan terlalu panjang angan-angan di dunia nak jadi doctor,,, engineer,,, bos dan berjawatan besar lain... Tetapi melupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim… Kerana mereka yang melupakan akhirat dan menurut hawa nafsu itu menghalangi (menentang) perkara yang hak,,, sedangkan dunia sudah berjalan membelakangi kita dan akhirat berada di hadapan...

Wallahu’alam…

2 Response to "Pesanan cikgu semasa nak periksa..."

  1. Unknown says:

    Teman tak percaya dgn dakyah usa ni...tapi berbangga sekiranya benar osama mendapat syahid..
    Tidak rugi apa2 pun sekiranya benar..mereka yg berjuang bukanlah kerana osama ...

    ELYAS says:

    Skrg pn dh bnyak prtikaian tntng kematian Osama yg diwar-warkan... InsyaAllah,,,'Bagi sesiapa yang berperang pada jalan Allah,,, kemudian dia mati,,, maka Allah menjamin syurga untuknya'...

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme