Musibah...

Dengan sedikit pengetahuan ini,,, aku hanya sekadar ingin berkongsi apa yang termampu ditulis buat peringatan diriku dan dikongsi bersama para pembaca…

Kalau berat mata memandang,,, sudah pasti berat lagi bahu yang memikulnya… Setiap sesuatu kejadian pastilah ada hikmahnya tersendiri… Suka atau tidak,,, kehidupan kita sebagai hamba Allah s.w.t di muka bumi ini harus terus berjalan…

Sebagai seorang muslim,,, kita seharusnya menyedari bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi,,, banjir,,, tsunami,,, ribut taufan,,, kemarau dan sebagainya,,, merupakan suatu fenomena alam yang telah menjadi qadha’ (ketentuan) Allah s.w.t,,, yang menunjukkan bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa… Allah s.w.t berfirman:

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt” (Surah al-Hadid [57] : 22)

Sejak beberapa bulan belakangan ini,,, pelbagai peristiwa atau musibah dan bencana alam terus berlaku di setiap pelosok dunia... Setiap musibah yang berlaku pasti akan membawa kemalangan,,, kerosakan,,, kemusnahan,,, bahkan kehilangan nyawa… Bagaimana kesedihan yang kita alami sekiranya hal ini berlaku ke atas kita???

Terkini,,, kejadian banjir di selatan Thailand,,, Utara Malaysia,,, tsunami yang menghancurkan kepulauan Mentawai Indonesia,,, gunung Merapi yang meletus di kota Yogyakrata dan banyak lagi bencana alam yang menimpa rata-rata di kawasan dihuni ramai umat Islam…

Sebagai seorang muslim,,, memang sewajarnya kita berduka di atas musibah yang berlaku,,, apatah lagi hampir sebagaian yang menjadi korban terdiri daripada saudara seaqidah dengan kita baik di Malaysia,,, Indonesia dan Thailand…

Hanya iringan doa dan ucapan,,, “Inna lillahi wa inna ilayhi raji‘un” (Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kita akan kembali kepada Allah)” yang paling layak kita ucapkan sebagai peringatan kepada diri sendiri akan kekerdilan kita sebagai makhluk ciptaan-Nya…

Sebenarnya terdapat banyak ‘musibah’ yang telah melanda umat Islam sebelum itu,,, samada di dalam mahupun di luar negara... Bagi mereka yang prihatin,,, ‘musibah’ tersebut pasti disedari dan diambil usaha untuk menghadapinya… Tetapi sedarkah kita???

Sedarkah kita akan ‘musibah’ yang berlaku dalam jangka masa yang cukup panjang ini,,, yang berlaku di depan mata sebelum ini??? Ia menyerang kita dari segi pemikiran,,, politik,,, ekonomi,,, sosial,,, perundangan,,, keamanan dan segalanya…

Atau kita hanya akan tersedar dari lena apabila hanya melihat banjir yang menghanyutkan atau menenggelamkan harta kita,,, atau apabila tanah yang dibangunkan menjadi rata dibadai tsunami,,, atau hanya ketika melihat mayat-mayat rentung di bakar bahang gunung berapi…

Ini adalah musibah yang sepatutnya membuatkan kita berduka; sebagaimana kita seharusnya berduka atas ‘musibah’ yang menimpa saudara-saudara seaqidah kita sekian lama di bumi Palestin,,, Iraq,,, Afganistan,,, Selatan Rusia dan di negeri-negeri kaum Muslimin… Mereka sedang mengalami ‘musibah’ berpanjangan,,, penindasan dan kekejaman golongan penjajah kuffar dan sekutu… Korban di Iraq sahaja sudah mencecah 100 ribu nyawa,,, menyamai korban tsunami…

Dari segi politik,,, kaum Muslimin baik di luar mahupun di dalam negara,,, sentiasa ditindas dan diperlekehkan… Nasihat ulama-ulama yang jujur tidak diambil perhatian,,, melainkan ulama-ulama yang menjadi pekerja dunia dan hanya untuk membenarkan perkara yang batil pemerintah sahaja diperlukan… Di mana kejujuran dalam ilmu mereka??? Di manakah rujukan rakyat seterusnya???

Rejim sekular (jahiliah) menindas di mana sahaja kaum Muslim,,, di Uzbekistan,,, Chechnya,,, Filipina,,, India,,, Thailand,,, Malaysia,,, Indonesia dan lain-lain negara umat Islam… Di Eropah dan Amerika??? Sudah pasti nasib umat Islam diketepikan dan didiskriminasikan… Pelbagai slogan dan agenda samada yang seakan-akan Islam dicipta,,, Islam Liberal,,, Islam Sederhana dan banyak lagi,,, sebenarnya ditujukan khusus untuk memerangi kaum Muslim yang tidak sehaluan dengan agenda jahiliah… Perlaksanaan pemerintahan atau politik secara Islam dihebahkan dan diserang,,, sebagai tidak sesuai diamalkan…

Mereka mengelirukan umat Islam,,, mengasingkan agama dalam banyak aspek… Pelbagai cabang pemikiran jahiliah seperti Kapitalisme,,, Sosialisisme,,, Komunis,isme,, Sekularisme,,, Liberalisme dan banyak lagi isme-isme yang dicipta… Dan penggeraknya pula kebanyakan dari kalangan umat Islam yang dikatakan oleh para ulama sebagai golongan munafik…


‘Musibah’ dalam bidang ekonomi,,, ketidakstabilan harga,,, urusniaga secara riba,,, monopoli,,, kroni dan pelbagai masalah yang berkaitan dengan ekonomi dunia sebenarnya dikawal oleh sistem jahiliah Barat… Samada berteraskan idea kapitalisme,,, sosialis atau komunis,,, ia hanya melibatkan kepentingan sebelah pihak dan menindas yang lemah…

Maka dengan idea jahiliah ini juga jurang kemiskinan,,, penindasan,,, dan penyelewengan semakin meninggi… Seluruh dunia,,, kita dapat melihat kemiskinan umat Islam semakin melebar walaupun memiliki kekayaan sumber bumi sendiri… Memiliki rizab simpanan minyak yang banyak,,, memiliki sumber galian yang berharga,,, tetapi segala kekayaan negara umat Islam telah berpindah tangan,,, bertukar milik... Semuanya atas agenda jahiliah yang diatur oleh golongan kuffar,,, tetapi dikerjakan oleh kalangan umat yang menjual akhirat untuk dunia…


‘Musibah’ yang paling besar melanda umat Islam sekarang ialah kerosakan gejala sosial atau budaya jahiliah yang semakin subur dan galak diikuti oleh generasi termahal… Sikap liberal dalam hubungan sosial dan semakin kebebasan budaya masyarakat,,, menjadikannya musibah paling merosakkan dihadapi umat Islam sekarang... Kes-kes pengguguran dan pembuangan bayi,,, perzinaan,,, pelacuran,,, budaya hedonisme adalah sedikit dari contoh bukti-bukti kerosakkan sosial umat Islam...

Pelbagai agen perosak berkembang biak tanpa kekangan dan halangan penguasa… Asalkan yang dibawa menjauhkan masyarakat dari memahami kesyumulan Islam yang sebenar,,, maka itu bukan suatu ancaman… Rancangan seperti Akademi Fantasia,,, Malaysian Idol,,, Who Will Win,,, Sehati Berdansa dan pelbagai lagi adalah antara contoh liberalisme (kebebasan) dan hedonism melampau yang diterima dan diagungkan... Ini merupakan ‘musibah’ yang amat merosakkan dan berpengaruh dalam membentuk keperibadian umat masa akan datang dan sekarang...


Hukum dan perundangan Islam (sistem syari’ah) merupakan penyelesaian muktamad bagi segala masalah dan kepincangan kehidupan manusia dunia dan akhirat… Namun terdapat segolongan manusia yang giat dalam usaha memperlekehkan serta mencampakkan hukum-hukum Islam... Sebenarnya,,, perundangan Islam adalah sistem yang paling jelas dan menyelesaikan segala masalah,,, tidak menganiaya mana-mana pihak… Tetapi punca segala jenayah dan kerosakan nilai akhlak individu dan masyarakat adalah kerana penerapan sistem yang rosak (sistem jahiliah) dalam masyarakat...

Wallahu’alam…
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan"...

0 Response to "Musibah..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme