EID MUBARAK,,, SALAM AIDIL ADHA

Saat berderai jatuh,,,
Air mata suci Ibrahim,,,
Melihatkan keteguhan iman,,,
Anaknya Ismail,,,
Dikala itulah bermulanya,,,
Sejarah agung,,,
ERTI SEBUAH PENGORBANAN...



Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Umat Islam...

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari Rabu,,, iaitu 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H...

Kita berkongsi sedikit kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. dan kesabaran baginda seperti dirakamkan melalui ayat 102 – 103,,, surah As Saffat:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka Fikirkanlah apa pendapatmu.” Ia menjawab : Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah
s.w.t sehingga dengan kurnia Allah s.w.t yang maha Penyayang,,, Allah s.w.t telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Ismail a.s yang juga disebutkan di dalam surah As Saffat,,, ayat 106 – 107:

“Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

0 Response to "EID MUBARAK,,, SALAM AIDIL ADHA"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme