* Di dalam hidup manusia,,, yang penting ialah BERKAT...
* Bila hidup kita berkat,,, diri ini akan selamat...
* Apabila diri selamat,,, rumahtangga jadi sepakat...
* Apabila rumahtangga jadi sepakat,,, masyarakat jadi muafakat...
* Apabila masyarakat jadi muafakat,,, negara kita menjadi kuat...
* Apabila negara menjadi kuat,,, negara luar jadi hormat...
* Apabila negara luar jadi hormat,,, permusuhan pun tersekat...
* Apabila permusuhan tersekat,,, pembangunan pun meningkat...
* Apabila pembangunan pun meningkat,,, kemajuan menjadi pesat...
* Tetapi awas,,, wahai saudara,,, wahai sahabat...
* Dunia sekarang,,, semuanya hendak dipandang hebat,,,
* Apabila pembangunan semakin meningkat,,,
* Dan kemajuan menjadi pesat,,,
* Dapat kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat...
* Juga tempat maksiat,,, mula tumbuh macam kulat...
* Maka dipandang segalanya hebat-hebat...
* Ketika itu dapat kita lihat,,,
* Segala manusia mula mengubah tabiat...
*Campur segala syirik dan khurafat,,,
* Juga ada yang menjerit ada yang melompat,,,
* Juga ada yang jadi lalat,,, ada yang jadi ulat...
* Mulalah kurang segala sembahyang dan ibadat,,,
* Semakin hari semakin liat...
* Tak hairanlah bila orang baik ada yang bertukar menjadi jahat...
* Orang miskin pula berlumba nak kaya cepat...
* Orang tua pula nak mati lambat...
* Asalkan di dunia nampak hebat...
* Pakat ramai mula pakai seluar ketat...
* Semua nak tunjuk kuat nak tunjuk hebat...
* Bila berjudi,,, percaya unsur kurafat...
* Tapi hidup pula yang melarat...
* Tali kasut dah tak berikat...
* Rambut pula jarang bersikat...
* Yang perempuan,,, pakai mini sekerat...
* Suka pakai baju ketat...
* Suka sangat menunjukkan pusat...
* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat...
* Pakai pulak yang singkat-singkat...
* Bila jadi macam ini,,, siapa lihat pasti tercegat...
* Silap gaya jadi gawat,,, bohsia bohjan lagi hebat...
* Duduk jauh berkirim surat...
* Bila berjumpa,,, tangan berjabat...
* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat...
* Masa tu,,, nafas naik sampai tersekat-sekat...
* Usah peduli agama dan adat...
* Usah takut Allah dan malaikat...
* Yang penting nak menunjuk siapa paling hebat,,,
* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat...
* Apabila perut kempis dah jadi bulat,,,
* Akhirnya lahirlah pula anak-anak yang tak cukup syarat atau sifat...
* Bila anak-anak tak cukup syarat atau sifat,,,
* Ketika itu kita tengok bayi dibuang di merata tempat...
* MAKNANYA KETIKA ITU,,, IBLIS,,, SYAITAN MULA MELOMPAT...
* Dia kata apa??? Habis manusia dah masuk jerat...
* Habis manusia telah tersesat...
* Inilah dia fenomena masyarakat...
* Oleh itu wahai saudaraku jauh dan dekat,,,
* Marilah kita pakat-pakat mengingat,,,
* Sebelum kita terlambat,,,
* Bahawa dunia hari ini semakin singkat,,,
* Esok atau lusa mungkin kiamat,,,
* Sampai masa kita semua akan berangkat!!!
* Berangkat menuju ke negeri akhirat...
* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat...
* Masa tu,,, sendiri mahu ingat...
* Umurmu,,, banyak mana untuk ibadat???
* Zaman mudamu,,, apa yang telah dibuat?
* Harta bendamu,,, dari mana engkau dapat???
* Ilmu,,, adakah yang bermanfaat???
* Sementara masa masih sempat,,,
* Selagi terbuka pintu taubat,,,
* Supaya segera meninggalkan maksiat,,,
* Supaya segera kita bertaubat...