BUKAN KERANA JAWATAN...

Catatan ini merupakan peringatan bagi diri aku dan mereka yang bersama-sama dalam kepimpinan sekarang,,, yang pernah menjadi kepimpinan terdahulu atau yang akan menjadi kepimpinan akan datang… Bercakap soal jawatan atau kedudukan,,, secara seriusnya mesti dikaitkan dengan KEIKHLASAN…

Kerana ia merupakan satu formula asas yang sangat berkesan untuk membunuh segala virus yang terbit dari sifat mazmumah seperti riak ketika berkerja dan bertugas untuk diperlihatkan kepada umum,,, ujub dan bangga diri kerana telah banyak memberi sumbangan kepada organisasi dan merasakan orang lain tidak seperti dirinya,,, cinta kepada jawatan atau kedudukan sehingga mendorong berlakunya dan pelbagai sifat atau tabiat lain yang merosakkan keikhlasan dan kesejahteraan beramal dengan Amal Islami...

Tanpa keikhlasan dalam bekerja,,, biarpun sehebat mana pengaruh dan publisiti yang kita miliki,,, kesannya sangat memudharatkan organisasi... Paling minima kesan yang bakal diterima ialah hilangnya keberkatan dan kemanisan beramal... Seterusnya mencetuskan pelbagai konflik dalaman yang merosakkan perjalanan organisasi...

Nawaitu (niat) yang jelas dan tepat hendaklah hanya kerana Allah s.w.t…

Bekerja dengan tidak kerana mengimpikan kemahsyuran sehingga melanggar disiplin organisasi atau membina imej diri sehingga merempuh sistem kepimpinan...

“Sesungguhnya amalan berasaskan niat dan sesungguhnya bagi setiap individu terpulang kepada apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kembali kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ( tujuan keduniaan ) yang ingin diperolehinya atau kerana perempuan yang ingn dikahwininya maka hijrahnya kembali kepada tujuan asal hijrah yang ia lakukan”

Niat yang ikhlas sangat diperlukan setiap individu kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata dan penangkis agar ia tidak gugur dari medan sekalipun diuji dan digoncang perasaannya...

Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas bukan platform amal...

Adakah kita hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan lagi??? Ini adalah sikap negatif yang menzahirkan ketidakikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab...

Ingatkah kita kisah panglima perang Khalid Ibnul Walid,,, di mana beliau yang menerima surat perletakan jawatan di tengah medan perang dari Amirul Mukminin Saiyidina Umar Al Khattab r.a.,,, tetapi Khalid Al Walid meneruskan perjuangan sehinga perang selesai , barulah surat itu diwartakan kepada umum... Lantas sahabat mempersoalkan kenapa Khalid Al-Walid terus berperang walhal ia tidak lagi menjadi ketua turus tentera ketika itu... Khalid Al-Walid r.a mengemukakan jawapan yang cukup jelas mempamerkan keikhlasan seorang pejuang bahawa ia berjuang dan berperang bukan kerana Umar tetapi kerana tuhan Umar…

Kepatuhan Khalid Al-Walid,,, panglima tentera terhebat sepanjang zaman...
Sebagaimana yang berlaku kepada panglima Islam,,, Khalid al-Walid r,a,,, yang telah dilucutkan jawatannya oleh Khalifah Umar r.a,,, menjadi tentera biasa yang tiada berjawatan... Beliau tidak cepat melatah dengan tindakkan yang drastik itu,,, malah semangat beliau bertambah berkobar-kobar untuk terus berjuang…

Tanpa alasan,,, titik noktah... Jawatan agung seorang panglima telah dilucutkan,,, “Kerana Allah s.w.t. dan rasulnya aku berjuang!!!" Mantan panglima yang baru digugurkan jawatan terus bergarak lebih maju menggempur segala kekuatan musuh di hadapan... Subhanallah…

Bagaimana pula kita sekarang ??? Adakah hanya dengan berjawatan sahaja kita layak berjuang??? Kemudian mencemburui apa yang tidak mampu kita lakukan sebelum ini… Sehingga meracuni pemikiran sendiri yang merugikan diri sendiri…

Segalanya kerana Allah s.w.t... Kerana kita berjuang bukan kerana hendak mencari nama,,, jawatan atau kekayaan tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t... Selamat berjuang dalam menghadapi musuh yang nyata dan dalam selimut...

Seorang pejuang tidak dijanjikan hamparan merah sebagai laluannya,,, tapi sentiasa dipenuhi dengan onak dan duri,,, halangan dan rintangan,,, maka beruntunglah buat pejuang-pejuang yang sabar menghadapinya…

ADAKAH KITA,,,

Ketika ada yang memuji,,, maka hati kita akan berasa berbunga,,, lapang dan senang??? Tetapi apabila dikritik adakah kita akan berasa marah,,, sempit dada atau sedih??? Kalau begitu,,, ertinya masih belum ikhlas…

Adakah kita ketika berjawatan,,, mempunyai ganjaran seperti gaji,,, elaun,,, komisen dan lain-lain maka kita aktif dan gigih berjuang memperkatakan Islam??? Kita bersyarah di merata-rata tempat... Tetapi apabila kita tidak berjawatan atau ditukar jawatan,,, maka langsung kita tidak berminat menyampaikan Islam lagi. Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…

Adakah kita ghairah menyebut Islam ini hanya dalam pidato-pidato atau seminar-seminar saja tetapi dalam perbualan-perbualan biasa tidak sibuk mengatakannya??? Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…

Adakah kita ketika membuat teguran hanya pada orang-orang kecil atau orang bawahan sahaja??? Tetapi bila pimpinan di atas kita buat kesalahan,,, kita tidak berani hendak menegur??? Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…

Adakah kita ketika di depan ramai sahaja kita bersungguh-sungguh menjaga disiplin??? Menjadi aktor (pelakon) yang terbaik... Bila di belakang orang,,, hilang segala disiplin... Mulalah tidak dapat mengawal mata,,, telinga,,, mulut dan seangkatannya kearah hawa nafsu yang merosakkan akhlak kita... Ini berakhlak tidak ikhlas namanya… Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…

Adakah kita ketika berjawatan dalam sesuatu organisasi,,, kelab,,, persatuan atau apa-apa jua jawatan dalam masyarakat,,, ketika itu baru kita mahu berkorban??? Tetapi pabila tidak berjawatan,,, maka kita tidak mahu berkorban lagi… Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…

Adakah kita ketika dalam mana-mana mesyuarat atau perbincangan,,, kita hanya mahukan cadangan atau pandangan yang baik dan bagus hanya datang dari kita sahaja??? Sekiranya pandangan yang baik bkan datang dari kita,,, maka kita rasa tidak senang hati??? Orang yang ikhlas,,, mengkehendaki orang lain juga memperkatakan kebenaran... Bukan hanya melalui dirinya seorang… Kalau begitu,,, ertinya masih belum ada ikhlas…

Cukuplah setakat ini beberapa contoh yang menjadi lumrah dan berlaku di sekitar kehidupan kita... Agar ia menjadi kayu pengukur sejauh mana keikhlasan kita bersama selama ini... Kita tentu ada pengalaman bersama dalam salah satu hal-hal yang berlaku di atas... Kalau begitu ukurlah diri masing-masing,,, apakah usaha-usaha,,, kerja-kerja dan amal ibadah sudah ikhlas atau belum???

Tetapi apabila tiada ikhlas,,, ertinya tiada roh amal,,, tiada nyawa ibadah... Walaupun manusia itu nampaknya hebat pada pandangan makhlik,,, di sisi Allah s.w.t,,, tidak ada apa-apa nilai... Ibarat habuk-habuk yang berterbangan,,, hilang begitu sahaja...

Wallahu’alam…

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT:

Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas…
Jadikan usaha kami kerana-Mu…
Jangan diselit di hati kami selain-Mu…
Pimpinlah kami wahai Tuhan…
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia…
Amin. Ya Rabbalalamin…
Ya Mujibassailin,,,
Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta…"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah Syurga seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Allah SWT berfirman," Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yan soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati." (Muttafaqun'Alaih)

KETIKA KITA MEMIMPIN...


MANUSI
A,,, HIDUP DAN PERJUANGAN

Sejarah dunia banyak dilakarkan oleh kebangkitan generasi anak-anak muda… Sebagai generasi termahal,,, mereka mempunyai semangat,,, kekuatan,,, cita-cita,,, keazaman,,, idealisme untuk merubah dan menjadi pencetus kepada perubahan…

Contoh terbaik adalah madrasah Rasullah s.a.w. yang mana telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah seperti Mus’ab Bin Umair,,, Talhah Bin Ubaidullah,,, Zubir al-Awwam,,, Saidina Abu Bakar,,, Uthman Bin Affan dan mereka-mereka yang termasuk sebagai golongan anak muda yang terasuh dengan semangat kental oleh baginda Rasullah s.a.w…

Penulisan aku kali ini adalah untuk berkongsi beberapa perkara dari pengalaman,,, pelbagai sumber yang diteliti,,, teguran,,, pembelajaran yang tidak pernah habis juga bagi diri aku dalam berkepimpinan… Dalam generasi kepimpinan golongan muda kini,,, kebanyakkan mereka sebenarnya banyak terdedah kepada idealisme-idealisme kepimpinan ciptaan manusia yang sering dikomersilkan…

Maka mereka yang memegang tampuk kepimpinan sekarang samada dalam sesebuah persatuan,,, kelab atau organisasi akan menghadapi kepincangan dan kekeliruan… Setiap sistem ciptaan manusia itu sering meletakkan satu titik penyatuan yang berbeza… Maka titik penyatuan ini hanya akan melahirkan pertelingkahan,,, perpecahan dan permusuhan yang merugikan masyarakat…

Sistem yang dapat menyatupadukan semua umat manusia di atas muka bumi ini hanyalah Islam itu sendiri… Sistem Islam sahaja yang mampu untuk melahirkan golongan kemimpinan yang berkarisma dengan asas yang kukuh dan menyeluruh…

Namun,,, dalam keghairahan berkepimpinan generasi kini hanya menyedari bahawa jawatan yang diamanahkan itu akan menjadi sesuatu yang menguntungkan,,, hakikatnya jawatan juga adalah sesuatu yang bakal mengundang kecelakaan kepada pemiliknya,,, sama ada di dunia mahupun di akhirat…

Kepimpinan Akan Dipertanggungjawabkan

Rasulullah s.a.w. telah menyebut soal kepimpinan di dalam hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Umar r.a. :

“Ketahuilah, setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan bertanggungjawab terhadap kepimpinanmu.” (Hadis direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Pada suatu hari,,, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik mengajak Umar bin Abdul Aziz ke kem tentera kerajaan Bani Umaiyah... Khalifah Sulaiman bertanya kepada Umar,,, “Apakah yang kamu lihat,,, wahai Umar bin Abdul Aziz???”

Tanpa rasa takut,,, Umar menjawab,,, “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain,,, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab serta akan ditanyakan oleh Allah s.w.t. mengenainya…”

Maka,,, soal kepimpinan bukanlah sesuatu yang patut diambil secara lewa,,, walaupun kepimpinan pada peringkat yang rendah sekalipun…


Kepimpinan Seorang Muslim Perlu Dengan Asas Islam

Sebagai seorang muslim,,, kepimpinan adalah sesuatu yang membabitkan kepentingan Islam dan umat Islam itu sendiri…

Tanggungjawab ini lebih berat kerana bukan sahaja membabitkan isu kepimpinan semata-mata,,, malah turut membabitkan isu dakwah Islamiyyah dan pembelaan umat Islam... Maka,,, apa yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. bukan setakat urusan kepimpinan,,, tetapi juga urusan dakwah dan menegakkan agama Islam...

Isu kepimpinan dalam Islam adalah sesuatu yang amat serius,,, maka Rasulullah s.a.w. tidak melantik sahabat yang amat baginda kasihi iaitu Abu Zar untuk memegang sesuatu jawatan... Hal ini direkodkan di dalam sebuah hadis Imam Muslim:

“Aku (Abu Zar) bertanya, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mahu melantikku?” Baginda menepuk bahuku dan bersabda, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Pada Hari Akhirat nanti, ia adalah kerugian dan penyesalan, kecuali bagi sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.””


Abu Zar ialah seorang sahabat yang soleh,,, warak dan zuhud... Namun,,, amanah kepimpinan bukan sekadar memerlukan orang yang soleh,,, warak dan zuhud… Amanah kepimpinan memerlukan kekuatan dan kewibawaan seseorang... Tanpa aspek kekuatan ,,, seseorang hanya menjadikan kepimpinan sesebuah organisasi itu tidak berkesan dan lama-kelamaan akan jatuh…


Fokus Utama Kepimpinan

Maka,,, apa yang perlu menjadi fokus buat kita yang muslim dan memimpin organisasi adalah asas-asas Islam itu sendiri… Iaitu usaha memantapkan dakwah dan kefahaman rakan-rakan kita mengenai Islam... Dan matlamat inilah yang perlu dizahirkan dalam setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan,,, tetapi bukan hanya sekadar program bercorak keIslaman tetapi pengisiannya tidak membawa kepada matlamat yang jelas... Kalau sekadar berprogram,,, mencari teman dan keseronokan semata-mata tanpa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t… Maka sia-sia sahajalah usaha kepimpinan itu...

Selain itu,,, setiap kepimpinan perlulah mengamalkan kepimpinan yang berteraskan konsep musyawarah,,, sepertimana firman Allah SWT:

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.” (Surah Aal ‘Imran ayat 159)


Pengabaian,,, konsep musyawarah dalam kepimpinan hanya menyebabkan seseorang pemimpin itu tidak disukai oleh pengikut-pengikut dan mengganggu urusan kepimpinan itu sendiri… Sejarah membuktikan,,, akibat pemimpin bertindak menggunakan kuasa secara zalim,,, akhirnya kepimpinan itu rebah,,, dan digantikan dengan kepimpinan yang baru…


Kesabaran dan Keyakinan dalam Kepimpinan

Allah s.w.t. bersama mereka yang membawa maksud menjaga,,, membantu dan membela mereka yang sabar... (46:8)

{وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ }

سورة الأنفال 46

Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Surah al-Anfal:46)

Cuba kita merenung kembali,,, sejauh manakah kita telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita,,, kerana kepimpinan bukanlah suatu benda yang semudah perkataan yang keluar di bibir mulut…

Seseorang pemimpin hendaklah ada bersamanya kesabaran dan keyakinan,,, tanpa mengabaikan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya... Firman Allah SWT:

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (Surah As-Sajdah ayat 24)


Janganlah kita cepat menyerah kalah tanpa berusaha mengatasi dan menyelesaikan sesuatu masalah… Kerana,,, apabila kita lari dari masalah,,, maka masalah itu akan tetap wujud selagimana ia tidak diselesaikan…

Maka,,, apabila kita ingin melihat kepimpinan golongan muda yang sanggup berkorban dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk memimpin umat Islam,,, maka generasi ini perlulah dibentuk dengan asas kepimpinan Islam yang jelas berpandukan aqidah,,, syarak dan akhlak yang baik…

Aqidah yang mantap dan kukuh merupakan asas yang dapat mencerna kepimpinan ke arah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t... Dan hanya pendekatan Islam sahaja yang mampu merungkai dan menyelesaikan permasalahan kepimpinan generasi muda masa kini… Jika permasalahan yang wujud sekarang dapat diubati segera,,, nescaya generasi muda sekarang boleh menjadi pemimpin masa hadapan yang dapat mengembalikan kegemilangan umat Islam terdahulu…

Wallahu’alam…

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Pemimpin yang bersyukur adalah orang yang selalu berusaha agar dirinya menjadi teladan bagi orang lain, terutama bagi orang yang dipimpinnya.”

RENUNGAN DI BULAN RAMADHAN...

Assalamulaikum...

RENUNGKAN!!! FIKIRKAN!!! HEBAHKAN!!!

DAN AMBIL TINDAKAN!!!


PASTIKAN SETIAP DARI WANG KITA TIDAK MENGALIR KEPADA MEREKA YANG ZALIM DAN MENUMPAHKAN DARAH SAUDARA KITA...



Buah tamar yang anda beli???


Dan lain-lain lagi,,, adakah untuk ini???


RENUNGKANLAH!!!



----------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 104 ‘Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikn, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang yang mendapat kejayaan’.

10 ADAB-ADAB BERPUASA...

Assalamualaikum...

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatan-Nya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya... Maka Ramadhan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya... Sebagai antara ikhtiar kita untuk digolongkan dalam golongan terpilih ini,,, marilah kita mempersiapkan diri menyambut Ramadhan dengan meningkatkan amal ibadat dan menjaga adab-adab berpuasa...

1. MENJAGA LIDAH
Menjaga lidah dari berdusta,,, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada
berkaitan dengannya...

2. MEMELIHARA MATA DAN TELINGA
Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara-perkara yang dilarang oleh
syara' dan yang sia-sia...

3. MENJAUHI MAKANAN HARAM
Menjauhi dari dari makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur-unsur syubhat,,, terutama ketika berbuka... Berusaha sedaya mungkin menghasilkan atau mendapatkan makanan yang halal lagi baik...

4.MENJAGA SEMUA PANCAINDERA
Sabda Rasullah s.a.w. (mahfumnya) " Puasa itu adalah perisai,,, sekiranya seseorang dari kamu sedang berpuasa janganlah bercakap kotor,,, melakukan keburukan dan berbuat bodoh... Jika ada orang lain yang mengejinya atau cub a menyeranginya,,, hendaklah ia katakan kepada orang itu: "Saya sedang berpuasa"...[Al-Bukhari dan Muslim]

5. JANGAN BANYAK MAKAN DAN TIDUR
Janganlah memperbanyakkan tidur pada siang hari dan makan ketika malamnya,,, bersederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga... Dengan demikian sanubarinya terkawal,,, keinginan nafsunya kurang dan hatinya tenang...

6. JANGAN TERLALU KENYANG SEMASA BERBUKA
Sabda Rasullah s.a.w. (mahfumnya) " Takungan buruk yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantung perutnya,,, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya... Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan,,, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk pernafasannya..." [Ahmad dan Tarmidzi]

7. JANGAN DISIBUKKAN DUNIA
Tidak terlalu menyibukkan diri dengan perkara duniawi melainkan sekadar kepada keperluannya sahaja...

8. SEGERAKAN BERBUKA
Menyegerakan berbuka apabila tiba waktunya... Berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air... Juga disunatkan melambatkan sahur...

9. MEMBERI MAKAN UNTUK ORANG BERBUKA
Sabda Rasullah s.a.w. (mahfumnya) " Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpamapahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yang berpuasa)..." [Al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah]

10. MEMENUHI MALAM DENGAN IBADAH
Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih,,, Tahajjud,,, Tasbih,,, Hajat,,, Witir,,, membaca Al-Quran,,, berselawat berzikir dan sebagainya...

Wallahu'alam...
-------------------------------------------------------------------------------------

MARHABAN YA RAMADHAN...


MARHABAN YA RAMADHAN... Kehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH S.W.T... Ramadhan merupakan bulan di mana ALLAH S.W.T melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA... Mereka yang beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kedatangan bulan Ramadhan ini dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini...


Bulan Ramadhan bulan bertuah

Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maqfirah
Bulan al quran dan lailatulqadar

Besar ramadhan dgn puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al quran bykkanlah sedekah
Tarawih kerjakanlah walaupun sunnat

Pelihara mata jagalah telinga
Kawalah lidah dari yangg sia-sia
Fikirkanlah yg mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dgn Allah


Zikir selawat doa panjatkan
Pahala ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali

Bulan ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia

Kami mohon rahmat ya Allah
Ke ampunan Mu wahai Tuhan


Banyakkan iktikaf disepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku dimalam itu
Kitakan mendapat pahala yg besar
Seperti beribadah seribu bulan

Bila masa berlalu,,,


Bismillahhirrahmanirrahim,,,

Apabila hari berganti hari,,, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun,,, maka kita mungkin terlupa dengan apa yang pernah diucapkan... Dan segala apa yang kita lupakan itu samada segala butir bicaranya,, perbuatannya tetap akan dipertanggungjawabkan...


Untuk diri ini,,, ingatilah!!!

Segala apa yang telah engkau ucapkan,,, segala apa yang telah engkau nukilkan dan segala yang telah engkau lakukan pasti akan diminta pertanggungjawaban...


Apakah kau juga sudah melaksanakan setiap kata-katamu??? Ataupun memang mudah bagi kau untuk berbicara saat iman menguasai hati,,, namun segumpal darah itu tak pernah tetap tabiatnya... Sentiasa ada turun dan naik... Pasti dan pasti kita akan diuji,,, diuji dengan setiap apa yang diperlakukan...


Wahai diri!!! Ingatilah!!!

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa memerhatikanmu... Setiap masa ada malaikat yang sentiasa mencatat setiap amalanmu,,, biarpun ia sekecil-kecilnya perbuatan... Engkau takkan pernah mampu menyembunyikan tindakanmu biarpun manusia tidak melihatnya...


Ingatlah bahawa dosa dan maksiat yang kau lakukan akan memberi kesan kepada dakwah yang engkau usahakan... Ia akan menjadi beban yang berat kepada dakwahmu secara keseluruhannya... Dan janganlah engkau marah jika tidak dimenangkan oleh Allah s.w.t... Selagimana ada di sana orang yang rosak hatinya seperti engkau... Apaka diri ini tidak mahu berjihad??? Dengan jihad yang sebenar-benarnya untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan...


Bersihkanlah dirimu dari parasit-parasit yang tidak lekang dari tuntutan hawa nafsu,,, kerana selagi itulah kemenangan akan tersekat sehinggalah engkau bertaubat dan membersihkan dirimu atau engkau tersingkir dari jalan kebenaran...


Diri yang lemah ini!!! Ingatilah!!!

Dakwahmu ini bukan kerja ‘part time’,,. yang engkau buat hanya ketika kau senang,,, tetapi ditinggalkan pula ketika susah... Ia bukan hanya dibuat ketika engkau berharta,,, lalu dtinggalkan apabila tidak punyai apa-apa... Atau yang hanya dibuat ketika kau punyai masa,,, lalu ditinggalkan kau ketika kesempitan... Atau yang hanya dibuat ketika kau berjawatan,,, lalu kau tinggalkan ketika sudah tidak berjawatan... Dan adakah setakat itu saja kau memahami dakwah???


Ketahuilah diri ini!!!

Allah s.w.t tidak akan menerima benda-benda buruk yang kau infakkan... Adakah engkau ketahui antara waktu muda dan tuamu,,, yang manakah lebih baik untuk kau infakkan kepada dakwah??? Jangan kau sia-siakan masa kuatmu untuk dihabiskan pada kerja memenuhkan perut dan mengenyangkan hawa nafsumu... Engkau pasti ditanya tentang umur mudamu itu... Ya Allah,,, aku berharap moga-moga diberikan kekuatan untuk menghadapi hari itu...


Untuk diri ini!!!

Dakwah ini takkan berhasil dengan orang-orang yang malas beribadah sepertimu... Yang gemar bersolat bersendirian di rumah dan biliknya,,, yang hanya sedikit membaca al-Quran,,, yang malas menuntut dan menambah ilmu,,, yang tidak sanggup bermujahadah melawan nafsu,,, yang sangat berat lidahnya berzikir mengingat Allah s.w.t,,, yang banyak masanya dalam perkara lagho... Sudah pasti dakwah ini takkan berhasil dengan orang sepertimu... Suatu masa pasti Allah s.w.t menggantikan engkau dengan orang yang lebih baik dalam mentaatiNya...


Wallahu’alam


-----------------------------------------------------------------------------------

Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali dengan keredhaan Allah s.w.t:
  1. Banyak bersikap diam
  2. Merendahkan hati (tawadhu’)
  3. Banyak berzikir kepada Allah
  4. Kesederhanaan dalam segala hal.

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme