BOLA...

Assalamualaikum,,,

Kalau sebut atau tulis pasal bola ketika ini,,, pasti semua orang akan terfikir atau terbayang akan aksi dari pasukan bola sepak di perlawanan piala dunia di Afrika Selatan... Aksi yang berlangsung dari 11 Jun sehingga 11 Julai 2010...

Setiap empat tahun ia akan datang dengan satu aura dan menjadi magnet besar yang mampu menarik perhatian sebahagian besar umat manusia di atas muka bumi ini...

Ketika itu,,, segala-galanya bola (seperti sekarang ni le)... Makan bola,,, minum bola,,, tidur bola dan apa-apa pun pasti diselitkan cerita berkaitan bola... Sekarang ini,,, tidak sah kalau sebarang pertemuan dengan kawan-kawan di mana sahaja,,, pasti dan pasti atau lebih
afdhal lagi setiap perbicaraan pasti pasal bola... Lidah-lidah kebanyakan peminat bola sepak ini akan sentiasa dibasahi dengan zikir bola sepak siang dan malam...

Sebagai seorang ahli sukan dan peminat semua jenis sukan,,, aku sedar untuk berpesan kepada diriku,,, juga untuk dikongsi bersama ahli sukan terutama para peminat bola di seluruh dunia... Catatan dan penjelasan berkaitan sukan boleh di perolehi di
http://hidupyangdamai.blogspot.com/2010/04/bersukan-mengikut-fitrah_10.html )...

Permainan bola sepak atau apa-apa permainan itu boleh melalaikan,,, sekiranya tidak bermula dari empunya diri untuk mengawal turutan hawa nafsu dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan dalam bersukan menurut Islam...

Wahai pemuda golongan yang berharga,,, ingatkah kita pada satu peristiwa di bandaraya Kaherah,,, Mesir??? Sekumpulan pemuda di bandar Kaherah telah memenuhi jalan-jalan utama di bandaraya Kaherah... Kumpulan tersebut berarak dengan sorak gembira sambil mengibarkan bendera Mesir,,, memukul gendang dan menyayi riang sehingga menambahkan kesibukan dan keriuhan di bandar tersebut...

Perbuatan mereka telah menarik perhatian dan mengejutkan warga bandar yang ketakutan serta menarik minat sebahagian pemuda yang bersiap sedia untuk turun ke barisan hadapan... Pada awalnya mereka turut tersenyum gembira,,, kerana menyangkakan para pemuda tersebut sedang meraikan kejayaan mengalahkan pencerobohan tentera Israel yang sedang berlaku di sempadan negera mereka...

Tetapi mengejutkan,,, apabila kumpulan pemuda tersebut sebenarnya sedang meraikan kemenangan pasukan bola sepak negara tersebut menewaskan lawannya dalam satu perlawanan...

Begitu hebat tendangan bola sepak... Sehingga kita yang sedang diancam oleh musuh serta saudara kita yang berada dalam kesengsaraan boleh dialihkan dan dilupakan daripada menunaikan kewajipan mempertahankan agama dan tanah air dengan hanya sebiji bola dan sebuah permainan yang dicipta oleh musuh Islam itu sendiri...

Sedarlah,,, bahawa dalam keghairahan dan 'kegilaan' bola dan apa jua permaianan dan hiburan,,, umat Islam tetap menjadi perhitungan utama Barat... Bukan sekadar persiapan ke arah perlawanan bola sepak,,, malah persiapan menghadapi kaum Muslimin tidak pernah hilang dari pertimbangan Barat...

Perang melawan keganasan tidak mengenal tempat dan masa... Dimana sasaran sebenar Barat bukanlah keganasan tetapi Islam... Mereka sentiasa ingat akan agenda mereka untuk memburuk dan melalaikan umat Islam...

Bagaimana pula dengan generasi muda umat Islam sekarang??? Sebagai umat Islam kita perlu berwaspada dengan segala keseronokan supaya tidak leka dan terperangkap dengan pesona dunia,,, juga jangan melupakan segala kewajipan kerana hanya terpukau dengan sebiji bola yang ditendang ke sana-sini dan dikejar oleh 22 orang manusia...

Oleh itu,,, kita hendaklah sedar sehingga tidak melupakan kewajiban,,, melupakan nasib yang menimpa saudara kita... Rasulullah s.a.w. menafikan bahawa seseorang itu sebagai sebahagian dari kaum Muslimin jika dia bangun pada pagi hari dan tidak menghiraukan apa yang telah berlaku ke atas saudara-saudaranya... Sabda baginda s.a.w:

“Siapa sahaja yang bangun di pagi hari dan perhatiannya adalah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk sebahagian daripada mereka (kaum Muslimin)”
[HR Hakim dan al-Khathib dari Hudzaifah ra]


Maka janganlah kita lalai dan alpa dengan segala peringatan dan kesengsaraan yang menimpa umat Islam seperti gempa bumi di Indonesia,,, pencerobohan tentera pengganas Amerika di Iraq,,, Afghanistan,,, kesengsaraan tahanan perang di penjara Abu Gharib,,, Teluk Guatanamo,,, penghinaan ke atas Al-Qur’an,,, penghinaan ke atas Rasulullah s.a.w.,,, pembantaian umat di Caucasus,,, Checnya,,, Bosnia,,, serangan berdarah ke atas kapal bantuan kemanusian ke Gaza,,, maslah kebuluran di benua Afrika dan banyak lagi peristiwa semakin pudar dari ingatan kita...

Juga,,, keadaan mereka yang paling dekat dengan kita... Samada dari kalangan ahli keluarga,,, sanak saudara,,, jiran tetangga atau sesiapa sahaja di atas muka bumi ini...

Janganlah kita hanya sekadar mengingati keputusan-keputusan perlawanan terkini untuk menentukan pasukan mana yang akan berentap pada perlawanan akhir... Semata-mata kerana
takut jatuh 'standard' sekiranya tidak ikut serta dalam perbincangan,,, apatah lagi jika tidak mengetahui perkembangan-perkembangan terkini tentang perlawanan piala dunia... Sehingga lupa akan tanggungjawab terhadap agama,,, diri dan ummat dengan peringatan-peringatan yang telah diberikan...

Juga semoga,,, kesungguhan kita berjaga dan bangun malam ini dapat senantiasa diamalkan untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Rabbnya... InsyaAllah...

Wallahhu'alam...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Biarpun mengantuk menyeksa mata, akan percuma semata-mata, jika tidak kerana Allah s.w.t. "


0 Response to "BOLA..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme