AWAS!!! JAUHI DENGKI...
Seorang Manusia dalam Hidup dan perjalanan Perjuangan pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan... Maka perlulah kita bersiap sedia,,, terutama dalam menjauhi penyakit hati atau penyakit batin...
Ia seringkali terjadi dalam kehidupan masyarakat yang dikatakan serba moden ini... Sekiranya seseorang itu lebih senang atau kaya,,, maka akan dicurigai dan diperkatakan bahawa dia memperolehinya dengan cara yang tidak betul,,, samada dituduh menipu,,, rasuah bahkan dituduh mendapatkannya dengan menggunakan ilmu hitam tanpa sebarang bukti yang sahih...
Kelebihan yang dimiliki seseorang sering menjadi tempat sasaran kedengkian dan perasaan iri hati orang sekelilingnya...
Bagaimanakah masyarakat di sekeliling kita??? Adakah mereka yang memiliki kelebihan,,, kesenangan,,, kebahagiaan ataupun kenikmatan akan menjadi sasaran sifat iri hati dan dengki orang lain??? Atau hanya pada orang tertentu??? Atau hanya pada mereka yang sombong dengan kelebihan yang dimilikinya??? Atau hanya berlaku pada mereka yang dianggap lemah dan kecil dari segi kedudukan??? Juga adakah kita mampu mengendalikan sifat buruk tersebut???
Sebagai catatan buat peringatan diri,,, juga untuk dikongsi bersama... Marilah bersama-sama kita berdoa dengan membaca:
Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (Al- Hasyr [59] : 10 )...
Iri hati dan dengki adalah antara sifat buruk manusia yang juga disebut sebagai penyakit batin... Sifat buruk atau penyakit batin tersebut sebenarnya memiliki pengertian yang tidak sama... Namun ia biasanya bersumber dari penyebab yang sama... Iri hati adalah suatu sifat di mana sesorang itu tidak senang akan nikmat,,, anugerah,,, rezeki atau kejayaan yang diperolehi oleh orang lain,,, dan mereka cenderung untuk menyainginya...
Sedangkan dengki adalah sikap tidak senang melihat kebahagiaan,,, kenikmatan atau kejayaan yang diperolehi orang lain dan mereka berusaha untuk menghilangkan kebahagiaan,,, nikmat atau kejayaan tersebut...
Golongan yang dengki sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain... Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi hilang dan lenyap... Hati mereka sangat sengsara...
Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka... Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki,,, hasad dan dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil...
Sepanjang sejarah kehidupan manusia,,, sejak dari dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kalangan mereka yang berda di pesekitaran kita!!!
Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa,,, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya...”
Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijau bahkan daun-daun kering... Terdapat beberapa hadith yang dapat diambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati setiap insan itu masih terbuka:
“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)
“Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya daging itu, dikatakan kepadanya “Makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu”. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak”. (Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)
“Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Maka amatlah penting bagi setiap umat untuk kembali bermuhasabah dan melakukan penghijrahan ke arah mengurangkan konflik sesama sendiri yang berakar-umbi kepada penyakit hasad dengki... Sesungguhnya matlamat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam itu tidak mungkin tercapai sekiranya masih mengakar budaya hasad dengki dalam kehidupan masyarakat...
Wallahu’alam...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Orang yang berpenyakit dengki itu mempunyai sifat yang suka melihat orang lain sedih, dan sedih melihat orang lain suka.”
“Barangsiapa dalam urusan keduniaan memandang kepada orang-orang yang lebih rendah, dan dalam urusan agama memandang kepada yang lebih tinggi, maka dia tergolong bersama orang-orang yang sabar dan bersyukur.”
0 Response to "AWAS!!! JAUHI DENGKI..."
Post a Comment