Jangan Sombong Dengan Kelebihan Sementara
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Dengan kesempatan masa yang diberikan,,, aku sempat berkongsi dan membaca beberapa buah kisah tentang kehidupan manusia... Penulisan kali ini adalah penerbitan semula tentang sebuah kisah yang mudah dan mungkin boleh menjadi peringatan dan pengajaran bagi diri aku dan para pembaca...
Kisahnya adalah berkaitan seorang Executive muda yang berjaya dalam bidang kerjayanya... Segala yang dimilikinya menjadikannya berasa bangga dan hebat di kalangan orang lain...
Segala pemikiran dan percakapannya pula mestilah diakui betul dan dituruti semua orang... Tiada yang boleh memberi cadangan atau berbincang dengannya... Melainkan dituruti segala butir percakapannya sahaja...
Pada suatu hari sedang dia memandu melalui sebuah perkampungan di pinggir bandar... Dengan memandu dalam keadaan yang agak laju dengan sebuah kereta MEWAH...
EKSEKUTIF muda melalui satu laluan di pinggir bukit...Sedang dia memandu,,, kelihatan seorang kanak-kanak dalam keadaan cemas dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan,,, dia hanya sekadar memperlahankan keretanya untuk melihat dari jauh sahaja... Begitu juga dengan kenderaan lain...
Kelihatan anak kecil itu melambai-lambai tangan,,, memanggil meminta tolong dan menunjukkan sesuatau di sebalik tebing... Tetapi dia tetap tidak mahu mengambil peduli... Sebaik sahaja kereta MEWAHnya melintasi kawasan tersebut,,, anak kecil terus tunduk mencapai seketul batu dan dilontarkan tepat mengenai bahagian pintu disebelah kiri kereta MEWAH EKSEKUTIF muda tersebut...
Apalagi EKSEKUTIF muda tersebut menekan brek keretaMEWAHnya sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri... Dengan marahnya dia keluar dari kereta MEWAHnya dan terus meluru ke arah anak kecil tersebut,,, tanpa sebarang bicara,,, EKSEKUTIF muda tersebut menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta MEWAHnya yang terletak di tepi jalan dan terus mamaki dan memarahi anak kecil tadi...
” Apa ini??? Siapa awak,,, budak kampung??? Kenapa awak berada di sini??? Ini kereta baru,,, mahal dan susah nak baiki??? Awak tahu tak budak kampung??? Kenapa awak buat ini semua??? jerit EKSEKUTIF muda tersebut...
Anak kecil itu tunduk menangis dan merayu,,, dengan sayu dan memohon maaf; ” Saya meminta maaf Pakcik,,, saya tak tahu apa yang patut saya buat,,, dia merayu... Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil”...
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ... “Itu abang saya,,, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali... Boleh tak Pakcik menolong saya,,, dia tercedera dan dia terlalu berat bagi saya untuk mengangkatnya...
Tiba-tiba dengan rasa sebak dan terharu,,, EKSEKUTIF muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dari genggaman kasar tangannya... Sambil mengalirkan air mata EKSEKUTIF muda terus mengangkat abang anak kecil tersebut dan meletakkannya kembali ke kerusi rodanya...
"Terima kasih,,, pakcik... Saya memohon maaf dan mendoakan pakcik selamat dunia dan akhirat"...
Tak dapat digambarkan dengan perkataan lagi,,, EKSEKUTIF muda hanya melihat dengan sayu... Tanpa sepatah kata dan melepaskan anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya...
Sambil di fikirannya,,, bagaimana anak sekecil itu boleh bertindak demikian dan mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya... Sedangkan dirinya hanya memikirkan tentang kepentingan atau ketaksuban diri sendiri sahaja...
EKSEKUTIF muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta MEWAHnya,,, kelihatan sedikit kemek dan calar,,, tetapi dia tetap membiarkannya sahaja tanpa dibaiki... Ia sebagai mengingatkannya bahawa sikap terlalu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang itu tidak mempedulikan nasib dan hak orang lain... Sedangkan kanak-kanak kecil itu hanya melontarkan batu kerana sekadar hendakkan sedikit perhatian dan haknya sahaja...
Pengajaran :
Sebagai manusia,,, kita tidak dijanjikan kehidupan dunia ini yang tidak pernah susah,,, bersuka-ria tanpa kesedihan,,, panas tanpa hujan,,, tetapi ia sebenarnya memberikan kita kekuatan,,, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya... Janganlah kita sombong dengan kedudukan dan segala kelebihan yang sementara ini...
Wallahu'alam...
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…
0 Response to "Jangan Sombong Dengan Kelebihan Sementara"
Post a Comment