Bukanlah menjadi tujuan utama aku menulis untuk mengkritik mana-mana pihak,,, tetapi sebagai peringatan untuk mereka yang terlalu ghairah dan taksub pada fahaman dan pegangan kelompok sendiri… Sehingga ia tidak nampak peranan dan fungsi orang lain dalam menyampaikan dakwah Islam…
Inilah yang dikatakan sikap taksub atau fanatik,,, sikap ini dikutuk kerana ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain…
Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil,,, bodoh,,, fasiq,,, tidak jelas dan derhaka… Seolah-olah menjadikan dirinya dan kelompok sendiri sebagai yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan... Sedangkan Ijmak semua ulama salaf dan khalaf,,, pendapat semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan dari Nabi s.a.w…
Kalau ada yang mampu menulis,,, maka dia boleh menulis,,, kalau yang mampu bercakap maka perlu bagi dia untuk bersyarah,,, jangan katakan tidak,,, jangan nafikan kemampuan mereka,,, kaedah mereka,,, sedangkan diri sendiri tidak mampu seperti yang dilakukan orang lain,,, tetapi suka mencegah usaha orang lain… Kerana setiap orang dianugerahkan Alllah S.W.T dengan pelbagai cara dan kebolehan dalam menyampaikan dakwah…
Tetapi aku melihat banyak kelompok manusia yang bercakap tentang dakwah Islam,,, sebenarnya ghairah untuk bercakap tentang kehebatan kelompok masing-masing… Sebagai seorang da’ei,,, mereka sepatutnya menjadi orang yang jujur dalam ilmu,,, ikhlas dalam menyampaikannya,,, dan sentiasa berlapang dada dalam berbicara…
Soalnya pula,,, bagaimana mereka boleh memimpin umat Islam??? Jika mereka sendiri berpecah belah… Mereka bermusuhan dalam kerana rasa fanatik dan taksub kepada pegangan dan ajaran kelompok masing-masing…
Keadaan menjadi bertambah rumit apabila ada orang yang mengambil kesempatan dari kejahilan orang ramai,,, dengan membawa ajaran sesat dan salah,,, kemudian mempamerkan diri mereka sebagai ketua kepada sesuatu ajaran atas apa-apa sekalipun...
Setiap orang mempunyai ketaksuban yang berbeza… Ada yang taksub kepada peimpin,,, taksub kepada sesuatu harta,,, taksub kepada artis,,, taksub kepada kerja,,, taksub kepada hiburan,,, taksub kepada politik,,, taksub kepada duit,,, taksub kepada internet,,, taksub kepada blog,,, dan banyak lagi jenis taksub…
Dengan ketaksuban melampau ia boleh meyebabkan pemikiran seseorang tertutup,,, cetek,,, terkongkong,,, keras kepala dan tidak berfikiran jauh... Menjadi kebiasaan golongan ini,,, mereka tidak akan mendengar pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut memang benar… Mereka tetap akan dengan kepercayaannya walaupun apa yang dipercayainya adalah perkara khilaf atau salah fahaman...
Ini hanyalah sekadar pandangan aku,,, supaya masyarakat kita tidak terlalu taksub... Kerana Allah S.W.T. menciptakan kita akal fikiran untuk berfikir… Menurunkan Al-Quran dan memerintahkan para nabi dan rasul untuk menyampaikan Islam sebagai rujukan… Maka,,, fikirkanlah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan akal firkiran bukan dengan hawa nafsu... Wallahu’alam…
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah S.W.T.:
Maksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah an-Nahl 125)