TAADUD JAMAAH DAN TAQRIB PERJUANGAN...
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM,,,
Pertama sekali aku ingin menjelaskan tujuan penulisan kali ini adalah penjelasan kepada beberapa perkara yang sering diperbincangkan... Penulisan ini juga TIDAK sesuai bagi mereka yang ada masalah hati dan TIDAK berlapang dada dengan pandangan orang lain... Sebagai peringatan,,, tulisan dan link di sini TIDAK perlu dibaca oleh orang yang menganggap berjemaah dan persoalan menganggotai jemaah (ta`addud) adalah perkara cabang (furu`) yang tidak perlu dibincangkan...
Setiap pecinta Islam sewajarnya berfikir dengan penuh keikhlasan dan kesedaran untuk menentukan mauqif untuk mengintima di dalam satu-satu jamaah supaya tidak kecewa di dalam menghitung umur kehidupan dan kerugian di dalam mengumpul pahala keredhaan Allah s.w.t di hari kiamat kelak...
Setiap jamaah itu tidak terlepas daripada kesilapan dan kelemahan... Tetapi kesilapan dan kelemahan-kelemahan itu boleh diperbaiki dan dan diperbetulkan dengan baik,,, bukannya dengan menubuhkan jamaah baru... Perkara ini amat-amat ditegah oleh agama Islam... Bahkan jamaah-jamaah yang wujud selepas itu dengan rasa tidak puas hati bukan sahaja memecahbelahkan umat Islam,,, tetapi tidak terlepas juga daripada kesilapan dan kekurangan... Maka lahirlah jamaah takhasus ini...
Sebagai ingatan bersama,,, carilah kebenaran,,, JANGAN fanatik dan TAKSUB dengan diri sendiri semoga kita diredhai dengan keikhlasan berdakwah di jalan Allah s.w.t...
Jangan biarkan diri menjadi laksana orang buta yang memegang kaki gajah akan mengatakan rupa gajah itu seperti tiang...
Orang buta yang memegang belalai mengatakan rupa gajah seperti ular,,, orang buta yang memegang badan gajah mengatakan rupa gajah seperti dinding...
Yang memegang telinga mengatakan rupa gajah seperti kipas... Sebaliknya orang buta yang bijak akan mendengar pandangan orang-orang buta yang lain... Si buta yang bijak akan dapat membayangkan rupa gajah yang sebenar dengan mendengar pendapat dan pandangan dari semua orang-orang buta tadi...
Manakala si buta yang taksub terus berpegang kepada pandangan dia sahaja dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain,,, dan teruslah dia mentafsirkan rupa gajah secara yang tidak tepat... Oleh itu bukalah fikiran kita untuk menerima pandangan orang lain dengan ikhlas,,, barulah kita akan mendapat gambaran Islam yang lebih tepat... Jangan taksub dengan apa yang dimiliki kononnya kita lebih dahulu makan garam,,, kita ada kelulusan yang tinggi,,, memiliki title doctor,,, professor dll,,, sebab kedudukan atau jawatan yang besar,,, kerana kekayaan dimiliki dan segala kesombongan diri lain yang sebenarnya menjauhkan diri dari kejujuran dan kebenaran dalam penyampaian...
Maka para ulama’ yang ikhlas dan jujur dalam ilmu sahaja akan mentafsirkan Islam tanpa mengikut nafsu dan kepentingan mereka sahaja yang akan diterima oleh Allah s.w.t...
Penyelesaian yang dikemukakan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam taqrib jamaah iaitu:
“Saya berkata (تقارب) mendekatkan dan bukan kesatuan kerana saya tidak mengingkari taadud jamaah yang bekerja untuk Islam dan saya tidak tamak untuk menghimpunkan semua di dalam satu jamaah yang digabungkan oleh satu tanzim di bawah kepimpinan yang satu. Kesatuan adalah harapan yang indah tetapi perlaksanannya menyusun kesukaran-kesukaran yang tidak mudah diatasi melainkan manusia berubah menjadi malaikat yang mempunyai sayap-sayap.”(55)
Yang pastinya,,, usaha-usaha takarub tidak mahu dilaksanakan oleh jamaah-jamaah takhasus dan bergerak kearah berjauhan dan permusuhan...
“Setiap jamaah yang telah wujud haruslah membuat ketetapan dan persetujuan untuk bekerjasama ke arah pencapaian cita-cita dan matlamat. Firman Allah Taala :
وتعاونوا على البر والتقوى ولاتعاونوا على الاثم والعدوان
Maksudnya : “Tolong-menolonglah kamu untuk melakukan kebajikan dan takwa Dan jangan tolong-menolonglah kamu untuk kerja dosa dan permusuhan.”
(surah al-Maidah : 20)
Tanpa kejujuran dan keikhlasan ilmu maka kita akan taksub dalam menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat... Sehingga memperlekehkan jemaah dan kumpulan-kumpulan lain,,, menyembunyikan kebenaran fakta dan sejarah... Mereka ini takjub dan merasa besar diri serta kagum terhadap perjuangan yang dibawa sendiri... Yang mengenepikan syarat-syarat ulamak untuk membentuk satu kesatuan yang kuat...
Menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan menggali ilmu Islam dari berbagai sumber dan pandangan... Dari situ barulah kita akan mendapat gambaran Islam itu secara tepat... Adalah tidak betul kalau kita hanya taksub kepada satu guru atau pandangan sahaja... Elakkan mencari kesalahan orang lain dan jadilah manusia yang bijak memanfaatkan ruang dan peluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah ummah yang sekian parah...
Yang idealnya sekarang kita wajar mencari satu formula kebersamaan bagi mencapai satu solusi agar agenda dakwah Islam kian rancak walau dalam bidang,,, platform dan wasilah mana kita ditempatkan... Menjadi keutamaan adalah kita terus berjuang dan menyumbang...
Aku yakin orang yang bijaksana dan mempunyai asas kefahaman yang jelas akan dapat memikirkan dengan baik apa yang ingin disampaikan di sini... Ada baiknya,,, kalau sekarang kita berbincang tentang penyelesaian bagi banyak gejala dan masalah dalam masyarakat dan ummat Islam,,, isu-isu semasa dari segi ekonomi,,, politik,,, social dan yang boleh menjurus kepada satu persefahaman yang dapat melahirkan satu tindakan sepunya bersama... Jangan dikala masyarakat semakin musnah kita hanya masih bergaduh kerana hanya berebut untuk mendapatkan anggota usrah dan menghukum antara satu sama lain...
Wallahu’alam...
0 Response to "TAADUD JAMAAH DAN TAQRIB PERJUANGAN..."
Post a Comment