Macamana nak berhibur???
Firman Allah s.w.t di dalam surah Yunus;50 (maksud)
Katakanlah:' Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa'at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian drpdnya haram dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara DUSTA terhadap Allah?"
Ketagihan manusia kepada budaya hiburan melampau bernama hedonism sangat menakutkan... Bukan tidak tahu akan mudaratnya,,, namun kerana keseronokan sementara dan ketamakan sedikit habuan,,, manusia yang bertaubat darinya dengan mudah kembali semula menjamah hiburan melampau ini...
Hiburan sekarang sudah tidak mengira tempat,,, bagi penganjur dan mereka yang bersama-sama menjadi pendokong hedonism,,, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan tidak menjejaskan sumber-sumber peribadi... Mereka sanggup dengan hanya menukar nama serta menggunakan slogan-slogan kerja-kerja kebajikan,,, sosial,,, kemanusian atau apa sahaja yang nampak baik di mata manusia untuk menghalalkan apa yang haram...
Bahkan tidak mengira tempat dan sensitiviti masyarakat Islam itu sendiri... Makhluk perosak ini,,, sanggup mengubah pusat-pusat pembudayaan ilmu sebagai pusat-pusat pembudayaan hiburan... Mereka tidak segan atau malu untuk menipu dengan berselindung disebalik nama-nama,,, pusat-pusat ilmu dan slogan-slogan yang sebenarnya digunakan sebagai medium baru mengembalikan budaya zaman jahiliyah dalam masyarakat Islam itu sendiri...
SIAPA ANTI ESTABLISHMENT??? Orang yang mengembalikan budaya jahiliyah ini atau mereka yang mencegahnya??? Tepuk dada,,, tanya Iman...
Begitu SKEPTIK sekali pemikiran dan perbuatan makhluk perosak ini... Namun,,, apabila nafsu menguasai diri,,, segalaya menjadi boleh...
Hindarilah hiburan melampau ini!!! Ingatlah kembali kepada pesanan Baginda s.a.w:
“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)]
Menerusi manusia yang kini berfikiran tinggi dan berwawasan,,, mereka sering menimbulkan persoalan yang bersangkut paut dengan hiburan antaranya ialah,,, " Apakah mendengar nyanyian itu adalah haram???",,, untuk menjawab persoalan itu,,, Imam Ghazali telah menyatakan beberapa sebab yang membawa nyanyian tersebut menjadi haram... Antaranya ialah:
1. Berkenaan Dengan Si Penyanyi
Situasi yang pertama ialah yang memperdengarkan nyanyian tersebut adalah wanita yang tidak halal bagi lelaki memandangnya kerana dikhuatiri timbul fitnah akibat mendengar nyanyiannya dan timbulnya nafsu syahwat yang bermula daripada pandangan dan alunan suaranya. Keadaan ,ini memberi kesan yang amat bahaya kerana ia adala bibit-bibit bermulanya penzinaan yang diharamkakan oleh Allah s.w.t. Maka sudah sepatutnya perkara ini diambil berat dan dibatasi pengharamnya.
2. Alat Muzik
Manakala perkara yang kedua adalah berkaitan dengan alat-alat muzikyang digunakan dalam sesuatau nyanyian, iaitu alat-alat muzik yang bersimbolkan orang yang kaki arak atau orang yang menyerupai wanita seperti seruling, gitar dan yang lain-lainnya. Namun selain dari itu tetap pada hukum asalnya ialah harus seperti rebana,kompang, tambur dan terompet.
3. Lirik lagu
Penghalang ketiga adalah lirik lagu atau kandungan suara. Sekiranya lirik tersebut mengandungi perkataan yang buruk, keji, cacian atau perkara yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya atau para sahabat dan sebagainya. Begitu juga lirik tersebut menggambarkan bentuk tubuh wanita yang haram padanya.
Wallahu.alam...
Lawati juga http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“JANGANLAH KITA MENYALAHKAN KERETA YANG DIPANDU APABILA KEMALANGAN,,, TETAPI SALAHKAN SIAPA YANG MEMANDU KERANA KELALAIANNYA”
0 Response to "Macamana nak berhibur???"
Post a Comment