Kamu tahu???
Дорогие друзья, братья и сестры!(KEPADA TEMAN-TEMAN DAN SAUDARA SEKALIAN)
Pejam celik,,, pejam celik kita cuma punya 24 jam sehari,,, setiap siang dan malam berputar dan berulang tetapi dalam catatan peristiwa,,, ketentuan dan perkara yang berbeza... Tetapi,,, kita hanya dapat rasakan bahawa diri kita sahaja yang ada,,, dan tidak merasakan apa-apa selagi mana jiwa dan diri kita selamat atau selesa tanpa musibah dan ujian yang menimpa diri... Kalau kita tidak mahu ambil peduli hal-hal saudara kita yang lain,,, soalnya MENGAPA??? Adakah kita tidak punya saudara??? Tidak punya keluarga??? Sedangkan mereka itu bersama kita,,, mengucap kalimah syahadah dan mengesakan Allah s.w.t dan mengakui kerasulan nabi Muhammad s.a.w seperti kita...
Tetapi kita pula tidak pernah sedar dan ingin ambil tahu akan hal yang berlaku samada dekat di persekitaran,,, dan sudah pasti pula tidak akan ada rasa ingin ambil tahu perkara yang dirasakan jauh pada jarak dan tempat... Sedangkan ia adalah amat dekat dengan kita,,, kerana mereka itu saudara seakidah dengan kita,,, UMMAT ISLAM...
Dalam masyarakat dunia sekarang,,, Islam sering menjadi sasaran dan dipilih sebagai agama yang ingin dihina??? Kita lihat,,, isu penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w ,,, penghinaan terhadap al-Quran dan Islam tidak putus-putus sehingga hari ini...
Tetapi,,, tahukah kita perkara yang sedang berlaku??? TIDAK??? KENAPA??? Di mana sensitiviti kita sebagai ummat Islam sekarang... Ya,,, sebenarnya kita sudah hilang sifat sensitiviti,,, atau ambil tahu terhadap suasana dan isu yang dihadapi ummat.Islam... Dalam kepimpinan mahasiswa,,, menganjurkan program bersifat keIslaman di kalangan penghuni kampus seringkali disekat,,, dipertikaikan dan diremehkan oleh pihak pentadbiran... Sehinggakan dilabel sebagai program ‘anti establishment’... KENAPA??? Dan SIAPAkah mereka??? Agak hairan lagi,,, kerana orang Islam sendiri yang menyekat perkembangan agama yang dianutinya... Takutkan agama sendirikah???
Rata-rata ummat sudah disuntik dengan ubat penenang... Maka lambakan isu ummat tidak dapat dipandang dengan mata yang segar dan cerah... Semuanya kuyu dan layu... Tiada satu respon proaktif atau ambil tahu yang mendalam diambil... Kerana yang hanya ditekankan dalam media massa adalah pemikiran-pemikiran dan falsafah-falsafah manusia,,, serta banyaknya budaya hedonism...
Kurangkan pergaduhan sesama Islam,,, kepada mereka yang mampu,,, berikan pemahaman yang sahih kepada masyarakat Islam dan bukan Islam,,, pandang ke hadapan dan lihatlah siapa musuh Islam sebenar...
Kita sebagai generasi muda,,, adalah aset berharga ummah,,, dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah... Gerakkan kekuatan tenaga,,, kecerdasan minda dan ketinggian semangat sehingga mampu meletakkan kembali generasi berharga ini di barisan hadapan... Buatlah sesuatu untuk kebaikan Islam walaupun sedikit...
Sabda Rasulullah s.a.w:
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku...
Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral. ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )
Tanggung jawab sebagai ummat Islam terutamanya di kalangan generasi termahal ini,,, mestilah sentiasa peka terhadap masalah di persekitaran... Isu-isu berkaitan ummat yang timbul adalah di atas bahu kita untuk masa depan ummah... Sebagai tiang dan harapan ummah keperluan dan kesedaran untuk memahami dan menganalisis isu dalam setiap suasana amatlah perlu...
“Sedarkanlah kembali,,, apakah yang telah kita lakukan???... Dan adakah kita akan membiarkan sahaja akidah umat Islam dilondeh satu persatu dengan perbuatan kita???,,, sehingga kita tidak sedar bahawa Islam difitnah dari (perbuatan) sikap kita sendiri sehingga menjadi ikon paling lemah pada mata masyarakat sekarang???”
Awasi dan jauhilah agenda taghut,,, kerana mereka bijak menimbulkan kekeliruan terutama dalam wajah serangan pemikiran melalui kebudayaan,,, pendidikan dan segala pendekatan yang memberikan mimpi indah dan impian palsu... Sebaliknya kita perlu sedar dan insaf serta bertindak menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku... Kembalilah kepada ISLAM...
Sabda Rasulullah s.a.w. :
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka...”
Saiyyidina Omar Al-Khattab r.a. berkata:
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah...”
Tanpa kesedaran dan sensitiviti yang tinggi,,, maka perangkap kehancuran dalam manipulasi taghut yang amat licik akan menerkam leher ummat bila-bila masa sahaja... Realiti hari ini sudah mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai generasi termahal ini (pemuda/pemudi) muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh Islam sendiri...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------“Sedarkanlah kembali,,, apakah yang telah kita lakukan???... Dan adakah kita akan membiarkan sahaja akidah umat Islam dilondeh satu persatu dengan perbuatan kita???,,, sehingga kita tidak sedar bahawa Islam difitnah dari (perbuatan) sikap kita sendiri sehingga menjadi ikon paling lemah pada mata masyarakat sekarang???”
Awasi dan jauhilah agenda taghut,,, kerana mereka bijak menimbulkan kekeliruan terutama dalam wajah serangan pemikiran melalui kebudayaan,,, pendidikan dan segala pendekatan yang memberikan mimpi indah dan impian palsu... Sebaliknya kita perlu sedar dan insaf serta bertindak menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku... Kembalilah kepada ISLAM...
Sabda Rasulullah s.a.w. :
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka...”
Saiyyidina Omar Al-Khattab r.a. berkata:
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah...”
Tanpa kesedaran dan sensitiviti yang tinggi,,, maka perangkap kehancuran dalam manipulasi taghut yang amat licik akan menerkam leher ummat bila-bila masa sahaja... Realiti hari ini sudah mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai generasi termahal ini (pemuda/pemudi) muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh Islam sendiri...
"Dakwah Islam itu tidak memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara,,, dakwah Islam adalah mencakupi kedua-duanya sekali"...
0 Response to "Kamu tahu???"
Post a Comment