REDHA ALLAH ATAU REDHA MANUSIA...


ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.

Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.

Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.

Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.

Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.

Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mencetuskan kejahatan dan mudharat di kalangan manusia tidak dirasakan salah... Semuanya dirasakan patut atas alasan kononnya untuk kebebasan,,, kemajuan,,, kebudayaan,,, kesamarataan dan segala slogan yang diciptakan untuk menjauhkan manusia dari agam Islam...

Itulah kata mereka,,, para pendukung fahaman jahiliyah (sekularime)... Tetapi hati kecil mereka tetap tidak merasakan sedemikian... Fitrah asal mereka tetap sepertimana yang Allah s.w.t. ciptakan,,, suka kepada kebaikan dan benci pada kejahatan... Apa yang Allah s.w.t. suka,,, maka hati kecil mereka pun akan suka... Apa yang dibenci Allah s..w.t,,, hati manusia ini akan benci. Tetapi,,, jika fitrah semulajadi manusia itu sudah rosak,,, maka dia akan melihat yang jahat itu baik dan sebaliknya...

Allah s.w.t. telah mencabut hidayah dari hati mereka dan mengecap hati mereka hingga tidak dapat lagi menerima kebenaran... Tidak mustahil lambat laun,,, Allah s.w.t. pun mereka akan nafikan... Kerana,,, hanyalah memenuhi kesenangan sementara atas desakan hawa nafsu...

Firman Allah s.w.t.: "Dan aku tidak (menyatakan) diri bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu sangat mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku maha Pengampun, Maha Penyayang" ( Surah Yusuf :53)

Nafsu itu tidak pernah merasa puas... Setiap kali kita mengikut kehendak nafsu,,, kita melawan fitrah kita... Setiap kali itu jugalah kita akan menderita... Orang yang paling kuat berbuat dosa dan maksiat adalah orang yang paling tidak bahagia... ALLAH dan manusia turut membencinya...

Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila perbuatan lahir dan batin kita mengikut kehendak Allah s.w.t. dan Rasullah s.a.w... Fitrah asal manusia kita bersetuju dengannya... Dan kebahagiaan yang sebenar ialah apabila segala anggota kita dapat mencetuskan kebaikan dan manfaat untuk manusia lain...

Maka,,, contoh kepimpinan di atas menunjukkan azam bagi mereka yang mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia... Tidak sekali mencari redha manusia untuk mengundang murka Allah s.w.t... InsyaAllah...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kebaikan di dunia dibangun atas dasar taqwa... Keimanan adalah senjata dan taqwa adalah pelurunya... Iman adalah penjaga dan pelindung bagi seorang mukmin dan taqwa menambah keimanan dan mengukuhkannya..."

Kamu tahu???



Дорогие друзья, братья и сестры!(KEPADA TEMAN-TEMAN DAN SAUDARA SEKALIAN)

Pejam celik,,, pejam celik kita cuma punya 24 jam sehari,,, setiap siang dan malam berputar dan berulang tetapi dalam catatan peristiwa,,, ketentuan dan perkara yang berbeza... Tetapi,,, kita hanya dapat rasakan bahawa diri kita sahaja yang ada,,, dan tidak merasakan apa-apa selagi mana jiwa dan diri kita selamat atau selesa tanpa musibah dan ujian yang menimpa diri... Kalau kita tidak mahu ambil peduli hal-hal saudara kita yang lain,,, soalnya MENGAPA??? Adakah kita tidak punya saudara??? Tidak punya keluarga??? Sedangkan mereka itu bersama kita,,, mengucap kalimah syahadah dan mengesakan Allah s.w.t dan mengakui kerasulan nabi Muhammad s.a.w seperti kita...

Tetapi kita pula tidak pernah sedar dan ingin ambil tahu akan hal yang berlaku samada dekat di persekitaran,,, dan sudah pasti pula tidak akan ada rasa ingin ambil tahu perkara yang dirasakan jauh pada jarak dan tempat... Sedangkan ia adalah amat dekat dengan kita,,, kerana mereka itu saudara seakidah dengan kita,,, UMMAT ISLAM...

Dalam masyarakat dunia sekarang,,, Islam sering menjadi sasaran dan dipilih sebagai agama yang ingin dihina??? Kita lihat,,, isu penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w ,,, penghinaan terhadap al-Quran dan Islam tidak putus-putus sehingga hari ini...

Tetapi,,, tahukah kita perkara yang sedang berlaku??? TIDAK??? KENAPA??? Di mana sensitiviti kita sebagai ummat Islam sekarang... Ya,,, sebenarnya kita sudah hilang sifat sensitiviti,,, atau ambil tahu terhadap suasana dan isu yang dihadapi ummat.Islam... Dalam kepimpinan mahasiswa,,, menganjurkan program bersifat keIslaman di kalangan penghuni kampus seringkali disekat,,, dipertikaikan dan diremehkan oleh pihak pentadbiran... Sehinggakan dilabel sebagai program
‘anti establishment’... KENAPA??? Dan SIAPAkah mereka??? Agak hairan lagi,,, kerana orang Islam sendiri yang menyekat perkembangan agama yang dianutinya... Takutkan agama sendirikah???

Rata-rata ummat sudah disuntik dengan ubat penenang... Maka lambakan isu ummat tidak dapat dipandang dengan mata yang segar dan cerah... Semuanya kuyu dan layu... Tiada satu respon proaktif atau ambil tahu yang mendalam diambil... Kerana yang hanya ditekankan dalam media massa adalah pemikiran-pemikiran dan falsafah-falsafah manusia,,, serta banyaknya budaya hedonism...

Kurangkan pergaduhan sesama Islam,,, kepada mereka yang mampu,,, berikan pemahaman yang sahih kepada masyarakat Islam dan bukan Islam,,, pandang ke hadapan dan lihatlah siapa musuh Islam sebenar...

Kita sebagai generasi muda,,, adalah aset berharga ummah,,, dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah... Gerakkan kekuatan tenaga,,, kecerdasan minda dan ketinggian semangat sehingga mampu meletakkan kembali generasi berharga ini di barisan hadapan... Buatlah sesuatu untuk kebaikan Islam walaupun sedikit...

Sabda Rasulullah s.a.w:

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku...

Sabda Rasulullah saw.

إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral. ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Tanggung jawab sebagai ummat Islam terutamanya di kalangan generasi termahal ini,,, mestilah sentiasa peka terhadap masalah di persekitaran... Isu-isu berkaitan ummat yang timbul adalah di atas bahu kita untuk masa depan ummah... Sebagai tiang dan harapan ummah keperluan dan kesedaran untuk memahami dan menganalisis isu dalam setiap suasana amatlah perlu...

“Sedarkanlah kembali,,, apakah yang telah kita lakukan???... Dan adakah kita akan membiarkan sahaja akidah umat Islam dilondeh satu persatu dengan perbuatan kita???,,, sehingga kita tidak sedar bahawa Islam difitnah dari (perbuatan) sikap kita sendiri sehingga menjadi ikon paling lemah pada mata masyarakat sekarang???”

Awasi dan jauhilah agenda taghut,,, kerana mereka bijak menimbulkan kekeliruan terutama dalam wajah serangan pemikiran melalui kebudayaan,,, pendidikan dan segala pendekatan yang memberikan mimpi indah dan impian palsu... Sebaliknya kita perlu sedar dan insaf serta bertindak menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku... Kembalilah kepada ISLAM...

Sabda Rasulullah s.a.w. :

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka...”

Saiyyidina Omar Al-Khattab r.a. berkata:

“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah...”

Tanpa kesedaran dan sensitiviti yang tinggi,,, maka perangkap kehancuran dalam manipulasi taghut yang amat licik akan menerkam leher ummat bila-bila masa sahaja... Realiti hari ini sudah mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai generasi termahal ini (pemuda/pemudi) muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh Islam sendiri...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dakwah Islam itu tidak memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara,,, dakwah Islam adalah mencakupi kedua-duanya sekali"...

Macamana nak berhibur???


Firman Allah s.w.t di dalam surah Yunus;50 (maksud)

Katakanlah:' Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa'at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian drpdnya haram dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara DUSTA terhadap Allah?"

Ketagihan manusia kepada budaya hiburan melampau bernama hedonism sangat menakutkan... Bukan tidak tahu akan mudaratnya,,, namun kerana keseronokan sementara dan ketamakan sedikit habuan,,, manusia yang bertaubat darinya dengan mudah kembali semula menjamah hiburan melampau ini...

Hiburan sekarang sudah tidak mengira tempat,,, bagi penganjur dan mereka yang bersama-sama menjadi pendokong hedonism,,, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan tidak menjejaskan sumber-sumber peribadi... Mereka sanggup dengan hanya menukar nama serta menggunakan slogan-slogan kerja-kerja kebajikan,,, sosial,,, kemanusian atau apa sahaja yang nampak baik di mata manusia untuk menghalalkan apa yang haram...

Bahkan tidak mengira tempat dan sensitiviti masyarakat Islam itu sendiri... Makhluk perosak ini,,, sanggup mengubah pusat-pusat pembudayaan ilmu sebagai pusat-pusat pembudayaan hiburan... Mereka tidak segan atau malu untuk menipu dengan berselindung disebalik nama-nama,,, pusat-pusat ilmu dan slogan-slogan yang sebenarnya digunakan sebagai medium baru mengembalikan budaya zaman jahiliyah dalam masyarakat Islam itu sendiri...

SIAPA ANTI ESTABLISHMENT??? Orang yang mengembalikan budaya jahiliyah ini atau mereka yang mencegahnya??? Tepuk dada,,, tanya Iman...

Begitu SKEPTIK sekali pemikiran dan perbuatan makhluk perosak ini... Namun,,, apabila nafsu menguasai diri,,, segalaya menjadi boleh...

Hindarilah hiburan melampau ini!!! Ingatlah kembali kepada pesanan Baginda s.a.w:

“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)]

Menerusi manusia yang kini berfikiran tinggi dan berwawasan,,, mereka sering menimbulkan persoalan yang bersangkut paut dengan hiburan antaranya ialah,,, " Apakah mendengar nyanyian itu adalah haram???",,, untuk menjawab persoalan itu,,, Imam Ghazali telah menyatakan beberapa sebab yang membawa nyanyian tersebut menjadi haram... Antaranya ialah:



1. Berkenaan Dengan Si Penyanyi

Situasi yang pertama ialah yang memperdengarkan nyanyian tersebut adalah wanita yang tidak halal bagi lelaki memandangnya kerana dikhuatiri timbul fitnah akibat mendengar nyanyiannya dan timbulnya nafsu syahwat yang bermula daripada pandangan dan alunan suaranya. Keadaan ,ini memberi kesan yang amat bahaya kerana ia adala bibit-bibit bermulanya penzinaan yang diharamkakan oleh Allah s.w.t. Maka sudah sepatutnya perkara ini diambil berat dan dibatasi pengharamnya.


2. Alat Muzik

Manakala perkara yang kedua adalah berkaitan dengan alat-alat muzikyang digunakan dalam sesuatau nyanyian, iaitu alat-alat muzik yang bersimbolkan orang yang kaki arak atau orang yang menyerupai wanita seperti seruling, gitar dan yang lain-lainnya. Namun selain dari itu tetap pada hukum asalnya ialah harus seperti rebana,kompang, tambur dan terompet.


3. Lirik lagu

Penghalang ketiga adalah lirik lagu atau kandungan suara. Sekiranya lirik tersebut mengandungi perkataan yang buruk, keji, cacian atau perkara yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya atau para sahabat dan sebagainya. Begitu juga lirik tersebut menggambarkan bentuk tubuh wanita yang haram padanya.

Wallahu.alam...

Lawati juga http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“JANGANLAH KITA MENYALAHKAN KERETA YANG DIPANDU APABILA KEMALANGAN,,, TETAPI SALAHKAN SIAPA YANG MEMANDU KERANA KELALAIANNYA”

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme