MUKA SIAPA???
Sebagai permulaan penulisan ini,,, hendaklah aku bertanya dan berpesan kepada diriku sendiri; apakah amal yang telah dikerjakan hari ini??? Bagaimana amanah dan tanggungjawab yang telah terabai hari ini??? Dan adakah segala yang dikerjakan selama ini sebagai contoh atau sekadar menunjuk-nunjuk???
Dan aku berharap penulisan kali ini dapat dijadikan peringatan bagi diriku yang selalu lupa… MUKA SIAPA??? Ini bukanlah pertandingan meneka wajah artis atau sesiapa,,, tetapi bertujuan untuk melihat wajah kita sendiri,,, rupa kita (perwatakan kita) dan tingkahlaku kita sendiri…
Kerana,,, dalam kehidupan perbuatan menunding jari apabila berlaku kesilapan kepada orang lain sudah menjadi satu amalan… Terutama dalam sesebuah organisasi… Kalau cerita kehebatan dan kejayaan maka menonjollah kita ke hadapan sebagai ‘superhero’,,, jari tidak ditunding tetapi kedua-dua tangan diangkat dengan muka yang bangga “Akulah yang buat”…
Apabila dihadapan orang,,, maka kitalah manusia yang sering mengambil berat tentang kebajikan semua orang,,, tak kurang juga buat-buat kalut (sibuk) depan orang kononnya kita rajin bekerja… Masing-masing nak menunjuk yang mereka ingin menyelesaikan masalah,,, dan akan dipersalahkan kepada orang lain pula apabila tidak dapat mengatasinya,,, berpura-pura sungguh kehidupan kita???...
Kehidupan kita sekarang yang lebih berminat untuk dipuji... Kata seorang guru ketika di masa persekolahan dulu: Tabiat manusia memang suka dipuji,,, tetapi tidak layak dipuji... Hanya Allah s.w.t sahaja wajar dipuji kerana Allah s.w.t memang LAYAK UNTUK DIPUJI... Kehidupan kita yang menginginkan kehidupan bergaya telah menarik jiwa ke arah kehidupan menunjuk-nunjuk,,, berbudaya publisiti melampau,,, budaya ampu bodek dan suka apabila dipuji...
Segala amal perbuatan yang dianjurkan dalam ajaran Islam,,, ia adalah satu ibadah... Sebagai contoh yang paling senang,,, iaitu dari segi harta... Dalam Islam kita diajarkan kaifiyat atau tatacara berderma atau bersedekah yang paling baik... Dermalah dan sedekahlah yang terbaik dan yang paling kita sukai... Dan setelah menderma janganlah diungkit-ungkit...
Dermakan kerana Allah s.w.t,,, mudah-mudahan dapatlah pahala beribadah... Dermalah secara tersembunyi,,, dalam satu hadith Nabi s.a.w yang mafhumnya; tangan kanan yang bersedekah,,, dan tangan kiri tidak tahu... setiap amal kita jangan suka diheboh-hebohkan,,, nanti tersasar niat kita dari derma ikhlas jadi derma riya’,,, menunjuk-nunjuk,,, 'ujub dan di mana nilai keikhlasan derma/sedekah kerana Allah s.w.t itu??? Begitulah juga amal perbuatan kita yang lain,,, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t...
Hanya Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui segala apa yang terlintas dan menyelinap di dalam hati-hati manusia... Sebagai manusia hanya mampu menilai dari apa yang terzahir dan kelihatan sahaja...
Betulkan kembali niat kita,,, adakah kita lakukan sebagai mahu memberi contoh kepada orang lain??? Atau hanya inginkan publisiti yang melebih-lebih,,, sebagaimana seseorang yang makan terlalu banyak,,, dan akibatnya penyakit datang menyerang...
Firman Allah :[Wahai orang-orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkan bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang kafir dan riak itu), mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir].(Surah Al-Bakarah : 264)
Firmannya lagi :[Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesetiap yang di kehendakinya, dan Allah amat luas kurniaannya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya].(Surah Al-Bakarah : 261)
Tidak mustahil suatu masa nanti hidup kita sekadar hidup bergaya,,, menunjuk-nunjuk,,, bermuka-muka dan ia membudaya sampai ke mati... Mahukah kita mendidik orang lain dalam budaya publisiti melampau,,, budaya ampu bodek,,, budaya suka menunjuk-nunjuk konon kitalah orang terhebat,,, sedangkan orang tahu sangat kelemahan kita... Kita hanya sekadar suka dipuji dan sampai ke mati pun mahu dipuji-puji... Renungkanlah bersama,,, betulkah tindak-tanduk kita selama ini dalam mengajak semua orang ke arah kebaikan dan kebajikan???
Bagus memang bagus mengajak orang berbuat kebajikan,,, tetapi apabila ia jauh tersasar dari landasan amal kebajikan maka ia akan menjadi amal riya’ dan menunjuk-nunjuk... Terhegeh-hegeh dan senyum lebar kita menerima pujian dari si polan dan si polan di depan orang ramai... Apa lagi yang tidak dipublisitikan??? Semua amal bakti kalau boleh mahu ditontonkan kepada dunia betapa hebatnya kita,,, betapa baiknya kita,,, betapa pemurahnya kita dan segala bentuk pujian lagi yang diingini oleh nafsu yang menguasai diri...
Wallahu'alam...
--------------------------------------------------------------------------------------------------
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
0 Response to "MUKA SIAPA???"
Post a Comment