MUKA SIAPA???

Sebagai permulaan penulisan ini,,, hendaklah aku bertanya dan berpesan kepada diriku sendiri; apakah amal yang telah dikerjakan hari ini??? Bagaimana amanah dan tanggungjawab yang telah terabai hari ini??? Dan adakah segala yang dikerjakan selama ini sebagai contoh atau sekadar menunjuk-nunjuk???

Dan aku berharap penulisan kali ini dapat dijadikan peringatan bagi diriku yang selalu lupa… MUKA SIAPA??? Ini bukanlah pertandingan meneka wajah artis atau sesiapa,,, tetapi bertujuan untuk melihat wajah kita sendiri,,, rupa kita (perwatakan kita) dan tingkahlaku kita sendiri…

Kerana,,, dalam kehidupan perbuatan menunding jari apabila berlaku kesilapan kepada orang lain sudah menjadi satu amalan… Terutama dalam sesebuah organisasi… Kalau cerita kehebatan dan kejayaan maka menonjollah kita ke hadapan sebagai ‘superhero’,,, jari tidak ditunding tetapi kedua-dua tangan diangkat dengan muka yang bangga “Akulah yang buat”…

Apabila dihadapan orang,,, maka kitalah manusia yang sering mengambil berat tentang kebajikan semua orang,,, tak kurang juga buat-buat kalut (sibuk) depan orang kononnya kita rajin bekerja… Masing-masing nak menunjuk yang mereka ingin menyelesaikan masalah,,, dan akan dipersalahkan kepada orang lain pula apabila tidak dapat mengatasinya,,, berpura-pura sungguh kehidupan kita???...

Kehidupan kita sekarang yang lebih berminat untuk dipuji... Kata seorang guru ketika di masa persekolahan dulu: Tabiat manusia memang suka dipuji,,, tetapi tidak layak dipuji... Hanya Allah s.w.t sahaja wajar dipuji kerana Allah s.w.t memang LAYAK UNTUK DIPUJI... Kehidupan kita yang menginginkan kehidupan bergaya telah menarik jiwa ke arah kehidupan menunjuk-nunjuk,,, berbudaya publisiti melampau,,, budaya ampu bodek dan suka apabila dipuji...

Segala amal perbuatan yang dianjurkan dalam ajaran Islam,,, ia adalah satu ibadah... Sebagai contoh yang paling senang,,, iaitu dari segi harta... Dalam Islam kita diajarkan kaifiyat atau tatacara berderma atau bersedekah yang paling baik... Dermalah dan sedekahlah yang terbaik dan yang paling kita sukai... Dan setelah menderma janganlah diungkit-ungkit...

Dermakan kerana Allah s.w.t,,, mudah-mudahan dapatlah pahala beribadah... Dermalah secara tersembunyi,,, dalam satu hadith Nabi s.a.w yang mafhumnya; tangan kanan yang bersedekah,,, dan tangan kiri tidak tahu... setiap amal kita jangan suka diheboh-hebohkan,,, nanti tersasar niat kita dari derma ikhlas jadi derma riya’,,, menunjuk-nunjuk,,, 'ujub dan di mana nilai keikhlasan derma/sedekah kerana Allah s.w.t itu??? Begitulah juga amal perbuatan kita yang lain,,, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t...

Hanya Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui segala apa yang terlintas dan menyelinap di dalam hati-hati manusia... Sebagai manusia hanya mampu menilai dari apa yang terzahir dan kelihatan sahaja...

Betulkan kembali niat kita,,, adakah kita lakukan sebagai mahu memberi contoh kepada orang lain??? Atau hanya inginkan publisiti yang melebih-lebih,,, sebagaimana seseorang yang makan terlalu banyak,,, dan akibatnya penyakit datang menyerang...

Firman Allah :[Wahai orang-orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkan bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang kafir dan riak itu), mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir].(Surah Al-Bakarah : 264)

Firmannya lagi :[Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesetiap yang di kehendakinya, dan Allah amat luas kurniaannya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya].(Surah Al-Bakarah : 261)


Tidak mustahil suatu masa nanti hidup kita sekadar hidup bergaya,,, menunjuk-nunjuk,,, bermuka-muka dan ia membudaya sampai ke mati... Mahukah kita mendidik orang lain dalam budaya publisiti melampau,,, budaya ampu bodek,,, budaya suka menunjuk-nunjuk konon kitalah orang terhebat,,, sedangkan orang tahu sangat kelemahan kita... Kita hanya sekadar suka dipuji dan sampai ke mati pun mahu dipuji-puji... Renungkanlah bersama,,, betulkah tindak-tanduk kita selama ini dalam mengajak semua orang ke arah kebaikan dan kebajikan???

Bagus memang bagus mengajak orang berbuat kebajikan,,, tetapi apabila ia jauh tersasar dari landasan amal kebajikan maka ia akan menjadi amal riya’ dan menunjuk-nunjuk... Terhegeh-hegeh dan senyum lebar kita menerima pujian dari si polan dan si polan di depan orang ramai... Apa lagi yang tidak dipublisitikan??? Semua amal bakti kalau boleh mahu ditontonkan kepada dunia betapa hebatnya kita,,, betapa baiknya kita,,, betapa pemurahnya kita dan segala bentuk pujian lagi yang diingini oleh nafsu yang menguasai diri...

Wallahu'alam...
--------------------------------------------------------------------------------------------------
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Terima Kasih,,, Thank You,,, Syukran ...

Perjalanan hidup seorang manusia pasti tidak akan mampu untuk hidup berseorangan atau mengerjakan segala sesuatunya dengan sendirian... Kita pasti memerlukan bantuan orang lain,,, sekecil mana pun bantuan yang diberikan,,, maka ucapan terima kasih adalah suatu hal yang sangat sederhana,,, murah tanpa biaya tetapi sangat tinggi nilainya...

Ucapan terima kasih,,, thank you,,, syukran adalah suatu ungkapan penghargaan yang tulus kepada orang lain untuk menjadikannya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit... Mengucapkan terima kasih tidaklah perlu memandang kepada siapa kita berterima kasih... Kita hendaklah berterima kasih kepada sesiapa sahaja walaupun status sosialnya adalah jauh berbeza di bawah kita...

Orang cerdik pandai ada mengatakan ucapan terima kasih secara tulus ikhlas itu laksana air minum yang menyejukkan tenggorokannya di tengah padang pasir... Kerana seseorang yang mengucapkan terima kasih menunjukkan orang tersebut berbesar hati mahu memberikan penghargaan keatas sesuatu pekerjaan atau perbualan yang membawa kepada kebaikan...

Perkara ini mungkin jarang berlaku,,, iaitu ucapkanlah terima kasih kepada kawan atau sesiapa yang telah mengkritik kita... Bukan semua kritikan,,, tetapi kritikan yang bersifat positif,,, iaitu orang yang mengkritik kita menginginkan kita lebih maju,,, mereka tulus memberikan kritikan bukan seperti mereka yang sekadar memberi pujian yang tidak ikhlas tetapi memabukkan...

Peribahasa China kuno mengatakan bahawa "When eating bamboo sprouts,,, remember the man who planted them..." (Jika anda memakan rebung,,, janganlah lupa berterima kasih kepada penanamnya...)

Jika kita berjaya,,, berkedudukan tinggi,,, berjawatan besar dan menikmati segala kejayaan yang dikecapi,,, janganlah lupa kepada meraka yang telah membantu kita... Ucapan terima kasih pasti tidak akan pernah ditolak lawan atau teman bicara kita,,, bahkan dibalas dengan senyuman yang ramah...

Kesimpulannya,,,

Adalah lebih afdhal bagi kita untuk menggantikan ucapan berikut:

*Syukran kepada >>> Jazaakallah Kheir.
..

*Terima kasih kepada >>> Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan
...

*Thank you kepada >>> May Allah reward you.
..


*** Ini adalah kerana balasan Allah,,, jauh lebih beza dari balasan yang kita sebagai makhluk mampu melakukan. Dan juga jika kita hanya menggunakan ucapan seperti Terima kasih,apa lah saja orang yang kita ucapkan kepadanya mendapat... Kalau kita gantikan dengan doa seperti yang tersebut,,, betapa untungnya orang itu jika doa tersebut dikabulkan :) :) :)

Semoga Ilmu yang sedikit ini dapat kita mendapat manfaatnya di dunia dan Akhirat :) :) :)

Wallahua'lam

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Al Baqarah:286)

Lain Pula Dia Cakap...

ASSALAMUALAIKUM...

Bahasa merupakan sesuatau yang penting bagi menyampaikan sesuatu mesej daripada seseorang kepada seseorang yang lain... Maka medium yang paling mudah dalam menyampaikannya ialah percakapan (secara lisan) bagi menyampaikan maksud sesuatu perkara...

Di sini saya ingin berkongsi satu perbualan yang menemui kegagalan... Mungkin ada yang kita boleh pelajari daripadanya,,, supaya dapat diperbaiki kemahiran komunikasi antara kita dalam menerima dan menyampaikan sesuatu arahan...

Perbualannya begini:

Pada suatu pagi,,,


Seorang ‘Managing Director’ (MD) memberi arahan kepada ‘General Manager’ (GM) nya…

“Besok akan berlaku gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi... Ini merupakan suatu kejadian yang tidak dapat kita lihat setiap hari... Jadi untuk menyambut dan melihat peristiwa ini,,, semua pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas... Saya akan menjelaskan fenomena alam tanda kekuasan Allah s.w.t. ini kepada mereka... Sekiranya esok hujan dan kita tidak boleh melihatnya di padang dengan jelas... Jadi kita akan berkumpul di kantin saja...”


Lalu ‘General Manager’ itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan (KJ)...

“Ini adalah arahan ‘Managing Director’,,, esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh... Jika esok hujan,,, kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas... Dengan demikian,,, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh ‘Managing Director’ di kantin sahaja... Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari...”


Dan Ketua Jabatan pula menyampaikan pada Ketua Seksyen (KS)...


“Ini adalah arahan dari ‘Managing Director’,,, esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas... ‘Managing Director’ akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak... Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari...”


Seterusnya Ketua Seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada Penyelia...

“Jika esok hujan turun di kantin,,, jadi ada kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari,,, dan ‘Managing Director’ dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi...”


Akhir sekali Penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya...


“Esok pagi,,, pada jam sembilan ‘Managing Director’ akan gerhana dan sayang sekali,,, kita tidak boleh melihatnya setiap hari...

Nota kaki: Memang tak boleh pakai betull!!! Lain MD cakap lain pula yang disampaikan... Hehehehe...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“….perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik. Akarnya kukuh (menghunjam tanah), dan ranting-rantingnya menjulang ke langit….”
(QS Ibrahim ayat 24)

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme