GENERASI TERMAHAL

Sudah agak terlewat bagi aku untuk membuat catatan pada bulan ini… Dengan jadual cuti yang padat dengan pelbagai aktiviti,,, seminar-seminar,,, kursus-kursus dan pelbagai lagi yang aku tempuhi sehingga hari dimana aku ada kesempatan membuat catatan ini…

Tetapi bukan bererti segalanya sudah habis bagi sesi ini,,, cuma sekadar memberi kesempatan kepada untuk mencatat sedikit ringkasan mengenai hal yang menyelubungi di persekitaran kita…

Oleh kerana,,, kebangkitan merupakan naluri umat Islam,,, maka apabila kerja-kerja dakwah mula berkurang dan menyusut akan kekuatannya,,, akan segera datang dari golongan mereka yang menggerakkan dan kembali membangunkan kerja-kerja dakwah tersebut… Allah s.w.t akan mendatangkan manusia-manusia dari para mujaddid serta pembawa risalah kebenaran (Islam) dari pelbagai pelosok tempat dari kalangan masyarakat muslim…

Kebangkitan ini menjadikan umat Islam kembali kukuh dalam aqidah,,, tauhid,,, ibadah dan akhlak… Pada suatu ketika masjid yang dahulunya kebanyakkan dipenuhi oleh generasi tua,,, kini berubah wajah dengan kehadiran para pemuda pencinta Islam yang mengimarahkannya… Begitu juga di lapangan ibadah-ibadah lain seperti ibadah Haji dan umrah hatta di medan jihad sekalipun… Para pemuda adalah kelompok terbesar dalam menunaikannya…

Apabila kita mengerti dengan sebenarnya akan kelahiran kebangkitan Islam ini,,, maka kita akan ketahui bahawa akan wujud dan datangnya serangan dari pelbagai penjuru… Akan lahir pelbagai ajaran dan motivasi penjajahan… Para penjajah dalam perang imperialis moden ini bukan hanya berperang dengan sekadar menunjukkan kekuatan,,, bukan hanya sekadar mencapai kemenangan mengalahkan umat Islam di medan perang,,, tetapi mereka datang dengan membawa misi (tuhan dan harta)… Juga lahirlah golongan mubaddid iaitu pemecah belah umat,,, bukan pembaharu…

Imperialis moden juga mula menukarkan pakaian ketenteraan dengan pakaian kebudayaan dan pemikiran… Mereka menanam pelbagai pencemaran kebudayaan dan pemikiran di atas setiap peringkat generasi umat Islam… Baik dari seorang budak yang baru hendak belajar bercakap sehinggalah seorang insan tua yang sudah tidak berdaya… Mereka bukan sekadar memasang impian tetapi melancarkan serangan demi serangan…

Sebagai generasi termahal atau berharga,,, maka pemuda-pemudi yang merupakan saham-saham terpenting mula dilihat sebagai sasaran utama oleh para Imperialis Moden… Mereka menghidangkan pelbagai program,,, dan siri-siri motivasi penjajahan keatas minda generasi termahal ini…

Generasi pemuda pada majoritinya berada dalam kelompok golongan mahasiswa,,, maka perkara yang paling dekat dengan persekitaran ini adalah berkisarkan kepada pendidikan…

Maka apakah perkaitan dengan pendidikan ini???

Dalam sesi seminar yang terbaru ini,,, aku melihat perlakuan penjajahan pemikiran itu dari apa yang disampaikan oleh mereka yang kebanyakkannya dengan berlatarbelakangkan pendidikan barat,,, bukan beerti ilmu dari barat itu semuanya salah…

Tetapi aku melihat apa yang menerjah masuk ke dalam pemikiran mereka ialah satu persalinan lengkap sistem yang membuat keraguan tentang Islam,,, struktur Islam dan kemampuan Islam dalam mengejar kemajuan dan teknologi yang telah dicapai oleh bangsa Eropah (Barat) yang menjauhkan agama dari kehidupannya… Walhal Islam adalah pendahulu segala bentuk kemajuan dunia dan akhirat… Tetapi,,, mereka meletakkan Islam itu sebagai perintang pertama kemajuan di dalam semua bidang…

Dengan pelbagai gaya bahasa dan istilah halus yang digunakan,,, dapat aku kutip beberapa ucapan yang disampaikan iaitu; mereka meletakkan pemikiran Islam itu sebagai pemikiran tradisional,,, cara hidup Islam sebagai budaya atau adat (boleh diubah dan dilanggar),,, setiap pandangan alim ulama walaupun bersandarkan nas-nas yang kukuh perlu dipersoalkan (kerana dianggap sebagai pemikiran yang kreatif),,, menyamakan kepercayaan alam ghaib antara semua agama adalah sama dan menganggap itu bukan hidup yang realiti (tiada faedah),,,berkaitan dengan azab kubur pula dikatakan sebagai cerita yang tidak ilmiah,,, mengagungkan cara hidup,,, bahasa,,, pakaian dan segala dari barat itu sebagai simbol tarikan,,, keyakinan dan layanan terbaik kepada semua generasi,,, mempopularkan tokoh-tokoh Yahudi dan Eropah yang berjaya dari segi ukuran material (mereka berjaya kerana tiada halangan ‘tradisional’)…

Oleh kerana saham-saham tertinggi umat Islam berada pada generasi pemuda,,, dan golongan ini pula merupakan golongan terbesar dalam cabang menuntut ilmu samada sebagai murid-murid,,, para pelajar,,, golongan mahasiswa dan bakal menjadi generasi pendidik pada masa akan datang,,, mereka merupakan golongan yang amat dahagakan segala ilmu pengetahuan dunia dan akhirat,,, maka tidak hairanlah mereka kini dihidangkan dengan minuman yang bercampur aduk dengan pelbagai perisa kebatilan atau minuman yang ditapis supaya dipisahkannya dari zat kebajikan…

Pertama sekali kita dapat melihat pada situasi pembelajaran kita sekarang,,, iaitu sistem dikotomi pendidikan atau berlakunya pengasingan antara pendidikan agama dan pendidikan akademik dalam sistem pendidikan yang dihadapi sekarang… Sistem ini akan mencampakkan manusia ke dalam lautan nafsu,,, kerana tiada yang dipegang sebagai batasan dan pengikat kepada kekuatan hasutan nafsu…

Menurut seorang orientalis; Syatilyn dalam bukunya (Al-Gharaha Alal Alami Islami),, dia berkata: “Gelas dan artis mampu menghancurkan umat Muhammad daripada seribu meriam… Maka tenggelamkanlah umat Muhammad dalam cinta material dan syahwat…”

Kedua,,, mendirikan sekolah-sekolah dan memberikan pendidikan dengan sukarela dan percuma kepada masyarakat khususnya di negara-negara umat Islam… Mereka sanggup berbelanja dan mengeluarkan segala apa yang ada untuk mewujudkan kelas pendidikan di pelbagai peringkat,,, bermula di peringkat prasekolah mereka akan memberi pendidikan ala kebaratan dengan menyusui anak-anak umat Islam dengan susu formula yang diadun dengan ramuan sambil menghembuskan racun-racun terhadap pemikiran seperti nyanyian memuji tuhan selain Allah s.w.t,,, iringan muzik tempat-tempat ibadah bukan Islam,,, cerita-cerita dari kitab selain Al-Quran dan Hadis nabi s.a.w. dan pelbagai lagi tindakan dengan harapan minda yang bersih dicorak dengan pelbagai jalur pemikiran membenci Islam…

Tidak lain tidak bukan,,, Kitalah orang yang bertanggungjawab menghantar generasi para pembela ke tempat permulaan sistem pendidikan yang betul…

Ketiga,,, memberikan biasiswa kepada anak-anak kaum muslimin untuk menuntut ilmu di negaranya,,, maka ini adalah peluang mereka untuk merosakkan keperibadian orang Islam dengan mengisi pemikiran-pemikiran serta pemahaman yang salah tentang Islam… Mereka akan pulang ke negara asal mereka,,, iaitu negara umat Islam bukan dengan ilmu yang bermanfaat sahaja tetapi pemikiran yang keliru dan merosakkan untuk disampaikan kepada masyarakat…

Maka akan lahirlah tokoh intelektual yang dibanggakan dengan kelulusan dari universiti-universiti yang diberi nama bukan ternama kerana di situ tiada kejujuran dalam menyampaikan ilmu… Tokoh-tokoh dari universiti ini akan diangkat memegang jawatan penting dan strategic oleh kebanyakkan pemerintah yang juga anak didik dari proses pembaratan (seperti yang dibincangkan dalam bab pembaratan),,, mereka ini akan meremehkan para pendidik agama dan meninggalkan persepsi buruk kepada masyarakat mengenai pendidik agama dengan istilah seperti radikal,,, ekstremis,,, anti-establishment,,, ketinggalan dan sebagainya…

Tokoh-tokoh universiti barat ini akan dilabelkan sebagai membawa pembaharuan kerana mampu melakukan segala yang dilarang oleh Islam untuk dilakukan dengan alasan bahawa ia hanya melanggar adat atau ‘tradisional’ yang menjadi amalan dan menghalang kemajuan masyarakat setempat…

Keseluruhannya,,, dalam persekitaran yang dicemari dengan pelbagai sistem ini,,, haruslah kita ingati dan waspada dalam meletakkan kepentingan sistem pendidikan supaya tidak terpesong oleh dakyah-dakyah para pembarat dan juga pembatu-pembantu mereka di muka bumi umat Islam dan seluruhnya… Kita mesti mempersiapkan diri melalui usaha mencari dan menuntut ilmu-ilmu agama Islam yang dipinggirkan atau dipisahkan supaya menjadi generasi yang termahal…

Wallahu’alam…

‘Musthafa Assibai berkata: Setengah pintar yang disertai tawadhu (rendah hati) lebih disenangi oleh hati manusia dan lebih bermanfaat bagi masyarakat dibandingkan dengan kecerdasan dan kepandaian yang tinggi yang disertai dengan kesombongan.‘

0 Response to "GENERASI TERMAHAL"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme