BELAJARLAH...


Setiap perjalanan itu pasti menghidangkan satu pemandangan… Tidak kira samada perjalanan itu jauh atau dekat,,, hatta melintas sebatang jalan di hadapan rumah sudah tentu ada sesuatu yang dapat kita pelajari…


“Jauh perjalanan,,, luas pandangan”,,, “Dekat perjalanan,,, pun ada pandangan”… Melainkan kita hanya berjalan tanpa mahu berfikir,,, maka tiada satu pandangan melainkan ‘pemandangan’ sahaja yang terhidang di mata…

Kita hanya akan teruja dengan keindahan pada pandangan mata,,, kita akan berasa bangga dan kagum kerana ‘aku telah berjalan lebih jauh dari orang lain,,, mengelilingi dunia’ tetapi kita adalah rugi…

Kenapa rugi???

Ya,,, kita rugi,,, kerana kita tidak belajar sesuatu dari persekitaran kita... Bilamana kita hanya sekadar memandang kiri dan kanan,,, melihat pemandangan depan dan belakang,,, mendengar segala bunyi yang ada di persekitaran,,, merakam gambar kenang-kenangan,,, merasa pelbagai menu dan hidangan… tetapi itu hanya sekadar teman dalam kenangan…

Melainkan kita mampu mengeluarkan segala kenangan itu sebagai satu sumber perjuangan… dengan mengambil pengajaran dan pengalaman dari tempat orang untuk pembangunan diri dan umat …

Pepatah ada mengatakan “Orang Pintar Belajar dari Pengalaman” dan “Orang Bijak Belajar dari Pengalaman Orang lain”

Pelbagai sumber dan kaedah yang boleh kita perolehi samada belajar melalui pembacaan,,, pertanyaan dan persoalan,,, pengalaman,,, perbincangan dan pelbagai sumber lagi,,, serta yang paling penting adalah berguru…


Bacalah dengan nama Tuhanmu,,,


Itulah permulaan ilmu,,,


Sebagai yang telah diwahyukan,,,


Menuntut ilmu satu kewajipan…



Ilmu menjadi penyuluh jalan,,,


Dengan ilmu dapat kemuliaan,,,


Ilmu memajukan kehidupan,,,


Ilmu yang baik dapat keberkatan…



Sabda Rasul junjungan,,,


Carilah ilmu pengetahuan,,,


Dari dalam buaian,,,


Hingga hari kematian...


Perintah iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’ kepada Nabi s.a.w,,, adalah isyarat betapa Islam memberikan perhatian yang cukup besar tentang kepentingan ilmu dalam menentukan darjat manusia…

Rasulullah bersabda:

طَلَبُ الْعلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim"

( Riwayat Imam Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan bumi ini untuk manusia,,, untuk ditadbir dengan sebaik-baiknya sesuai dengan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini... Sebagai khalifah,,, kita bertanggungjawab dan berkewajipan menguruskan muka bumi untuk kebaikan seluruh penghuninya,,, manusia,,, haiwan,,, tumbuh-tumbuhan,,, alam sekitar dan planet-planet lain yang berkaitan...

Mentadbir muka bumi ini bukanlah perkara yang mudah... Ia memerlukan penguasaan ilmu pengetahuan... Menguruskan alam merupakan amanah berat yang harus dipikul dan kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T...

Manusia sebagai makhluk yang tumbuh dan berkembang,,, maka sudah pasti ia ingin mencapai satu tahap kehidupan yang selesa... Selama manusia berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupannya,,, menambah ilmunya,,, memperhebatkan peribadinya,,, prestasi kerjanya,,, penampilannya,,, maka selama itulah proses pembelajaran terus berlaku...

Ini menunjukkan bahawa proses pendidikan dalam kehidupan manusia tidak terhad pada zaman bayi,,, kanak-kanak,,, remaja dan dewasa sahaja malah berlaku sepanjang hayat...

Dalam kehidupan dunia kini,,, kita dapat melihat ramai tokoh-tokoh dalam masyarakat yang telah berjaya dalam kerjaya terus menerus belajar bagi menepati tuntutan Islam...

Begitu banyak kelebihan bagi orang yang mempunyai ilmu pengetahuan... Bukan sekadar dapat menghindarkan diri sendiri dari kejahilan,,, serta dapat membezakan antara yang benar dan tidak tidak benar... Malah segala kerja dan amalan yang dilaksanakan itu adalah tidak sia-sia dan beroleh keredhaan Allah S.W.T serta memberi faedah manfaat kepada orang lain...

Dalam hubungan ini,,, Nabi junjungan kita pernah bersabda mengenai tiga amalan yang sentiasa berterusan... Sabda Rasulullah S.A.W:

" إِذاَ مَاتَ ابْنُ اَدَمَ انقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِن ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ "

Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang ditinggalkannya atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannnya". (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini memberi peringatan besar kepada umat Islam untuk mewariskan ilmu pengetahuan yang menjadi saham terpenting dan amat bernilai kepada generasi seterusnya untuk meneruskan perjuangan mereka pada masa akan datang di dunia yang penuh mencabar ini...

Saiyidina Ali bin Abi Thalib k.w. mengatakan bahawa ada sepuluh kelebihan ilmu dibanding harta,,, iaitu:

  • Ilmu adalah warisan para nabi,,, sedangkan harta adalah warisan dari Fir’aun,,, Qarun,,, dan lain-lain…
  • Ilmu selalu menjaga orang yang mempunyainya,,, sedangkan harta dijaga oleh orang yang mempunyainya…
  • Orang yang berilmu banyak mempunyai teman,,, sedangkan orang yang berharta mempunyai banyak lawan...
  • Ilmu apabila diberikan kepada orang lain akan bertambah sedangkan harta bila diberikan akan berkurang...
  • Ilmuwan sering dipanggil alim,,, ulama,,, dan lain-lain... Sedangkan hartawan sering dipanggil bakhil,,, kikir,,, dan lain-lain.
  • Pemilik ilmu akan menerima syafaat pada hari kiamat,,, sedangkan pemilik harta akan dimintai pertanggungjawabannya diakhirat kelak…
  • Ilmu apabila disimpan tidak akan habis,,, sedangkan harta bila disimpan akan usang dan lapuk…
  • Ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan,,, sedangkan harta selalu dijaga dari kejahatan…
  • Ilmu tidak memerlukan tempat,,, sementara harta memerlukan tempat…
  • Ilmu akan menyinari hati hingga menjadi terang dan tenteram,,, sedangkan harta akan mengeraskan setiap hati manusia...

Itulah sepuluh kelebihan ilmu dibanding harta...

wallahu'alam...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

”Pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari pengalaman hidup;

Pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari pengalaman kerja;

Pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari alam semesta;

Dan pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari kebenaran.”


0 Response to "BELAJARLAH..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme