BELAJARLAH...


Setiap perjalanan itu pasti menghidangkan satu pemandangan… Tidak kira samada perjalanan itu jauh atau dekat,,, hatta melintas sebatang jalan di hadapan rumah sudah tentu ada sesuatu yang dapat kita pelajari…


“Jauh perjalanan,,, luas pandangan”,,, “Dekat perjalanan,,, pun ada pandangan”… Melainkan kita hanya berjalan tanpa mahu berfikir,,, maka tiada satu pandangan melainkan ‘pemandangan’ sahaja yang terhidang di mata…

Kita hanya akan teruja dengan keindahan pada pandangan mata,,, kita akan berasa bangga dan kagum kerana ‘aku telah berjalan lebih jauh dari orang lain,,, mengelilingi dunia’ tetapi kita adalah rugi…

Kenapa rugi???

Ya,,, kita rugi,,, kerana kita tidak belajar sesuatu dari persekitaran kita... Bilamana kita hanya sekadar memandang kiri dan kanan,,, melihat pemandangan depan dan belakang,,, mendengar segala bunyi yang ada di persekitaran,,, merakam gambar kenang-kenangan,,, merasa pelbagai menu dan hidangan… tetapi itu hanya sekadar teman dalam kenangan…

Melainkan kita mampu mengeluarkan segala kenangan itu sebagai satu sumber perjuangan… dengan mengambil pengajaran dan pengalaman dari tempat orang untuk pembangunan diri dan umat …

Pepatah ada mengatakan “Orang Pintar Belajar dari Pengalaman” dan “Orang Bijak Belajar dari Pengalaman Orang lain”

Pelbagai sumber dan kaedah yang boleh kita perolehi samada belajar melalui pembacaan,,, pertanyaan dan persoalan,,, pengalaman,,, perbincangan dan pelbagai sumber lagi,,, serta yang paling penting adalah berguru…


Bacalah dengan nama Tuhanmu,,,


Itulah permulaan ilmu,,,


Sebagai yang telah diwahyukan,,,


Menuntut ilmu satu kewajipan…



Ilmu menjadi penyuluh jalan,,,


Dengan ilmu dapat kemuliaan,,,


Ilmu memajukan kehidupan,,,


Ilmu yang baik dapat keberkatan…



Sabda Rasul junjungan,,,


Carilah ilmu pengetahuan,,,


Dari dalam buaian,,,


Hingga hari kematian...


Perintah iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’ kepada Nabi s.a.w,,, adalah isyarat betapa Islam memberikan perhatian yang cukup besar tentang kepentingan ilmu dalam menentukan darjat manusia…

Rasulullah bersabda:

طَلَبُ الْعلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya: "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim"

( Riwayat Imam Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan bumi ini untuk manusia,,, untuk ditadbir dengan sebaik-baiknya sesuai dengan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini... Sebagai khalifah,,, kita bertanggungjawab dan berkewajipan menguruskan muka bumi untuk kebaikan seluruh penghuninya,,, manusia,,, haiwan,,, tumbuh-tumbuhan,,, alam sekitar dan planet-planet lain yang berkaitan...

Mentadbir muka bumi ini bukanlah perkara yang mudah... Ia memerlukan penguasaan ilmu pengetahuan... Menguruskan alam merupakan amanah berat yang harus dipikul dan kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T...

Manusia sebagai makhluk yang tumbuh dan berkembang,,, maka sudah pasti ia ingin mencapai satu tahap kehidupan yang selesa... Selama manusia berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupannya,,, menambah ilmunya,,, memperhebatkan peribadinya,,, prestasi kerjanya,,, penampilannya,,, maka selama itulah proses pembelajaran terus berlaku...

Ini menunjukkan bahawa proses pendidikan dalam kehidupan manusia tidak terhad pada zaman bayi,,, kanak-kanak,,, remaja dan dewasa sahaja malah berlaku sepanjang hayat...

Dalam kehidupan dunia kini,,, kita dapat melihat ramai tokoh-tokoh dalam masyarakat yang telah berjaya dalam kerjaya terus menerus belajar bagi menepati tuntutan Islam...

Begitu banyak kelebihan bagi orang yang mempunyai ilmu pengetahuan... Bukan sekadar dapat menghindarkan diri sendiri dari kejahilan,,, serta dapat membezakan antara yang benar dan tidak tidak benar... Malah segala kerja dan amalan yang dilaksanakan itu adalah tidak sia-sia dan beroleh keredhaan Allah S.W.T serta memberi faedah manfaat kepada orang lain...

Dalam hubungan ini,,, Nabi junjungan kita pernah bersabda mengenai tiga amalan yang sentiasa berterusan... Sabda Rasulullah S.A.W:

" إِذاَ مَاتَ ابْنُ اَدَمَ انقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِن ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ "

Maksudnya: "Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang ditinggalkannya atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannnya". (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini memberi peringatan besar kepada umat Islam untuk mewariskan ilmu pengetahuan yang menjadi saham terpenting dan amat bernilai kepada generasi seterusnya untuk meneruskan perjuangan mereka pada masa akan datang di dunia yang penuh mencabar ini...

Saiyidina Ali bin Abi Thalib k.w. mengatakan bahawa ada sepuluh kelebihan ilmu dibanding harta,,, iaitu:

  • Ilmu adalah warisan para nabi,,, sedangkan harta adalah warisan dari Fir’aun,,, Qarun,,, dan lain-lain…
  • Ilmu selalu menjaga orang yang mempunyainya,,, sedangkan harta dijaga oleh orang yang mempunyainya…
  • Orang yang berilmu banyak mempunyai teman,,, sedangkan orang yang berharta mempunyai banyak lawan...
  • Ilmu apabila diberikan kepada orang lain akan bertambah sedangkan harta bila diberikan akan berkurang...
  • Ilmuwan sering dipanggil alim,,, ulama,,, dan lain-lain... Sedangkan hartawan sering dipanggil bakhil,,, kikir,,, dan lain-lain.
  • Pemilik ilmu akan menerima syafaat pada hari kiamat,,, sedangkan pemilik harta akan dimintai pertanggungjawabannya diakhirat kelak…
  • Ilmu apabila disimpan tidak akan habis,,, sedangkan harta bila disimpan akan usang dan lapuk…
  • Ilmu tidak usah dijaga dari kejahatan,,, sedangkan harta selalu dijaga dari kejahatan…
  • Ilmu tidak memerlukan tempat,,, sementara harta memerlukan tempat…
  • Ilmu akan menyinari hati hingga menjadi terang dan tenteram,,, sedangkan harta akan mengeraskan setiap hati manusia...

Itulah sepuluh kelebihan ilmu dibanding harta...

wallahu'alam...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

”Pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari pengalaman hidup;

Pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari pengalaman kerja;

Pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari alam semesta;

Dan pemimpin tidak boleh berhenti belajar dari kebenaran.”


PERJALANAN...


Bermula dengan satu langkah,,, kita telah menuju satu tujuan samada ke hadapan atau ke belakang… Menuju kegemilangan atau terjebak dengan kecelaruan…

Sebagai generasi termahal,,, kita sebenarnya berada pada satu tahap kesuburan emosi dan idealism yang tinggi dan hebat… Maka,,, dalam mengimbangi kedua dua kesuburan itu,,, ilmu pengetahuan merupakan penaja utama dengan disokong dengan pengalaman supaya lebih memahami realiti…

Baru semalam aku selesai menamatkan satu sesi kursus kepimpinan… Pelbagai gaya,,, bahasa,,, peribadi dan perwatakan para peserta ditampilkan sepanjang perjalanan program…

Walaupun dalam tempoh masa yang singkat,,, peribadi diri telah ditonjolkan samada positif atau negatif,,, yang menuntut perubahan dan penambahbaikan… Sebagai peserta,,, input-input yang kita perolehi kini hanya menanti output yang hebat dan berkesan…

Sebagai peserta juga,,, kita bukan datang dengan hanya sekadar suka-suka dan menjadi seorang pelancong,,, atau datang sebagai seorang penonton yang hanya memerhati dan senyum dan ketawa,,, atau kerana terpaksa dan datang sebagai banduan yang terpenjara,,, tetapi kita hendaklah datang sebagai seorang PELAJAR yang mencatat dan menilai baik dan buruk mesej yang hendak disampaikan sebelum difahami dan dilaksanakan…

Matlamat kita bukanlah untuk memahami teori atau menunjukkan retorik semata-mata di tempat program… Tetapi segala idealisme yang ada pada kita harus diimbangi dengan keupayaan memahami realiti…

REALITI,,, benar kehidupan yang REALITI…

Tetapi yang dapat dilihat sekarang kita adalah seolah-olah berada dalam rancangan realiti TV,,, bukan berada di dunia yang realiti…

Kenapa???

Kerana,,, semangat kerja berpasukan,,, semangat mencapai kejayaan berpasukan,,, juga kerana kesukaran,,, kerana keletihan,,, kerana tekanan,,, maka kita telah meremehkan satu akhlak terpenting dalam diri kita… MALU


Dan,,, kalau kita melihat kepada rancangan ‘realiti tv’ juga,,, kita dapat melihat sikap yang mementingkan populariti,,, elitis,,, gempaq yang akhirnya menjual amanah dengan satu nilai keuntungan peribadi...

Sebagai kepimpinan dalam dunia yang realiti ini,,, ia adalah medan sebenar golongan termahal ini untuk membaca masalah,,, mengkaji isu-isu serta meneliti sebab-musabab dan memikirkan jalan keluar yang terbaik dan bijaksana…

Apabila,,, Kita semai satu fikiran,,,

Maka,,, Kita akan tuai satu tindakan…

Apabila,,, Kita semai satu tindakan,,,

Maka,,, Kita akan tuai satu tabiat…

Apabila,,, Kita semai satu tabiat,,,

Maka,,, Kita akan tuai satu perangai…

Dan,,, Apabila,,, Kita semai satu perangai,,,

Maka,,, Kita akan tuai satu nasib…

Dalam menyemai kepimpinan terbaik,,, maka benih yang terbaik mestilah dipilih… Bukan hanya membiarkan nasib menentukan tumbuh atau mati semaian kita… Melainkan kita yang bertindak dalam usaha memilih dan menjaganya… Segala usaha juga tidak beerti tanpa tawakkal kepada Allah s.w.t...

Dalam kepimpinanan,,, kita dipandu oleh pelbagai data dan fakta,,, serta pemahaman yang baik antara idealisme dan realiti…

Maka keperluan memiliki pemikiran strategik dan reflektif adalah penting dalam mendekati sesuatu masalah adalah penting,,, dan akhirnya kita akan mempunyai perancangan yang rapi dan teliti bagaimana sesuatu isu itu dapat ditangani dengan bijaksana… Dan sesuatu masalah itu akan dapat diselesaikan dengan baik… Inilah asas pemikiran proaktif yang patut dikembangkan di dalam generasi termahal...

Wallahu’alam…


---------------------------------------------------------------------------------------------

‘Pemimpin yang bersyukur adalah orang yang selalu berusaha agar dirinya menjadi teladan bagi orang lain, terutama bagi orang yang dipimpinnya.’

GENERASI TERMAHAL

Sudah agak terlewat bagi aku untuk membuat catatan pada bulan ini… Dengan jadual cuti yang padat dengan pelbagai aktiviti,,, seminar-seminar,,, kursus-kursus dan pelbagai lagi yang aku tempuhi sehingga hari dimana aku ada kesempatan membuat catatan ini…

Tetapi bukan bererti segalanya sudah habis bagi sesi ini,,, cuma sekadar memberi kesempatan kepada untuk mencatat sedikit ringkasan mengenai hal yang menyelubungi di persekitaran kita…

Oleh kerana,,, kebangkitan merupakan naluri umat Islam,,, maka apabila kerja-kerja dakwah mula berkurang dan menyusut akan kekuatannya,,, akan segera datang dari golongan mereka yang menggerakkan dan kembali membangunkan kerja-kerja dakwah tersebut… Allah s.w.t akan mendatangkan manusia-manusia dari para mujaddid serta pembawa risalah kebenaran (Islam) dari pelbagai pelosok tempat dari kalangan masyarakat muslim…

Kebangkitan ini menjadikan umat Islam kembali kukuh dalam aqidah,,, tauhid,,, ibadah dan akhlak… Pada suatu ketika masjid yang dahulunya kebanyakkan dipenuhi oleh generasi tua,,, kini berubah wajah dengan kehadiran para pemuda pencinta Islam yang mengimarahkannya… Begitu juga di lapangan ibadah-ibadah lain seperti ibadah Haji dan umrah hatta di medan jihad sekalipun… Para pemuda adalah kelompok terbesar dalam menunaikannya…

Apabila kita mengerti dengan sebenarnya akan kelahiran kebangkitan Islam ini,,, maka kita akan ketahui bahawa akan wujud dan datangnya serangan dari pelbagai penjuru… Akan lahir pelbagai ajaran dan motivasi penjajahan… Para penjajah dalam perang imperialis moden ini bukan hanya berperang dengan sekadar menunjukkan kekuatan,,, bukan hanya sekadar mencapai kemenangan mengalahkan umat Islam di medan perang,,, tetapi mereka datang dengan membawa misi (tuhan dan harta)… Juga lahirlah golongan mubaddid iaitu pemecah belah umat,,, bukan pembaharu…

Imperialis moden juga mula menukarkan pakaian ketenteraan dengan pakaian kebudayaan dan pemikiran… Mereka menanam pelbagai pencemaran kebudayaan dan pemikiran di atas setiap peringkat generasi umat Islam… Baik dari seorang budak yang baru hendak belajar bercakap sehinggalah seorang insan tua yang sudah tidak berdaya… Mereka bukan sekadar memasang impian tetapi melancarkan serangan demi serangan…

Sebagai generasi termahal atau berharga,,, maka pemuda-pemudi yang merupakan saham-saham terpenting mula dilihat sebagai sasaran utama oleh para Imperialis Moden… Mereka menghidangkan pelbagai program,,, dan siri-siri motivasi penjajahan keatas minda generasi termahal ini…

Generasi pemuda pada majoritinya berada dalam kelompok golongan mahasiswa,,, maka perkara yang paling dekat dengan persekitaran ini adalah berkisarkan kepada pendidikan…

Maka apakah perkaitan dengan pendidikan ini???

Dalam sesi seminar yang terbaru ini,,, aku melihat perlakuan penjajahan pemikiran itu dari apa yang disampaikan oleh mereka yang kebanyakkannya dengan berlatarbelakangkan pendidikan barat,,, bukan beerti ilmu dari barat itu semuanya salah…

Tetapi aku melihat apa yang menerjah masuk ke dalam pemikiran mereka ialah satu persalinan lengkap sistem yang membuat keraguan tentang Islam,,, struktur Islam dan kemampuan Islam dalam mengejar kemajuan dan teknologi yang telah dicapai oleh bangsa Eropah (Barat) yang menjauhkan agama dari kehidupannya… Walhal Islam adalah pendahulu segala bentuk kemajuan dunia dan akhirat… Tetapi,,, mereka meletakkan Islam itu sebagai perintang pertama kemajuan di dalam semua bidang…

Dengan pelbagai gaya bahasa dan istilah halus yang digunakan,,, dapat aku kutip beberapa ucapan yang disampaikan iaitu; mereka meletakkan pemikiran Islam itu sebagai pemikiran tradisional,,, cara hidup Islam sebagai budaya atau adat (boleh diubah dan dilanggar),,, setiap pandangan alim ulama walaupun bersandarkan nas-nas yang kukuh perlu dipersoalkan (kerana dianggap sebagai pemikiran yang kreatif),,, menyamakan kepercayaan alam ghaib antara semua agama adalah sama dan menganggap itu bukan hidup yang realiti (tiada faedah),,,berkaitan dengan azab kubur pula dikatakan sebagai cerita yang tidak ilmiah,,, mengagungkan cara hidup,,, bahasa,,, pakaian dan segala dari barat itu sebagai simbol tarikan,,, keyakinan dan layanan terbaik kepada semua generasi,,, mempopularkan tokoh-tokoh Yahudi dan Eropah yang berjaya dari segi ukuran material (mereka berjaya kerana tiada halangan ‘tradisional’)…

Oleh kerana saham-saham tertinggi umat Islam berada pada generasi pemuda,,, dan golongan ini pula merupakan golongan terbesar dalam cabang menuntut ilmu samada sebagai murid-murid,,, para pelajar,,, golongan mahasiswa dan bakal menjadi generasi pendidik pada masa akan datang,,, mereka merupakan golongan yang amat dahagakan segala ilmu pengetahuan dunia dan akhirat,,, maka tidak hairanlah mereka kini dihidangkan dengan minuman yang bercampur aduk dengan pelbagai perisa kebatilan atau minuman yang ditapis supaya dipisahkannya dari zat kebajikan…

Pertama sekali kita dapat melihat pada situasi pembelajaran kita sekarang,,, iaitu sistem dikotomi pendidikan atau berlakunya pengasingan antara pendidikan agama dan pendidikan akademik dalam sistem pendidikan yang dihadapi sekarang… Sistem ini akan mencampakkan manusia ke dalam lautan nafsu,,, kerana tiada yang dipegang sebagai batasan dan pengikat kepada kekuatan hasutan nafsu…

Menurut seorang orientalis; Syatilyn dalam bukunya (Al-Gharaha Alal Alami Islami),, dia berkata: “Gelas dan artis mampu menghancurkan umat Muhammad daripada seribu meriam… Maka tenggelamkanlah umat Muhammad dalam cinta material dan syahwat…”

Kedua,,, mendirikan sekolah-sekolah dan memberikan pendidikan dengan sukarela dan percuma kepada masyarakat khususnya di negara-negara umat Islam… Mereka sanggup berbelanja dan mengeluarkan segala apa yang ada untuk mewujudkan kelas pendidikan di pelbagai peringkat,,, bermula di peringkat prasekolah mereka akan memberi pendidikan ala kebaratan dengan menyusui anak-anak umat Islam dengan susu formula yang diadun dengan ramuan sambil menghembuskan racun-racun terhadap pemikiran seperti nyanyian memuji tuhan selain Allah s.w.t,,, iringan muzik tempat-tempat ibadah bukan Islam,,, cerita-cerita dari kitab selain Al-Quran dan Hadis nabi s.a.w. dan pelbagai lagi tindakan dengan harapan minda yang bersih dicorak dengan pelbagai jalur pemikiran membenci Islam…

Tidak lain tidak bukan,,, Kitalah orang yang bertanggungjawab menghantar generasi para pembela ke tempat permulaan sistem pendidikan yang betul…

Ketiga,,, memberikan biasiswa kepada anak-anak kaum muslimin untuk menuntut ilmu di negaranya,,, maka ini adalah peluang mereka untuk merosakkan keperibadian orang Islam dengan mengisi pemikiran-pemikiran serta pemahaman yang salah tentang Islam… Mereka akan pulang ke negara asal mereka,,, iaitu negara umat Islam bukan dengan ilmu yang bermanfaat sahaja tetapi pemikiran yang keliru dan merosakkan untuk disampaikan kepada masyarakat…

Maka akan lahirlah tokoh intelektual yang dibanggakan dengan kelulusan dari universiti-universiti yang diberi nama bukan ternama kerana di situ tiada kejujuran dalam menyampaikan ilmu… Tokoh-tokoh dari universiti ini akan diangkat memegang jawatan penting dan strategic oleh kebanyakkan pemerintah yang juga anak didik dari proses pembaratan (seperti yang dibincangkan dalam bab pembaratan),,, mereka ini akan meremehkan para pendidik agama dan meninggalkan persepsi buruk kepada masyarakat mengenai pendidik agama dengan istilah seperti radikal,,, ekstremis,,, anti-establishment,,, ketinggalan dan sebagainya…

Tokoh-tokoh universiti barat ini akan dilabelkan sebagai membawa pembaharuan kerana mampu melakukan segala yang dilarang oleh Islam untuk dilakukan dengan alasan bahawa ia hanya melanggar adat atau ‘tradisional’ yang menjadi amalan dan menghalang kemajuan masyarakat setempat…

Keseluruhannya,,, dalam persekitaran yang dicemari dengan pelbagai sistem ini,,, haruslah kita ingati dan waspada dalam meletakkan kepentingan sistem pendidikan supaya tidak terpesong oleh dakyah-dakyah para pembarat dan juga pembatu-pembantu mereka di muka bumi umat Islam dan seluruhnya… Kita mesti mempersiapkan diri melalui usaha mencari dan menuntut ilmu-ilmu agama Islam yang dipinggirkan atau dipisahkan supaya menjadi generasi yang termahal…

Wallahu’alam…

‘Musthafa Assibai berkata: Setengah pintar yang disertai tawadhu (rendah hati) lebih disenangi oleh hati manusia dan lebih bermanfaat bagi masyarakat dibandingkan dengan kecerdasan dan kepandaian yang tinggi yang disertai dengan kesombongan.‘

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme