Haram pakai baju menyamai Santa Claus



Haram pakai baju samai Santa Claus
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
2010/12/24

Catatan kali ini merupakan penerbitan semula,,, dari sebuah akhbar tempatan sebagai tanggungjawab kita untuk berpesan-pesan sesama muslim... Kerana masyarakat sekarang sudah semakin jauh dan mudah terpengaruh untuk menerima apa-apa sahaja,,, tanpa menyedari hakikat sebenar perbuatannya itu...

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.


Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.

Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.


Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

SALAM MAAL HIJRAH - 1432

Salam ukhuwwah dan salam maal hijrah 1432,,,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432... Kullu Aam Wa Antum Bikhair,,, kepada seluruh umat Islam.
..

Marilah bersama-sama kita tanamkan tekad dihati sanubari masing-masing,,, supaya dapat dipertingkatkan segala amal ibadah dari biasa,,, perteguhkan akidah,,, dilipat gandakan usaha dakwah,,,
semoga semua amalan kita di terima dan segala dosa kita diampunkan oleh-Nya... Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia,,, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini... InsyaAllah...

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari,,, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki):

Teka-Teki #1

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1 : "Orang tua."
Murid 2 : "Guru."
Murid 3 : "Teman."
Murid 4 : "Kaum kerabat."

Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)."


Teka-Teki #2

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 : "Negeri China."
Murid 2 : "Bulan."
Murid 3 : "Matahari."
Murid 4 : "Bintang-bintang."

Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."

Teka-Teki #3

Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1 : "Gunung."
Murid 2 : "Matahari."
Murid 3 : "Bumi."

Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU

(Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka."

Teka-Teki #4

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1 : "Baja."
Murid 2 : "Besi."
Murid 3 : "Gajah."

Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah."

Teka-Teki #5

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1 : "Kapas."
Murid 2 : "Angin."
Murid 3 : "Debu."
Murid 4 : "Daun-daun."

Imam Ghazali : "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Teka-Teki #6


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"

Murid-murid dengan serentak menjawab : "Pedang."

Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."


TAADUD JAMAAH DAN TAQRIB PERJUANGAN...













BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM,,,

Pertama sekali aku ingin menjelaskan tujuan penulisan kali ini adalah penjelasan kepada beberapa perkara yang sering diperbincangkan... Penulisan ini juga TIDAK sesuai bagi mereka yang ada masalah hati dan TIDAK berlapang dada dengan pandangan orang lain... Sebagai peringatan,,, tulisan dan link di sini TIDAK perlu dibaca oleh orang yang menganggap berjemaah dan persoalan menganggotai jemaah (ta`addud) adalah perkara cabang (furu`) yang tidak perlu dibincangkan...


Setiap pecinta Islam sewajarnya berfikir dengan penuh keikhlasan dan kesedaran untuk menentukan mauqif untuk mengintima di dalam satu-satu jamaah supaya tidak kecewa di dalam menghitung umur kehidupan dan kerugian di dalam mengumpul pahala keredhaan Allah s.w.t di hari kiamat kelak...


  1. Kertas Kerja Gerakan Islam, Satu Sejarah & Pengalaman (PENTING,,, SILA KLIK SINI)

Setiap jamaah itu tidak terlepas daripada kesilapan dan kelemahan... Tetapi kesilapan dan kelemahan-kelemahan itu boleh diperbaiki dan dan diperbetulkan dengan baik,,, bukannya dengan menubuhkan jamaah baru... Perkara ini amat-amat ditegah oleh agama Islam... Bahkan jamaah-jamaah yang wujud selepas itu dengan rasa tidak puas hati bukan sahaja memecahbelahkan umat Islam,,, tetapi tidak terlepas juga daripada kesilapan dan kekurangan... Maka lahirlah jamaah takhasus ini...

Sebagai ingatan bersama,,, carilah kebenaran,,, JANGAN fanatik dan TAKSUB dengan diri sendiri semoga kita diredhai dengan keikhlasan berdakwah di jalan Allah s.w.t...

Jangan biarkan diri menjadi laksana orang buta yang memegang kaki gajah akan mengatakan rupa gajah itu seperti tiang...

Orang buta yang memegang belalai mengatakan rupa gajah seperti ular,,, orang buta yang memegang badan gajah mengatakan rupa gajah seperti dinding...


Yang memegang telinga mengatakan rupa gajah seperti kipas... Sebaliknya orang buta yang bijak akan mendengar pandangan orang-orang buta yang lain... Si buta yang bijak akan dapat membayangkan rupa gajah yang sebenar dengan mendengar pendapat dan pandangan dari semua orang-orang buta tadi...

Manakala si buta yang taksub terus berpegang kepada pandangan dia sahaja dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain,,, dan teruslah dia mentafsirkan rupa gajah secara yang tidak tepat... Oleh itu bukalah fikiran kita untuk menerima pandangan orang lain dengan ikhlas,,, barulah kita akan mendapat gambaran Islam yang lebih tepat... Jangan taksub dengan apa yang dimiliki kononnya kita lebih dahulu makan garam,,, kita ada kelulusan yang tinggi,,, memiliki title doctor,,, professor dll,,, sebab kedudukan atau jawatan yang besar,,, kerana kekayaan dimiliki dan segala kesombongan diri lain yang sebenarnya menjauhkan diri dari kejujuran dan kebenaran dalam penyampaian...


Maka para ulama’ yang ikhlas dan jujur dalam ilmu sahaja akan mentafsirkan Islam tanpa mengikut nafsu dan kepentingan mereka sahaja yang akan diterima oleh Allah s.w.t...


Penyelesaian yang dikemukakan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam taqrib jamaah iaitu:

“Saya berkata (تقارب) mendekatkan dan bukan kesatuan kerana saya tidak mengingkari taadud jamaah yang bekerja untuk Islam dan saya tidak tamak untuk menghimpunkan semua di dalam satu jamaah yang digabungkan oleh satu tanzim di bawah kepimpinan yang satu. Kesatuan adalah harapan yang indah tetapi perlaksanannya menyusun kesukaran-kesukaran yang tidak mudah diatasi melainkan manusia berubah menjadi malaikat yang mempunyai sayap-sayap.”(55)

Yang pastinya,,, usaha-usaha takarub tidak mahu dilaksanakan oleh jamaah-jamaah takhasus dan bergerak kearah berjauhan dan permusuhan...

“Setiap jamaah yang telah wujud haruslah membuat ketetapan dan persetujuan untuk bekerjasama ke arah pencapaian cita-cita dan matlamat. Firman Allah Taala :

وتعاونوا على البر والتقوى ولاتعاونوا على الاثم والعدوان

Maksudnya : “Tolong-menolonglah kamu untuk melakukan kebajikan dan takwa Dan jangan tolong-menolonglah kamu untuk kerja dosa dan permusuhan.”

(surah al-Maidah : 20)

Tanpa kejujuran dan keikhlasan ilmu maka kita akan taksub dalam menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat... Sehingga memperlekehkan jemaah dan kumpulan-kumpulan lain,,, menyembunyikan kebenaran fakta dan sejarah... Mereka ini takjub dan merasa besar diri serta kagum terhadap perjuangan yang dibawa sendiri... Yang mengenepikan syarat-syarat ulamak untuk membentuk satu kesatuan yang kuat...


Menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan menggali ilmu Islam dari berbagai sumber dan pandangan... Dari situ barulah kita akan mendapat gambaran Islam itu secara tepat... Adalah tidak betul kalau kita hanya taksub kepada satu guru atau pandangan sahaja... Elakkan mencari kesalahan orang lain dan jadilah manusia yang bijak memanfaatkan ruang dan peluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah ummah yang sekian parah...


Yang idealnya sekarang kita wajar mencari satu formula kebersamaan bagi mencapai satu solusi agar agenda dakwah Islam kian rancak walau dalam bidang,,, platform dan wasilah mana kita ditempatkan... Menjadi keutamaan adalah kita terus berjuang dan menyumbang...


Aku yakin orang yang bijaksana dan mempunyai asas kefahaman yang jelas akan dapat memikirkan dengan baik apa yang ingin disampaikan di sini... Ada baiknya,,, kalau sekarang kita berbincang tentang penyelesaian bagi banyak gejala dan masalah dalam masyarakat dan ummat Islam,,, isu-isu semasa dari segi ekonomi,,, politik,,, social dan yang boleh menjurus kepada satu persefahaman yang dapat melahirkan satu tindakan sepunya bersama... Jangan dikala masyarakat semakin musnah kita hanya masih bergaduh kerana hanya berebut untuk mendapatkan anggota usrah dan menghukum antara satu sama lain...


Wallahu’alam...


ANUGERAH AKAL...


Suatu kisah di mana Jibril a.s telah datang kepada Nabi Adam a.s lalu berkata: Kedatanganku kali ini membawa tiga perkara,,, maka pilihlah satu diantara ketiga-tiganya...

Nabi Adam a.s menjawab: apakah tiga perkara itu wahai Jibril???

Jibril a.s menjawab: pertama akal,,, kedua agama dan ketiga malu...

Nabi Adam a.s menjawab: pilihanku ialah akal...

Maka Jibril a.s pun berkata kepada “agama” dan “malu”: pergilah kamu berdua kerana Adam a.s telah memilih akal...

Kedua-duanya kemudian menjawab: kami berdua mendapat perintah untuk mendampingi akal di mana sahaja ia berada...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme