Apakah perkara yang sama akan berlaku di Mesir pula???



Pada tahun 1924, Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan Khalifah lalu menjadi pemerintah di Turki. Kemudian beliau merencana pelbagai kekacauan dan kemusnahan lalu menuduh mereka yang kuat agama melakukannya. Akibatnya alim ulama dibunuh malah mereka yang memakai serban dan jubah juga turut dibunuh.

Atas nama inginkan kemajuan, Mustafa Kamal Ataturk menghapuskan sisterm khalifah dan menukar Negara Turki menjadi Negara sekular. Ekoran dari itu masjid ditutup, dijadikan kandang kuda dan gudang. Kegiatan dakwah dilarang malah menyebut nama Allah dianggap satu kesalahan. 


Apakah perkara yang sama akan berlaku di Mesir pula?. Setelah Sisi berjaya menjatuhkan Presiden Mesir yang telah dipilih rakyat melalui pilihanraya, berlaku pembunuhan terhadap rakyatnya sendiri. Masjid diserbu dan dibakar malah hospital juga turut dimusnahkan.



Jika pemimpin yang zalim seperti sisi ini terus berkuasa tidak mustahil beliau sanggup melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk semasa memerintah Turki.

Sekiranya Sisi terus berkuasa, pihak pertama yang dihapuskannya ialah Ikhwan Muslimin diikuti gerakan Islam yang lain. Akhirnya Mesir menjadi Negara yang tidak ada lagi gerakan Islam.

Ramai yang memuji sikap pemimpin Turki yang bersuara lantang menentang kekejaman yang berlaku di Mesir. Semoga Turki tidak mengulangi sikap kerajaan Uthmaniyah di suatu ketika dahulu yang berdiam diri terhadap apa yang di lakukan Ratu Isabella terhadap umat Islam di Sepanyol. 

Ramai yang memuji rakyat Mesir yang sanggup mendedahkan diri dengan maut akibat ditembak oleh polis, tentera dan samseng demi untuk sebuah perjuangan masa depan agama, bangsa dan negara mereka..

Abdul Latip Talib...

0 Response to "Apakah perkara yang sama akan berlaku di Mesir pula???"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme