Sambutan Ambang Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Kedah...


Sambutan Ambang Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Kedah


ALOR SETAR – Sambutan Ambang Sejahtera 2013 Peringkat Negeri Kedah dijangkakan meriah dengan pengisian yang menarik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Program yang akan diadakan pada 31 Disember 2012, bertempat di Dataran Tasik Darul Aman, Jitra, akan dimulakan seawal  2.30 petang  dengan konvoi bermotor ARC dan  berkumpul di dataran berkenaan.

Pengunjung juga dihidangkan dengan pertunjukan kayuhan basikal selain menyaksikan permainan ‘remote control’ bot, kereta dan helikopter. Seni kebudayaan kaum cina, Chinggei, turut memeriahkan program pada sebelah petang.

Pada peminat ‘Car Audio’, jangan lepaskan peluang kerana pihak penganjur juga mengadakan pameran berkenaan untuk mereka yang berminat.

Selain itu, berita gembira untuk peminat bola sepak, pada sebelah petang itu juga akan diadakan Ramah Mesra Team Liga Perdana Skuad Kenari dan kesempatan ini peminat-peminat bola sepak bolehlah mengambil peluang berjumpa dengan mereka secara lebih dekat lagi.

Pada sebelah malamnya pula, sementara menanti ketibaan Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, pengunjung akan dihidangkan dengan alunan gendang tiga kaum dan persembahan nasyid dari kumpulan Dzil Afnan, Mestica dan penyanyi Ezad Lazim dari kumpulan Exist. Persembahan berkenaan akan dikendalikan oleh selebriti terkenal Leman Raja lawak dan Chik Galapagos.

Sambutan Ambang Sejahtera 2013 kali ini akan dipancarkan secara terus ke empat negeri iaitu selain dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Pengunjung-pengunjung di empat negeri tersebut akan berpeluang menonton secara terus ucapan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri berkenaan selain berpeluang menyaksikan program-program yang berlangsung.

Selain ucaptama dari Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad turut memberi ucapan sebagai Pengerusi Jawatankuasa majlis berkenaan.

Majlis anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu akan dimulakan pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam.

Jom Baca Al-Quran...


Orang yang selalu membaca al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca al-Quran kelebihan melimpah juga kepada mereka yang mendengar,,,, menghayati dan beramal dengannya... 


Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat...

Hadis daripada Uthman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain".


Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (QS. Fathir: 29-30).

Siapa Lelaki Gagah???

PERISTIWA SUBUH

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat [071212]- Ust Azhar Idrus



Mereka yang hadir...
Ribuan manusia berkumpul untuk mendengar ceramah UAI...

Kata-kata Mutiara Imam As-Syafie...


Tidaklah aku berbincang dengan seseorang, melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: tidaklah aku berbincang dengan seseorang, melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran di tangan orang itu.



Ketika ditanya: "Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab: "Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme