Al-kisahHarta Kekayaan Kita...


Tersebutlah kisah,,, pada suatu masa dahulu kala ada seorang raja yang sangat hebat lagi kaya raya... Rakyatnya hidup senang lenang dan rajanya lagilah amat senang lenang... Suatu hari dia mengadu tentang dirinya yang sakit... Sakitnya ini bukan sembarangan,,, tidak boleh makan dan tidak boleh menelan apa sahaja makanan... Berubatlah dia ke sana ke mari...

Akhirnya dipanggil sekelian dukun dan pawang yang semuanya handal-handal belaka... Berkata akan seorang dari dukun dan pawang itu “Penawarnya cuma tuanku perlu habiskan separuh harta tuanku sahaja”... Memikirkan hal itu,,,maka setujulah raja itu,,, asalkan dirinya boleh makan dan menelan makanan yang dihidangkan... Maka habislah hartanya yang separuh itu...

Syukur raja itu kerana dirinya sudah mula boleh makan dan menelan makanan yang dihidangkan... Namun tidak lama selepas itu,,, datang pula penyakit lain menyerangnya... Sakit pada perutnya yang datang memulas-mulas... Dipanggil lagi dukun dan sekelian pawing yang handal-handal tadi... Sudah dibaca mantera dan jampinya,,, maka kata pawang yang handal itu,,, “Boleh tuanku,,, penyakit ini boleh disembuhkan tuanku... Tetapi syaratnya tuanku kena habiskan harta tuanku yang separuh lagi itu”...

Apa jawapan raja itu??? Apa yang anda fikir tentang jawapannya???

Memang benar,,, sang raja itu sanggup menghabiskan separuh hartanya lagi demi tubuh badannya menjadi sihat... Bermakna habislah kesemua harta raja tersebut... Dan itulah nilai harta kekayaan yang kita ada di dunia ini...

0 Response to "Al-kisahHarta Kekayaan Kita..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme