Muammar Gaddafi










Kuasa media berkemampuan untuk memanipulasi gambaran sebenar seseorang pemimpin, seperti pemimpin yang baik dipandang buruk dan pemimpin yang zalim dipandang tinggi.

Sekarang ini, media antarabangsa banyak melaporkan tentang kezaliman yang dilakukan oleh Gadaffi seolah-olah tiada sagelumit kebaikan dilakukan oleh beliau.

Walaupun digelar sebagai ditaktor, pemerintah ala tentera dan kuku besi. Secara faktanya beliau juga melaksanakan beberapa dasar demi kebaikan rakyat Libya. ( Siapa pun dia sebenarnya dia lebih baik dari Pemimpin kita...Itulah sebab didibenci Amerika dan Yahudi...)

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

  • Beberapa peratus dari hasil jualan syarikat minyak Libya didepositkan terus ke dalam akaun warga Libya.
  • Jangka hayat rakyatnya telah meningkat dari 44 tahun kepada 75 tahun
  • Kadar celik huruf meningkat dari 20% kepada 83%
  • Seluruh warga Libya mendapat ubat-ubatan, perkhidmatan doktor di hospital dan klinik secara PERCUMA!. Kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
  • Tiada bil elektrik di Libya. Bekalan elektrik PERCUMA di Libya.
  • Harga minyak hanya USD0.14 (RM0.43) sahaja di Libya.
  • Penganggur menerima elaun khas daripada kerajaan sehingga mendapat pekerjaan.
  • Ibu yang baru melahirkan anak akan diberikan saguhati USD5000 (RM15,600).
  • Makanan asas disubsidi oleh kerajaan
  • Gadaffi melaksanakan projek saliran besar-besaran bagi pembangunan pertanian dan menampung keperluan bahan makanan.
  • Gadaffi telah membelanjakan berbillion dolar dalam projek "Great Man Made River" iaitu projek saliran terbesar di dunia bagi membekalkan air ke kawasan penempatan penduduknya di gurun.
  • Sesiapa di antara warganya yang berminat untuk menjadi petani akan dibekalkan secara PERCUMA sebidang tanah, rumah, kelengkapan pertanian, ternakan dan benih.
  • Golongan wanita diberi hak sama rata untuk belajar, bekerja dan berkhidmat di dalam ketenteraan. Tiada diskriminasi wanita berbanding negara arab lain yang menyekat beberapa hak asas wanita.
  • Pasangan yang baru berkahwin akan diberikan saguhati sebanyak USD50,000 bagi memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri.
  • Gadaffi antara yang pertama dan satu-satunya pemimpin arab yang memohon maaf secara terbuka di atas aktiviti pemerdagangan hamba di rantau arab.
  • Gadaffi telah melancarkan satelit komunikasi ke orbit. Pencapaian ini telah menyebabkan keuntungan syarikat telekomunikasi Eropah menyusut.
  • Gadaffi telah berikrar bahawa ibu bapanya yang tinggal di dalam Khemah di gurun tidak akan diberikan rumah, sehingga seluruh warga Libya memiliki rumah. Beliau mengotakan kata-katanya.
  • Kerajaan Libya akan menanggung 50% dari harga kereta yang dibeli oleh rakyatnya. Banyak betul 50%.
  • Ekonomi Libya meningkat dengan mendadak sehingga 10% pada 2010. Libya juga tidak mempunyai sebarang hutang luar. Rizab terkumpul Libya melebihi USD150 billion.
  • Gadaffi mengasas dan menyalurkan dana ke Kesatuan Afrika (AU) bagi membentuk "United States of Africa". Perkara ini paling tidak disenangi oleh pihak barat.


Semua itu tidak membawa makna lagi setelah pemerintahan beliau digulingkan dan terbunuh.

Gadaffi bukanlah insan sempurna, sama seperti kita semua. Dalam "tweeter" milik seorang menteri, Farrakhan pada 30 Ogos lalu memberitahu bahawa tiada seorang pemimpin didunia ini di sayangi dan di sanjung oleh semua rakyatnya. Itu lah yang terjadi pada Gadaffi sekarang.

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan yang dilakukan oleh Gadaffi sepanjang hayatnya. Tapi adakah kita benar-benar peduli!

Sumber: Global Grind &

http://static.guim.co.uk/sys-images/Guardian/Pix/pictures/2011/2/21/1298300987878/1992-Colonel-Gaddafi-visi-026.jpg

http://idhamlim.blogspot.com/2011/10/tahukah-anda-siapa-muammar-gaddafi.html

0 Response to "Muammar Gaddafi"

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme