Bukan nama ukhuwwah untuk berbuat dosa


Memandangkan Facebook kini menjadi sebuah laman sosial yang paling menonjol dan berpengaruh ketika ini… Namun di sebalik penggunaan facebook,,, terdapat dosa-dosa yang berlegar-legar tanpa kira masa dan tempat


Entri kali ini adalah penerbitan semula sebuah artikel menarik yang dipetik daripada Majalah Solusi,,, Isu 37,,, karangan Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman…


Antara perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, tentang Dosa yang Bersarang di Facebook:


Mendedahkan keaiban suami atau isteri: Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka.


Terlebih gambar: Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran “nafsu. Wanita menjadi pameran lelaki umum? Dosa jawabnya.


Penyamaran: Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi “friend”, lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepda orang yang tidak sepatutnya. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga.


Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan: Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti.


“Tagging” tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat: Terdapat “trend” memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat. Justeru penyebarannya adalah haram. Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain.


Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri: Ada juga mereka yang dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and “extra caution” dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani. Apabila tersiar gambar-gambar “extra caution” itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata “zaman solehah”, “zaman innocent”, “zaman suci” dan sebagainya. Adakah sekarang anda sudah tidak suci? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah? Anda yang mengutuk diri anda sendiri.


Sekadar buat renungan dan peringatan buat diri, dan mungkin juga buat anda, pembaca yang dihormati.


Sumber: Majalah Solusi

Muammar Gaddafi










Kuasa media berkemampuan untuk memanipulasi gambaran sebenar seseorang pemimpin, seperti pemimpin yang baik dipandang buruk dan pemimpin yang zalim dipandang tinggi.

Sekarang ini, media antarabangsa banyak melaporkan tentang kezaliman yang dilakukan oleh Gadaffi seolah-olah tiada sagelumit kebaikan dilakukan oleh beliau.

Walaupun digelar sebagai ditaktor, pemerintah ala tentera dan kuku besi. Secara faktanya beliau juga melaksanakan beberapa dasar demi kebaikan rakyat Libya. ( Siapa pun dia sebenarnya dia lebih baik dari Pemimpin kita...Itulah sebab didibenci Amerika dan Yahudi...)

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

  • Beberapa peratus dari hasil jualan syarikat minyak Libya didepositkan terus ke dalam akaun warga Libya.
  • Jangka hayat rakyatnya telah meningkat dari 44 tahun kepada 75 tahun
  • Kadar celik huruf meningkat dari 20% kepada 83%
  • Seluruh warga Libya mendapat ubat-ubatan, perkhidmatan doktor di hospital dan klinik secara PERCUMA!. Kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
  • Tiada bil elektrik di Libya. Bekalan elektrik PERCUMA di Libya.
  • Harga minyak hanya USD0.14 (RM0.43) sahaja di Libya.
  • Penganggur menerima elaun khas daripada kerajaan sehingga mendapat pekerjaan.
  • Ibu yang baru melahirkan anak akan diberikan saguhati USD5000 (RM15,600).
  • Makanan asas disubsidi oleh kerajaan
  • Gadaffi melaksanakan projek saliran besar-besaran bagi pembangunan pertanian dan menampung keperluan bahan makanan.
  • Gadaffi telah membelanjakan berbillion dolar dalam projek "Great Man Made River" iaitu projek saliran terbesar di dunia bagi membekalkan air ke kawasan penempatan penduduknya di gurun.
  • Sesiapa di antara warganya yang berminat untuk menjadi petani akan dibekalkan secara PERCUMA sebidang tanah, rumah, kelengkapan pertanian, ternakan dan benih.
  • Golongan wanita diberi hak sama rata untuk belajar, bekerja dan berkhidmat di dalam ketenteraan. Tiada diskriminasi wanita berbanding negara arab lain yang menyekat beberapa hak asas wanita.
  • Pasangan yang baru berkahwin akan diberikan saguhati sebanyak USD50,000 bagi memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri.
  • Gadaffi antara yang pertama dan satu-satunya pemimpin arab yang memohon maaf secara terbuka di atas aktiviti pemerdagangan hamba di rantau arab.
  • Gadaffi telah melancarkan satelit komunikasi ke orbit. Pencapaian ini telah menyebabkan keuntungan syarikat telekomunikasi Eropah menyusut.
  • Gadaffi telah berikrar bahawa ibu bapanya yang tinggal di dalam Khemah di gurun tidak akan diberikan rumah, sehingga seluruh warga Libya memiliki rumah. Beliau mengotakan kata-katanya.
  • Kerajaan Libya akan menanggung 50% dari harga kereta yang dibeli oleh rakyatnya. Banyak betul 50%.
  • Ekonomi Libya meningkat dengan mendadak sehingga 10% pada 2010. Libya juga tidak mempunyai sebarang hutang luar. Rizab terkumpul Libya melebihi USD150 billion.
  • Gadaffi mengasas dan menyalurkan dana ke Kesatuan Afrika (AU) bagi membentuk "United States of Africa". Perkara ini paling tidak disenangi oleh pihak barat.


Semua itu tidak membawa makna lagi setelah pemerintahan beliau digulingkan dan terbunuh.

Gadaffi bukanlah insan sempurna, sama seperti kita semua. Dalam "tweeter" milik seorang menteri, Farrakhan pada 30 Ogos lalu memberitahu bahawa tiada seorang pemimpin didunia ini di sayangi dan di sanjung oleh semua rakyatnya. Itu lah yang terjadi pada Gadaffi sekarang.

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan yang dilakukan oleh Gadaffi sepanjang hayatnya. Tapi adakah kita benar-benar peduli!

Sumber: Global Grind &

http://static.guim.co.uk/sys-images/Guardian/Pix/pictures/2011/2/21/1298300987878/1992-Colonel-Gaddafi-visi-026.jpg

http://idhamlim.blogspot.com/2011/10/tahukah-anda-siapa-muammar-gaddafi.html

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme