Semuanya sementara...



Pesanan untuk diriku...

Ada orang yang bijak pandai tetapi merasa kerana usaha sendiri...

Ada pula yang kaya,,, berpelajaran tinggi tetapi sombong dan angkuh... Kerana menganggap semua dia yang punya...

Ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain... Orang sombong akan memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka...

Kecantikan,,, kedudukan,,, harta benda,,, kejayaan akademik,,, jawatan dan gaji tinggi bukan mencermin kejayaan sebenar...

Walaupun berjaya menjadi orang yang bijak,,, berjawatan dan memiliki lain kelebihan,,, tetapi kenyataannya,,, kita masih gagal menanam dalam diri nilai-nilai kehidupan insan murni dan akhlak yang baik dan beradab agar dapat menjadi contoh kepada keluarga dan masyarakat...

Keperluan kita untuk memeriksa diri sama ada perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak... Kerana penawarnya ada di tangan sendiri...

Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan akhirat... Di dunia,,, susah payah hidup,,, kita tanggung sendirian... Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang... Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi... Kalau dia seorang bos pejabat,,, anak-anak buah akan menjauhkan diri,,, jika dia pemimpin,,, suatu hari nanti ia akan digulingkan dan dijatuhkan serendah-rendahnya... Penyakit sombong hanya akan memakan diri...

Tetapi bukanlah semua orang yang kaya,,, berjawatan,,, berjaya dan berharta itu sombong,,, ego atau berlagak... Tetapi mereka menjadi orang kaya,,, berjawatan,,, berjaya dan berharta yang pemurah,,, jujur,,, ikhlas dan sedia membantu orang lain... Kerana mereka sentiasa ingat bahawa kekayaan dan jawatan yang diperolehi adalah sementara... Dunia ni tempat tumpangan sementara saja... Akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya...

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

{Luqman:18-19}

0 Response to "Semuanya sementara..."

Post a Comment

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme