Kata-kata Hikmah















Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik...

Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik...

Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik...

Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah dari orang miskin itulebih baik...

Al-Fatihah,,, As-syahid As-syaikh Emad...


Kejatuhan Husni Mubarak disambut dgn teriakan gembira seluruh Mesir...

Pemergian guru kami As-syahid As-syaikh Emad ditangisi seluruh dunia ilmu...

Betapa besar bezanya Allah tunjukkan di dunia lagi...

Husni Mubarak "diselamatkan" dari terus menzalimi...

Syaikh Emad "diselamatkan" dengan dikurniakan anugerah As-syahid...

Syaikh ditembak dari jarak dekat,,, tanggal 16 Dis 2011 pada penghulu segala hari,,, Jumaat...

Beliaulah yang mengeluarkan fatwa haram mengundi parti pendokong Mubarak...

Pergilah engkau dgn tangisan kami di dunia,,,
mudah-mudahan penduduk langit menyambutmu dengan kemeriahan...

Al-Fatihah...

Al-kisahHarta Kekayaan Kita...


Tersebutlah kisah,,, pada suatu masa dahulu kala ada seorang raja yang sangat hebat lagi kaya raya... Rakyatnya hidup senang lenang dan rajanya lagilah amat senang lenang... Suatu hari dia mengadu tentang dirinya yang sakit... Sakitnya ini bukan sembarangan,,, tidak boleh makan dan tidak boleh menelan apa sahaja makanan... Berubatlah dia ke sana ke mari...

Akhirnya dipanggil sekelian dukun dan pawang yang semuanya handal-handal belaka... Berkata akan seorang dari dukun dan pawang itu “Penawarnya cuma tuanku perlu habiskan separuh harta tuanku sahaja”... Memikirkan hal itu,,,maka setujulah raja itu,,, asalkan dirinya boleh makan dan menelan makanan yang dihidangkan... Maka habislah hartanya yang separuh itu...

Syukur raja itu kerana dirinya sudah mula boleh makan dan menelan makanan yang dihidangkan... Namun tidak lama selepas itu,,, datang pula penyakit lain menyerangnya... Sakit pada perutnya yang datang memulas-mulas... Dipanggil lagi dukun dan sekelian pawing yang handal-handal tadi... Sudah dibaca mantera dan jampinya,,, maka kata pawang yang handal itu,,, “Boleh tuanku,,, penyakit ini boleh disembuhkan tuanku... Tetapi syaratnya tuanku kena habiskan harta tuanku yang separuh lagi itu”...

Apa jawapan raja itu??? Apa yang anda fikir tentang jawapannya???

Memang benar,,, sang raja itu sanggup menghabiskan separuh hartanya lagi demi tubuh badannya menjadi sihat... Bermakna habislah kesemua harta raja tersebut... Dan itulah nilai harta kekayaan yang kita ada di dunia ini...

Ikhwan Muslimin dahului undi di Mesir...


KAHERAH 30 Nov. - Pergerakan Ikhwan Muslimin Mesir mendahului pusingan pembukaan pilihan raya Parlimen pasca revolusi pertama negara ini.

Akhbar Al-Ahram melaporkan, parti Islam yang ditubuhkan pergerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) selain parti-parti pergerakan Salafi, mendahului kiraan undi di enam wilayah.

Menurut akhbar harian bebas Al-Shorouk, di Kaherah, FJP memperolehi 47 peratus undi.

Pilihan raya pada Isnin dan Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah dan beberapa kawasan lain adalah peringkat pertama dalam pilihan raya untuk memilih anggota Dewan Rendah Parlimen.

Peringkat seterusnya akan dibuat pada bulan Disember ini dan Januari tahun depan. - AFP

Bulan Muharam...




Bulan Muharram iaitu permulaan bagi Kalendar Hijriah. Bulan yang dimuliakan ini menyimpan begitu banyak peristiwa penting bagi umat Islam terutamanya sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari kota Makkah al-Mukarramah ke kota Madinah al-Munawwarah yang akhirnya telah membawa kepada kecemerlangan umat Islam...

Di samping peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini,,, bulan Muharram juga mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri...

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah...

Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram...

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah,,, Zulhijjah,,, Muharam dan Rejab...

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut...

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)


Bukan nama ukhuwwah untuk berbuat dosa


Memandangkan Facebook kini menjadi sebuah laman sosial yang paling menonjol dan berpengaruh ketika ini… Namun di sebalik penggunaan facebook,,, terdapat dosa-dosa yang berlegar-legar tanpa kira masa dan tempat


Entri kali ini adalah penerbitan semula sebuah artikel menarik yang dipetik daripada Majalah Solusi,,, Isu 37,,, karangan Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman…


Antara perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, tentang Dosa yang Bersarang di Facebook:


Mendedahkan keaiban suami atau isteri: Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka.


Terlebih gambar: Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran “nafsu. Wanita menjadi pameran lelaki umum? Dosa jawabnya.


Penyamaran: Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi “friend”, lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepda orang yang tidak sepatutnya. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga.


Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan: Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti.


“Tagging” tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat: Terdapat “trend” memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat. Justeru penyebarannya adalah haram. Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain.


Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri: Ada juga mereka yang dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and “extra caution” dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani. Apabila tersiar gambar-gambar “extra caution” itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata “zaman solehah”, “zaman innocent”, “zaman suci” dan sebagainya. Adakah sekarang anda sudah tidak suci? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah? Anda yang mengutuk diri anda sendiri.


Sekadar buat renungan dan peringatan buat diri, dan mungkin juga buat anda, pembaca yang dihormati.


Sumber: Majalah Solusi

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme