Hiburan Melampau 'ala zoo'

ASSALAMUALAIKUM,,,

Catatan kali ini adalah penerbitan semula,,, yang aku rasakan perlu untuk dikongsi dan disampaikan kepada semua orang... Terutama generasi yang semakin terperangkap dengan pelbagai ideologi atau"isme-isme' yang tidak disedari...

Penulisan ini masih lagi menyentuh mengenai HEDONISME
... Secara umumnya,,, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat... Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’,,, melepak,,, mengunjungi pesta liburan,,, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini...

Kerana,,, manusia hari ini sudah dilatih dan dipujuk agar melupakan akhirat... Pujukan paling berkesan ialah pada menambah perisa kehidupan melalui HIBURAN... Hidup kita hari ini menjadi "hiburan centric"... Semua mesti ada unsur hiburan... Dari ringtone telefon hingga ke majlis agama,,, mesti hendakkan adanya unsur hiburan... Jika yang ditawar hanya makanan minda,,, maka bersedialah untuk ramai AJK dari peserta...

Kalau majlis ilmu pasti kurang mendapat sambutan... Tetapi kalau majlis lagu (hiburan) ia lebih makmur dan menerima kebanjiran serta tumpuan...

Apa kemungkinan yang menjadikannya begitu??? Adakah kerana sistem nilai manusia kini sudah rosak,,, atau majlis ilmu itu sendiri dianggap tidak punya nilai???

Mari kita berkongsi dan berfikir satu khutbah Jumaat oleh bekas Mufti Perlis,,, Dr Mohd Asri Zainul Abidin...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KANGAR, 2 Mei...

Jika sebuah pemerintahan negara itu boleh diubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat, mengapa tidak sebuah program hiburan yang tidak berprinsip juga diubah dengan kuasa rakyat, demikian intipati khutbah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Katanya, artis membawa budaya yang melampau, bercanggah serta merosakkan bangsa dan budaya Melayu, juga sering mengakibatkan penonton-penonton menjerit-jerit seperti dalam zoo adalah bertentangan dengan agama.

Semasa berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi, Asri menyentuh tentang program Jom Heboh di Perlis yang sibuk diperkatakan apatah lagi beliau sendiri menyatakan bantahan sekiranya program tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Islam bukanlah agama yang mengongkok sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.

"Festival Jom Heboh ini telah dibantah oleh beberapa buah negeri akibat pelbagai kontroversi yang timbul, sehingga ianya melangkah jauh beberapa negeri dan ia hinggap ke negeri ini. Kita bukan anti hiburan dengan mengatakan golongan muda, remaja hatta yang tuapun tak boleh berhibur, tapi mesti berperaturan.

"Kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan," katanya memberikan perumpamaan.

Katanya, setiap perkara mesti ada peraturannya dan Islam tidak pernah mengenal istilah hiburan tanpa batas atau hiburan tanpa had.

"Semua semua perkara ada 'rights and limits', ada hak dan hadnya maka apabila ia datang mestilah mengikut peraturan. Kita terkejut bila diiklankan ada artis yang dikenali bermasalah akan datang. Kita menegur bukan kerana beliau membuka baju tapi gelagatnya yangg berterusan. Kita mahu ada misi ada kejelasan.

"Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu identiti.

Tapi dalam masa yang sama kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka," tegasnya.

Asri juga melihat betapa buruknya apabila hiburan yang dicontohi dari barat dibawa ke dalam minda anak-anak muda di negara ini.

"Artis di Barat menjerit-jerit dan melompat-lompat, jeritan dan lompatan itu menghasil wang yang banyak untuk menyara mereka dan jadikan manusia seperti kita menjadi pengikut, maka kita menjadi hamba kepada media.

"Tetapi jeritan artis dan remaja kita hanya yang didengar ialah tentang isu, cerita keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.

"Kita bercakap tentang kemajuan, adakah remaja kita tidak maju kerana tidak tahu melompat atau menjerit? Maka kita tak dapat menerima artis rock di negeri ini, hiburan kita berperaturan kita tak dapat terima unsur khurafat, campur gaul yang melampaui batasan, pendedahan tubuh dan tidak menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak dapat membezakan waktu solat. Sebelum ini kedengaran muzik dan bunyi-bunyian mengatasi suara azan. Kita telah banyak dicandukan dengan hiburan seperti ini setiap kali ada pesta hiburan yang meruntuhkan moral anak-anak kita," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang pembabitan anak-anak orang Melayu/Islam yang ramai setiap kali berlangsungnya pesta hiburan.

"Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda yang kering-kontang adalah anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam.

"Keruntuhan moral, keciciran dalam pelajaran dan pelbagai-bagai lagi disebut sedangkan negara ini semakin hari semakin dikutip dan direbut oleh orang lain. Alangkah buruk dan bodohnya generasi ini jika mereka terus dibiarkan tenggelam dalam hal yang sedemikian.

"Kita bukan ekstrimis agama atau anti hiburan tapi kita mahu melihat generasi ini maju ke hadapan dan demikian tanggungjawab kepimpinan orang Islam mestilah berfikir untuk memajukan umat mereka," serunya.

Asri turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak agar tidak terbabit dalam Festival Jom Heboh di Perlis sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan.

"Jika tidak menurut peraturan, ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka tidak terlibat sama. Allah Taala mengingatkan 'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.

"Jika mematuhi aturan, bolehlah pergi melawat pameran atau hiburan yang tidak melampau. Tapi jika tidak patuh, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab memastikan unsur-unsur ini tidak meyusup masuk ke jiwa anak-anak.

"Jangan fikir kita sebagai ibu bapa siapalah kita untuk menghalang suatu program yang besar, tetapi hendaklah fikir kitalah yang bertanggungjawab dan memikul amanah.

"Jika pilihanraya yang membabitkan mengubah pemerintahan negara boleh dibubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat apabila setiap orang merubahnya, demikianlah juga hiburan, apabila ianya tidak berprinsip, ianya boleh diubah dengan kuasa rakyat," katanya lagi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu dia amat berhati-hati dalam menggunakan dan memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan."

HIBURAN ...



Begitu luas ruang untuk hiburan diberikan dalam kehidupan kita… sehinggakan dari sekecil-kecil usia sehinggakan sedewasa atau yang paling tua usia sekalipun turun terjelepok dalam kehidupan untuk hiburan… Dapatkah kita bayangkan,,, dalam setiap kehidupan kita kini segalanya yang dilakukan mesti dilakukan dan berkaitan dengan hiburan… Tidak percaya???

Cuba belajar dan kaji apa yang dihidangkan dihadapan kita… Televisyen??? Radio??? Akhbar-akhbar tempatan??? Majalah-majalah??? Papan-papan iklan??? Majlis-majlis dan sambutan-sambutan perayaan,,, keraian dan keramaian??? Mana satu yang tidak mengandungi hiburan sebagai perkara utama… Mungkin setiap orang ada contoh-contoh tersendiri bagi setiap wadah hidangan yang saya nyatakan ini… Semua ini dengan matlamat apa dan dari siapa???

Titik hitam permulaan keruntuhan moral masyarakat moden kini,,, bermula dengan wujudnya Protokol Zionis... Iaitu kata sepakat yang dicapai oleh cendekiawan dan pemikir bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl yang berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897... Terdapat 24 protokol yang dikenali sebagai ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ … Iaitu protocol dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti dan rapi… Dalam protocol ke-10,,, dinyatakan bahawa:

‘Pemikiran liberalisme akan ditanam dalam minda pemimpin negara-negara bukan Yahudi. Akibatnya kestabilan politik menjadi goyang dan pilihanraya dapat diatur. Kemenangan akan disusun agar pemimpin-pemimpin yang cenderung kepada Zionis akan beroleh kemenangan. Maka semua perancangan Yahudi akan dapat dilaksanakan olehnya’…

Bagi menyokong dan melicinkan pelaksanaan protocol ini,,, penyerapan doktrin hedonisme telah disemai agar menjadi budaya dalam kalangan masyarakat orang bukan Yahudi... Mereka menggunakan senjata
Song,,, Seks,,, Smoke (rokok) dan Sport dikelompokkan dalam 4S… Manakala Fun (hiburan)’,,, Female (perempuan), Fashion, dan Food dikelompokkan dalam 4F… Kesemuanya ini ditujukan khas kepada mereka terutamanya anak-anak muda dan remaja generasi pelapis umat Islam…

Untuk menjelaskan lagi betapa pentingnya hedonisme ini menjadi urat nadi manusia, Yahudi Zionis memberi penekanan sekali lagi sebagaimana yang terkandung dalam Protokol Ke-13 yang antara lain bermaksud seperti berikut:

"Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cediakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka. Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan & dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat’...

Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’… Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’… Mereka yang terjebak dengan hedonisme ini telah mengikat diri mereka dengan hiburan sebaik celik mata hinggalah menutup mata…

Bagi mereka yang terjebak dengan hedonism ini,,, hidupnya penuh diwarnai dengan hiburan… Dari pagi beralih ke tengah hariserta senja menyongsong petang dan malam yang semakin pekat,,, hiburan demi hiburan menjadi peneman setianya... Dari tv,,, radio,,, perisian computer,,, aplikasi internet hinggalah ke buku dan majalah,,, semuanya berbaur hiburan... Sebagai seorang Islam,,, terutama golongan cerdik pandai atau mahasiswa yang berpengetahuan,,, tidak sukar sekiranya untuk membezakan yang mana dinisbatkan sebagai hedonisme dan mana yang tidak…

Kita semua menyedari bahawa Islam itu syumul,,, (lengkap dan menyeluruh)... Islam tidak hanya ditafsirkan dari sudut ibadah dan ritual semata-mata... Islam itu Ad-Deen… Islam itu sebagai cara hidup… Lengkap dari pelbagai sudut dan aspek... Sebagai seorang Islam,,, mengapa harus menerima pakai ‘isme-isme’ yang lain...

Diakui,,, lahiriah manusia amat gemar kepada hiburan dan perayaan… Menjadi norma setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai hiburan dan perayaan-perayaannya yang tersendiri… Lazimnya perayaan ini diiringi dengan pesta dan keramaian... Pelbagai jenis hiburan dipertontonkan… Tarian,,, nyanyian dan iringan muzik dipersembahkan... Malah ada sesetengahnya yang melangkaui lebih jauh dari itu… Sehinggakan mengikuti dengan hiburan versi Yahudi atau versi Nasrani…

Berbeza dengan Islam,,, Allah s.w.t mensyariatkan agar umat Islam berhibur dan bergembira selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu… Malah di dalam kitab-kitab yang menerangkan tentang hukum fekah,,, jelas diterangkan jenis hiburan dan jenis alat muzik yang dibenarkan dalam Islam... Ini jelas menunjukkan betapa agama Islam turut memberikan ruang dan peluang untuk para penganutnya berhibur asalkan tidak ‘lagha’ (lalai) dan bertentangan dengan hukum syarak…

Ketagihan manusia kepada hiburan amat-amat menakutkan… Bukan kita tidak tahu akan mudaratnya,,, namun ketagihan dan tipu daya keseronokan syaitan yang menjerat mampu menarik manusia yang bertaubat kembali semula menjamah hiburan melampau ini…
Hindarilah hiburan melampau (hedonism)... Ingatlah kembali kepada pesanan Baginda s.a.w:

“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari (3269) dan Muslim (2669)]

Wallahu’alam…

--------------------------------------------------------------------------------------
“Sesungguhnya,,, usia mati kita lebih lama daripada usia hidup... Bekerjalah semasa hidup untuk membolehkan kita berehat semasa mati... Janganlah banyak berehat semasa hidup hingga menyebabkan kita dikerjakan selama mati!!!”

SALAM AIDILFITRI...

Hari lebaran ini hendaklah disambut dengan penuh ketaqwaan oleh kita yang bergelar muslim... Kita perlu mengikuti apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam menikmati hari lebaran ini... Penulisan kali ini adalah penerbitan semula yang ingin dikongsi bersama semoga membawa kita memahami dan melihat beberapa sunnah Rasulullah s.a.w. bersempena hari raya pada kali ini... Semoga Aidilfitri ini ditulis sebagai catatan pahala di sisi Allah s.w.t. bukannya maksiat di sisi-Nya...



1. Bertakbir

Ini merupakan amalan yang disyariatkan oleh agama Allah ini. Amalan bertakbir ini sunat dilakukan pada subuh syawal. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.


Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Tebal

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:


"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32


Bertakbir dengan cara di atas ini adalah bertujuan untuk menunjukkan syiar-syiar Islam kepada penduduk setempat.


2. Mengucapkan Taqabbalallahu Minna Wa Minka


Kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia akan mengucapkan ‘selamat hari raya, maaf zahir & batin’ kepada kenalan, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga.Walaubagaimanapun, apa yang tepat dengan amalan sunnah al-Salaf al-Saleh ialah mengucapkan ‘Taqabbalallahu Minna Wa Minka’.


Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:


“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


3. Meneruskan Qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadan.



4. Mandi Di Pagi 1 Syawal

Mandi ini disunatkan dilakukan di pagi aidilfitri sebelum menuju ke tempat Solat Sunat Aidil Fitri diadakan. Perkara ini pernah ditanyakan kepada Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a sama ada perlu untuk mandi setiap hari? Jawapannya ialah:


"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


5. Menjamah Makanan Sebelum Solat Aidil Fitri

Amalan ini adalah sunnah dan ia dilakukan oleh Rasulullah untuk memperlihatkan ramadhan sudah berakhir dan bermulanya syawal. Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Anas bin Malik r.a berkata:


“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.



6. Memakai Pakaian Yang Cantik-Cantik

Disunatkan untuk kaum muslimin memakai pakaian yang cantik-cantik dan berhias pada hari raya. Kata Imam al-Syafie r.h:


"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.


Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:


"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.


Semoga kita dapat menuruti sunnah ini dan dapat memilih pakaian yang paling baik, cantik, baru, mahal mengikut kemampuan masing-masing. Disunatkan juga bagi kaum muslimin memakai wangi-wangian tetapi tidak bagi kaum muslimat. Muslimat atau wanita, memakai perhiasan, bertabarruj adalah dilarang sehingga menarik perhatian lelaki. Ini merupakan suatu dosa dan dilarang. Rasulullah bersabda:


"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.


7. Berjalan Kaki Ke Tempat Menunaikan Solat Hari Raya

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:


"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.



8. Mengikuti Jalan Yang Berbeza Ketika Pergi Dan Kembali Dari Bersolat Sunat Hari Raya

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:


"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.


9. Tempat Perlaksanaan Solat Hari Raya.

Abu Said al-Khudri r.a berkata:


"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.


10. Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:


"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.


11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:


"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.



12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:


"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.


Rujukan:

Tulisan Ust Mohd Yakub Bin Mohd Yunus

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai seorang muslim, setiap amalan yang hendak dilakukan hendaklah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w... Mudah-mudahan,,, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh ketaqwaan,,, keikhlasan,,, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah S.W.T...

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme