Penasihat Sheikh Al Azhar Bantah Seruan Perampas Kuasa...


[Penasihat Sheikh Al Azhar menyeru rakyat Mesir untuk membantah seruan perampas rampasan kuasa yang merupakan hasutan]


Sheikh Hasan Asy Syafie telah menegaskan bantahan terhadap seruan Abdul Fattah As Sisi yang menuntut untuk membuat perhimpunan besar-besaran bagi memberi mandat kepadanya untuk memerangi apa yang dia namakan sebagai keganasan dan pertumpahan darah.

Sheikh Hasan mengira bahawa perarakan ini akan menggalakkan tersebarnya fitnah dan berlaku pembunuhan dalaman di mana pihak yang tidak menginginkan kebaikan terhadap negara Mesir akan mengambil kesempatan.

Beliau menyeru seluruh rakyat Mesir dalam satu kenyataanya melalui ruang media (Al-Jazeera live Mesir) kepada semua rakyat Mesir untuk tidak turun bagi memenuhi tuntutan dan seruan As Sisi untuk turun ke jalanan dan menyebabkan pertembungan di antara dua pihak dan mencetuskan peperangan di antara rakyat jelata.

Beliau menambah : "Sebelum ini telah ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah untuk melagakan kedua-dua belah pihak seperti mana yang telah berlaku pada kejadian pembunuhan beramai-ramai di Buur Saied, kejadian Muahammad Mahmud, pembunuhan beramai-ramai kaum wanita di Mansurah dan selainnya. Diseru kepada semua rakyat jelata untuk menjaga maslahat negara dan mengelak pertumpahan darah".

Sheikh Hasan Asy Syafie juga menyatakan dalam penyataannya : "Sesungguhnya perhimpunan ini adalah sesuatu yang merbahaya ke atas negara ini dan setiap titis darah yang bakal mengalir akan dipertanggungjawabkan di batang tengkuk kita semua pada hari qiamat kerana kita semua berdiam diri dari memberi nasihat dan teguran, tiada makna agama Islam tanpa nasihat". Berdalilkan hadith Nabi SAW :"Ad-din nasihah" beliau menuntut untuk menyekat pertumpahan darah rakyat Mesir.

Beliau menjelaskan lagi bahawa satu-satunya jalan keluar dari malapetaka ini adalah persefahaman politik antara semua pihak , merujuk kepada hal ini masih boleh diusahakan.

Sumber : IkhwanOnline

Siapa Dr. Mohd. Mursi??? ...


Himpunan Jumaat di Mesir
Siapa Dr. Mohd. Mursi?

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran


2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa

4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.

Sokongan dari Bosnia
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan

9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.

10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

TERBONGKAR,,, 10 Orang Terkaya di Dunia..!!!


10 Orang Terkaya di Dunia..!!

10. Mukesh Ambani- Net Worth: $27.0 Billion.

9. Eike Batista- Net Worth: $30.0 Billion.

8. Amancio Ortega- Net Worth: $31.0 Billion.

7. Lakhsmi Mittal- Net Worth: $31.1 Billion.

6. Lawrence Ellison- Net Worth: $39.5 Billion.

5. Bernard Arnault- Net Worth: $41.0 Billion.

4. Warren Buffett- Net Worth: $50.0 Billion.

3. Bill Gates- Net Worth: $56.0 Billion.

2. Carlos Slim Helu- Net Worth: $74.0 Billion.

1. Orang yang mengerjakan solat sunat Subuh

"Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya"
– Hadis riwayat Imam Muslim-

Syaikh Yusuf Qaradhawi Kepada Rakyat Mesir : Berikan Presiden Kesempatan...


Syaikh Yusuf Qaradhawi Kepada Rakyat Mesir : Berikan Presiden Kesempatan

Syaikh Yusuf Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Dunia, menyeru kepada rakyat Mesir untuk saling memahami dan Dialog daripada saling berselisih dan berbeza pendapat, serta menyeru untuk memberikan Presiden Mesir Muhammad Mursi kesempatan agar boleh memperbaiki kesalahan dan keadaan bangsa.

Qaradhawi mengatakan dalam Pidato pada salah satu stesen Televisyen khusus, "Pada hari ini sukar mencari rakyat Mesir berada pada suatu tempat," merujuk kepada pecahnya rakyat Meir pada kemarin (30/6) antara pendukung dan pemberontak yang keluar ke jalanan dalam rangka protes di tempat yang berbeza.

Syaikh mengatakan. "Mengapa kita tidak kembali pada satu barisan dan saling memahami diantara kita? Hendaknya kita saling memahami sebagaimana ayah dengan anaknya dan kakak dengan adiknya. "Dan Syaikh menambah," jika Presiden Muhammad Mursi mempunyai kesalahan maka kita berhak meluruskan kesalahannya... lalu mengapa kita boleh sabar dengan Rejim Mubarak selama 30 tahun namun tak mampu sabar dalam setahun ini!?, apakah setahun ini mampu memperbaiki kesalahan yang telah dibuat 30 tahun? "

Syaikh menambah, bahawa tidaklah mudah menukar satu presiden dengan presiden yang lain, tetapi kita harus melakukannya, dan jika Presiden Muhammad Mursi jatuh maka akan datang yang lebih buruk darinya.

Kemudian Syaikh Qaradhawi menyeru kepada para pemuda Revolusi untuk tidak mendengar provokasi dari rejim sebelumnya, dan mengajak semua rakyat Mesir untuk kembali bersatu. "
Penerbitan semula... Page IM BM

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme