Rohingya: ‘Ethnic cleansing’ yang berterusan...


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Union of World  Rohingya Organzation – UWRO (Kesatuan Organisasi Rohingya Seduia ) mendesak semua organisasi antarabangsa UN, OIC, EU dan ASEAN mengambil tindakan segera ke atas perkembangan terbaru yang berlaku di Arakan, Myanmar.

Perkembangan terkini telah menunjukkan pembunuhan, pembakaran ribuan rumah dan serangan bertalu-talu yang amat dahsyat masih berlaku di serata Arakan. Oleh kerana itu badan-badan antarabangsa tidak mempunyai pilihan lain melainkan  menempatkan tentera pengaman untuk mengawal keganasan dengan serta-merta.

Gerakan ‘ethnic cleansing’ yang dijalankan sudah mencapai tahap maksima. Kerajaan Myanmar mengambil kesempatan untuk meneruskan dasar mereka untuk menghapuskan etnik Rohingya Muslim di Arakan.

Presiden Thein Sein berjaya mengaburkan mata dunia dengan berjanji untuk mencari penyelesaian bagi konflik ini ketika berucap dalam perhimpunan agung PBB yang lalu.

Laporan membuktikan keganasan yang dilakukan di kawasan minoriti Muslim terutama di Arakan terus giat dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Myanmar tempatan sejak 21 Oktober.

Ketika pemenang anugerah Nobel Suu Kyi disanjung , beliau nampak buntu dan tidak bersuara, adalah tidak rasional bagi organisasi bertaraf dunia seperti UN dan negara-negara ahlinya untuk berpeluk tubuh apabila jelas isu “ethnic cleansing” yang berlaku ini dibiarkan.  Walhal  suatu angkara kejam terus menerus dilakukan terhadap kaum Rohingya  oleh pihak berkuasa di bawah perkenan badan pemerintahan Myanmar itu sendiri.

Laporan yang diterima daripada perkampungan Kyauktaw and Maungdaw , menunjukkan seramai 150,000 penduduk hilang tempat tinggal dan kini terkandas di kem-kem pelarian di sekitar lapan buah kawasan dalam Arakan sejak lebih daripada empat bulan yang lalu.

Hampir sejuta penduduk yang terdiri daripada Rohingya, Kaman dan muslim Rakhine yang lainnya bukan sahaja terus terperangkap malah terpaksa hidup dalam ketakutan dek kerana ancaman yang mereka terima saban hari.

Situasi terbaru melaporkan pekan Taht Minbya dan Mrauk U adalah antara kawasan yang paling teruk dimusnahkan. Rumah-rumah milik Rohingya muslim di kampung Yainetay (Zula Fara)  di pekan Mrauk U dan kampung Nagara Pauktaw di pekan Minbya habis musnah dibakar.

Ada sumber dalaman dari Arakan  yang melapurkan pihak tentera dan polis tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan kekejaman oleh kaum Rakhine dan mereka masih menghalau penduduk muslim keluar dari kampung.

Melalui kerjasama UWRO kami telahpun menerima laporan yang menggambarkan jumlah serangan yang kian meningkat. Kesemua laporan diteliti mengikut tarikh, masa, lokasi dan nama mangsa. Sebahagian daripada laporan adalah seperti berikut:

  1. Kampung Parein yang mempunyai lebih daripada 500 buah rumah musnah terbakar pada 22 Oktober.
  2. Paiketay Rwa (perkampungan nelayan) yang mengandungi sekitar 300 buah rumah, 50 daripadanya dibakar pada 21 Oktober.
  3. Tharak Rwa di kampung Pann Mraung yang mempunyai hampir 190 rumah di dalam kawasan yang didominasi orang Rakhine, telah habis rentung  dibakar pada 22 Oktober; dan
  4. Kampung Sudaine Rwa turut dibakar dan kesemua rumah rentung dibakar pada 22 Oktober

Untuk kedua-dua bandar tersebut, sumber menyatakan anggaran kematian menghampiri 100 orang, namun buat masa ini lebih daripada sepuluh yang dijumpai mati termasuk 3 orang Rakhine.

Di bandar Kyaukpyu, dua buah masjid, Anauk Paikseik (kampung nelayan barat) dan Arashi Quarter telah diserang.

Kini, penculikan, penyiksaan and rampasan harta Rohingya oleh orang Rakhine berkembang di seluruh Arakan yang turut dibantu oleh pihak polis dan sami-sami.

Rumah-rumah orang Rohingya, Kaman dan Rakhine Muslim yang berada di kampung Parien di bandar Mrauk U dan Paiketay Rwa (perkampungan nelayan), Tharak Rwa di kampung Pann Mraung, kampung Sudaine Rwa di bandar Minbya semuanya diserang dengan teruk.

Situasi di Yangon juga tidak dapat dipastikan memandangkan sami-sami telah menyebarkan risalah-risalah yang menyalahkan orang-orang Islam yang didakwa mendominasi perniagaan, pembangunan dan kepimpinan. Sumber maklumat mengesahkan ratusan sami-sami palsu bersedia untuk menyerang orang Islam di bandar Mingaladon dan Tinngangyuan.

Di samping Myanmar kini menikmati pengiktirafan dari negara-negara membangun kerana kononnya ia telah mengubah polisi dari penindasan ke atas rakyatnya sendiri. Namun Presiden Thein Sein masih sewenang-wenangnya meneruskan pelan penghapusannya terhadap etnik Rohingya.

Walaupun diplomat PBB, Nambia dan Quintana baru sahaja mengunjungi Myanmar untuk meninjau krisis ini, PBB tetap membiarkan situasi ini berterusan dan sekadar merujuk kepada boneka Pengurusan Hak Asasi Manusia Myanmar untuk membuat siasatan lanjut.  Sehingga hari ini masih tiada apa-apa usaha yang dijalankan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku.

Krisis semasa ini mendesak OIC dan PBB untuk mengambil tindakan segera. Tiada kunjungan diplomatik setakat ini yang mampu meredakan krisis yang berterusan di Myanmar.

Kami menyeru Tentera Pengaman Khas  PBB diwujudkan segera dan dihatar segera ke Myanamr demi melindungi komuniti Rohingya.

Pengumuman baru-baru ini oleh ketua Muslim di Yangon yang menyatakan keputusan untuk tidak melaksanakan Qurban mencerminkan keterdesakan dan kerumitan yang dihadapi oleh Muslim di Myanmar.

Oleh itu, kami menyeru Muslim di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan kepada orang Rohingya dan mendesak OIC untuk menghantar delegasi khas pada hari Raya Aidul Adha dan menuntut Kerajaan Myanmar untuk melindungi orang Rohingya dari serangan yang berterusan ini.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiusaha Agung MAPIM
Ghiyathudeen Abdul Salam
Setiausha Agung UWRO

KHUTBAH WIDA' RASULULLAH S.A.W...


*KHUTBAH WIDA' RASULULLAH S.A.W.*

Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. yang disampaikan Baginda pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. 

*Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani* 

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 

Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. 

Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. 

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. 

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

Baginda Rasullah S.A.W. berkhutbah di atas untanya Al-Qaswah. Tidak lama selepas Khutbah ini disampaikan turun wahyu iaitu ayat 3 Surah al-Maidah : “Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”

Salam Aidil Adha 1433H...



لَبَّيْكَ اللَّهمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لبَيْكَ،  إنَّ الْحَمْدَ وَاْلنِعْمَةَ لَكَ وَاْلمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

"Wahai Tuhan kami, Kami datang dengan semata-mata ikrar setia dan taat kepada perintah-MU, Wahai Tuhan kami yang tida sekutu bagi-MU, kami sahut seruan-MU, Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagi-MU, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-MU."

Sembunyikan Sedekahmu...


ALLAH S.W.T bersifat Maha Melihat dan Maha Mendengar, sudah pastinya tiada makhluk yang boleh memberi kesan sama ada memberi mudarat atau manfaat. Sejauh mana ketaatan yang diberikan seorang hamba akan sentiasa diketahui walaupun tersembunyi di sebalik tembok yang kukuh. 

Sudah semestinya seorang hamba yang benar-benar menuntut keredaan-Nya akan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan ketaatan melakukan ibadat khususnya pada perkara yang bersifat sunat.

Namun, perkara wajib seperti solat, zakat dan haji, hendaklah dizahirkan kepada umum kerana meninggikan syariat Allah S.W.T dan menyatakan kekuatan kaum Muslimin menunaikan kehendak agamanya.

Menzahirkan perkara yang wajib juga boleh memberi galakan kepada orang lain melakukan kewajipan kerana semua hamba yang beriman tidak terkecuali daripada menunaikannya sekali gus menghindarkan tohmahan orang lain terhadap kewajipan diabaikan seseorang muslim. 

Jika dirujuk definisi kewajipan membawa maksud menzahirkan dan mengiklankan manakala sunat pula bermaksud tersembunyi serta rahsia. Amalan yang dizahirkan akan melahirkan kegembiraan pelakunya kerana dengan taufik serta inayah Allah S.W.T kita dapat menunaikan kewajipan itu. 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad) dengan rahmat dan kurniaan Allah hendaklah mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus, ayat 58)

Allah S.W.T menghargai mereka yang melakukan kebaikan walau dengan apa cara sekalipun. Firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekahmu adalah baik, tetapi jika kamu menyembunyikannya adalah lebih baik bagimu dan dosamu akan terhapus kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Sheik Qaradhawi: Rusia Musuh No. 1 Arab dan Islam...

Sheik Qaradhawi: Russia Is the Number One Enemy of Arabs and Muslims

Tanda-tanda Kejayaan...


Berkata seorang ulama : 

"Antara tanda kejayaan seseorang adalah KEBAIKANNYA diletakkan di belakangnya (agar tidak terasa & tidak terpesona), manakala KEBURUKANNYA sentiasa di letakkan di hadapan matanya ( agar sedar diri & bermotivasi untuk taubat), dan antara tanda kecelakaan seseorang adalah kebaikannya di letak di hadapan matanya & kejahatannya dilupakan lalu diletakkan di belakangnya." 


NAMUN jangan pula didedahkan keburukan kepada awam, kalam ulama ini hanyalah pengendalian secara peribadi dalam diri.


Kami berkongsi mainan yang sama...

Tatkala anak-anak di Malaysia dididik mencari glamour dan diberi galakan mencari keseronokan dan hiburan... 

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, gugur syahid,,,
Anak-anak di negara kita,,, gugur janin...

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, hilang keluarga sebelum berkeluarga,,,
Anak-anak di negara kita,,, hilang dara sebelum berkeluarga...

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, maut di tembak zionis semasa jihad,,,
Anak-anak di negara kita,,, maut di tembok besi semasa rempit...

Anak-anak di Palestin,,, Syria dan Chechnya,,, menangis kerana diragut harta,,,maruah,,,keluarga,,, tempat tinggal,,,
Anak-anak di negara kita,,, menangis kerana teman lelaki atau teman wanita diragut orang lain...


Adakah kita masih lihat??? Atau kita tidak pernah tahu pun apa yang sedang berlaku di negara kita,,, di negara umat Islam lain??? Atau kita tahu tapi kita buat-buat tidak tahu??? Atau kita tidak tahu tapi masih lagi taknak ambil tahu???

Badiuzzaman Said Nursi (Kekaguman zaman)...


Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. 

Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. 

Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). 

Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).

Pengalaman pendidikan yang telah beliau lalui telah membukakan fikirannya untuk memikirkan cara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu, dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin perubahan. Satu zaman di mana sains dan logik memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden dan sekular, sebaliknya ilmu sains moden pula perlu diajar di sekolah-sekolah agama. Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama akan dilindungi dari sikap taksub”.

Dalam usaha merealisasikan cita-citanya, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1896 dan kali keduaya adalah pada tahun 1907. Beliau cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid agar membina sebuah universiti di Anatolia yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu.

Ketika bercakap dengan Sultan Abdul Hamid, Badiuzzaman menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di mahkamah tentera. Di mahkamah tentera pula, beliau masih menggunakan bahasa yang sama. Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walaubagaimanapun, doktor yang memeriksanya melaporkan “Jika Badiuzzaman gila, maka tidak akan ada seorang manusia siuman pun di dalam dunia ini”. Dengan ini, beliau pun dibebaskan.

Badiuzzaman telah menulis satu koleksi karya yang digelar Risale-i Nur, yang menerangkan dan menghuraikan asas-asas keimanan dari kebenaran Al-Quran kepada manusia moden.

Metodologi yang digunakannya adalah dengan menganalisis keimanan dan kekufuran serta menunjukkan melalui hujah-hujah yang rasional dan terang bahawa bukan sahaja keimanan boleh dibuktikan, kesemua kebenaran yang terkandung dalam keimanan seperti keujudan Tuhan dan keEsaanNya, kerasulan dan kebangkitan manusia di hari akhirat dalam bentuk jasad juga dapat diterangkan sebagai satu satunya penjelasan yang rasional dari keujudan manusia dan alam semesta ini.

Dalam menjelaskan keadaan yang sebenarnya dari tujuan utama penciptaan manusia dan alam semesta ini, Risale-i Nur menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperolehi dalam keimanan dan ilmu ketuhanan. Ia juga menunjukkan akibat dari kekufuran, menyebabkan roh manusia dan hatinya mengalami kesakitan dan kesedihan yang amat sangat di mana biasanya orang-orang yang sesat berusaha untuk menghilangkannya melalui kelalaian dan menolak kenyataan. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai sebarang kesedaran boleh mengambil perlindungan dengan cara berpegang kepada keimanan.

Belanjawan 2013 : Nasihat Ilmuwan Kepada Pemerintah Dan Juga Kepada Rakyat

Belanjawan 2013 : Nasihat Ilmuwan Kepada Pemerintah Dan Juga Kepada Rakyat



MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme