Peludah Warna
Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID
Islam mengiktiraf hak untuk bebas bersuara...
Islam mengiktiraf hak untuk bebas bersuara...
BERBEZA pandangan atau berkhilaf adalah situasi biasa dilalui setiap manusia... Berkhilaf dalam sesuatu isu adalah perkara biasa dan perdebatan mencari pemurnian petanda bahawa umat Islam mempunyai iltizam tinggi mencari kebenaran... Adakalanya tiada titik akhir dikongsi tetapi mereka berlapang dada dengan perbezaan pandangan,,, bukan petanda hilang muafakat...
Meskipun ada perbezaan pandangan yang bersifat emosi dan mentah,,, tetapi ia tetap hak yang boleh disuarakan dan perlu dihormati... Sejajar peruntukan hak asasi manusia dalam Islam yang mengizinkan setiap yang mampu berbicara supaya bersuara...
Islam mengiktiraf hak untuk bebas bersuara di kalangan umat dan juga mengiktirafkan hak mereka untuk menegur,,, memberi nasihat,,, pandanga
Islam mengiktiraf hak untuk bebas bersuara...
BERBEZA pandangan atau berkhilaf adalah situasi biasa dilalui setiap manusia... Berkhilaf dalam sesuatu isu adalah perkara biasa dan perdebatan mencari pemurnian petanda bahawa umat Islam mempunyai iltizam tinggi mencari kebenaran... Adakalanya tiada titik akhir dikongsi tetapi mereka berlapang dada dengan perbezaan pandangan,,, bukan petanda hilang muafakat...
Meskipun ada perbezaan pandangan yang bersifat emosi dan mentah,,, tetapi ia tetap hak yang boleh disuarakan dan perlu dihormati... Sejajar peruntukan hak asasi manusia dalam Islam yang mengizinkan setiap yang mampu berbicara supaya bersuara...
Islam mengiktiraf hak untuk bebas bersuara di kalangan umat dan juga mengiktirafkan hak mereka untuk menegur,,, memberi nasihat,,, pandangan serta pendapat hasil dari pemikiran mereka kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan yang memerintah...
Namun semua kebebasan ada batasannya,,, hatta dalam sebuah negara yang dikatakan bebas berlandaskan undang-undang demokrasi seperti Amerika,,, Britain dan Malaysia pun mempunyai batasan kebebasan suaranya... Demikian juga kebebasan bersuara dalam Islam...
Walaupun tidak ada sebarang sekatan atau halangan dikenakan kecuali jika berlaku perlanggaran terhadap syariat Islam... Maka Islam menghadkan kebebasan bersuara dalam beberapa hal,,, secara ringkasnya tiada kebebasan dalam hal berikut :-
· Mencela Allah s.w.t dan tuhan-tuhan ciptaan manusia... Kerana mencela tuhan-tuhan hatta ciptaan manusia membuka mudarat besar untuk pergaduhan maut selain membuka ruang celaan balas terhadap Allah s.w.t... Larangan ini disebutkan dengan jelas oleh Allah s.w.t. di dalam surah al-An'Am : 108... Ertinya :
"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan"
· Mencela para Rasul dan Nabi,,, sama ada dalam bentuk tulisan,,, lukisan mahupun percakapan...
· Menulis dan bercakap sesuatu yang menyelewengkan erti dan tafsiran sebenar ayat Al-Quran dan al-Hadis sama ada secara jahil atau sengaja... Ini antara perkara yang banyak berlaku dan disebarkan sekarang oleh kumpulan seperti Sisters In Islam (SIS) dan juga pencipta filem pendek Fitna atau juga Prof. Ahmad Amin di Mesir,,, Astora Jabat dan ramai lagi...
· Menulis sesuatu berkaitan Islam tanpa didasari sumber yang sohih dan benar,,, sehingga mencalar ajaran Islam dan Nabi... Sebagaimana yang dilakukan oleh Farish A Noor ketika berkenaan menulis berkenaan isteri Nabi,,, tulisan yang menghina Nabi akibat kejahilannya dengan sumber sirah yang sohih...
· Menuduh zina atau liwat orang lain tanpa saksi yang mencukupi...
· Sewenangnya mengumpat dan mencaci orang lain. Nabi berkata:
Ertinya : Mencerca dan mencela seorang muslim adalah fasiq, dan membunuhnya boleh jatuh kafir (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam kebebasan bersuara,,, kita perlu melihat perlembagaan sesebuah negara yang menjadi asas undang-undang menjunjung tinggi hak rakyat untuk bersuara... Sayangnya perkara penting yang diberikan pengiktirafan oleh Islam serta undang-undang tubuh negara ini dipijak-pijak oleh kelompok yang memegang kuasa di kebanyakan negara pada masa kini...
Selain itu,,, setiap individu berhak untuk dapat mendapatkan pengadilan dengan betul-betul adil... Mendapat peluang untuk membela diri sekiranya dituduh bersalah... Alasannya cukup jelas dan mudah difahami iaitu hendaklah wujudnya kebebasan bersuara yang cukup kuat berpegang pada prinsip-prinsip Islam dan bukannya kesempatan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin yang berkuasa...
Bukan memperalatkan media massa untuk kekal berkuasa sehingga mereka tidak lagi berperanan sebagai penyebar berita yang benar.... Sebaliknya mereka telah dipergunakan untuk menjayakan hasrat dan niat kotor pemimpin-pemimpin tinggi dalam kerajaan ini...
Akhbar-akhbar dan kebanyakan saluran T.V. yang diterbitkan sudahpun dijadikan talibarut penguasa semata-mata... Tiada peluang diberikan untuk rakyat mendengar pembelaan dan jawapan-jawapan terhadap mana-mana tuduhan dan fitnah yang dilemparkan disiarkan secara langsung dan menyeluruh supaya rakyat boleh membuat pertimbangan seadil-adilnya... Inilah di antara bukti jelas yang menunjukkan bahawa keadilan tidak lagi dijaga dan dipertahankan oleh kelompok yang memegang kuasa di kebanyakan negara pada masa kini...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_bersuara