Setiap hari yang baru untuk kita,,,
Setiap hari adalah hari yang baru bagi kita,,, dan selalu disebut dan didengari pula “hari ini adalah lebih baik dari hari semalam,,, dan hari esok mesti lebih baik dari hari ini”... Maka setiap hari itu jadikanlah ia peluang untuk kita belajar dan terus belajar... Kerana proses pembelajaran itu bermula sejak seseorang itu dilahirkan di dunia sehingga ke akhir hayatnya...
Setiap muslim mestilah sentiasa mahu belajar dan berterusan belajar... Belajara atau menuntut ilmu mestilah dengan tujuan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya dalam keikhlasan dan ketepatan...
Semoga dengan ilmu dengan izin-Nya dapat kita kenali dan menolak kejahilan dari hidup... Juga supaya setiap amalannya diterima dan sempurna... Berilmu dan beramal dapat memperperbaiki keaiban dan kelemahan diri,,, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta mencari keredhaan-Nya...
Belajarlah kerana ia membuahkan bermacam kemuliaan...
Sahabat Nabi SAW bernama Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “Belajarlah ilmu! sebab mempelajarinya kerana Allah adalah Khasyah (melahirkan rasa takut kepada Allah), (usaha) menuntutnya adalah ibadah, mengulangi (memuzakarahkan) nya adalah Tasbih, mencarinyanya adalah Jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahuinya adalah sedekah, berkorban untuk pemiliknya (Allah) adalah taqarrub.”
Keutamaan menuntut ilmu terutama ilmu agama (Islam) adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat...
Sebagai umat Islam kita dilarang memperlekehkan golongan alim ulama dan penuntut ilmu agama ini (Islam),,, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu...
Sebagai makhluk ciptaan-Nya,,, semakin banyak kita menimba ilmu,,, semakin terasa kerdilnya kita berbanding dengan ilmu-Nya yang tidak terhitung luasnya...
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang,oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setip-tiap puak diantara mereka,supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.) ( at-Taubah:122)
Menuntut ilmu juga hendaklah dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu dan tidak cukup sekadar membaca buku atau melayari internet... Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar...
Dan di kalangan para ulama pula berkata "Sesungguhnya ilmu itu hanya diambil dari mulut-mulut para ulama (bermaksudnya keperluan kita untuk pergi sendiri majlis ilmu)...